Bab 33

355 10 0
                                    

Nuqman mengerling jam tangan selepas selesai menikmati makan tengahari. Kemudian dia bangun sambil mengajak Puteri ke dek peninjau semula. Puteri teragak-agak. Rasanya dia serik untuk ke situ lagi.

"Saya kan ada?" Nuqman tersenyum mengerti. Tangan dihulurkan dan perlahan-lahan disambut Puteri. Mereka keluar melalui salah satu pintu restoran itu untuk keluar ke dek. Nuqman hanya membawa Puteri bersandar di dinding menara tanpa melepaskan genggaman tangannya. Puteri ikut bersandar dengan hati tertanya-tanya.

Tiba-tiba azan zohor kedengaran sayup bersahut-sahutan dari beberapa arah dan kemerduan serta kesyahduannya amat menyentuh hati seolah-olah memenuhi ruang udara bandaraya Istanbul. Puteri tegak berdiri menghayati laungan azan yang kedengaran amat luar biasa dari ketinggian menara itu. Entah kenapa, airmatanya mengalir. Kebesaran Allah sungguh terasa bila azan dihayati. Kata-kata Nuqman tentang bagaimana Allah memujuk dan memanggil hamba-hamba-Nya sangat terasa kebenarannya di saat itu. Maha Baiknya Engkau, ya Tuhan!

Selesai menjawab azan, mereka turun dari menara dengan perasaan yang berbaur. Nuqman memberitahu Puteri supaya berniat jamak takhir kerana mereka akan bersolat bila balik ke pangsapuri nanti. Puteri teringatkan sesuatu.

"Awak! Awak ada cerita pasal Atartuk dah tukar azan ke bahasa Turki kan? Jadi... macammana dapat tukar balik azan dalam bahasa Arab?"

Awak? Bukan main sedap dia ber'awak' dengan suami! Sabarlah duhai hati, bisik Nuqman sambil menghela nafas. Dia belum faham tentang isteri solehah. Hendak jadi isteri sebenar pun masih berdolak-dalik. Bagi Nuqman, apa yang dibuat dari hati yang rasa berTuhan, in sya Allah akan kekal dan ikhlas. Jadi, tak guna dia memaksa. Lebih baik dia terus mendoakan.

"Menderes, dia seorang pejuang agama. Ceritanya, dia naik kapal terbang. Something went wrong. Bila pilot umumkan yang mereka berada dalam kecemasan, Menderes bersumpah, jika Allah selamatkan dia, dia akan kembalikan Islam di Turki. Takdir Allah, hanya dia yang selamat dalam nahas tu. Wallahualam. Kalau kejadian tu benar, itulah bukti betapa Allah Maha Mendengar.

Jadi Menderes berjuang lunaskan nazarnya. Dia jadi calon pilihanraya, wakil parti Demokrat. Dia berani berkempen untuk kembalikan azan ke dalam bahasa Arab, izinkan rakyat mengerjakan ibadah haji semula, buka sekolah-sekolah agama, batalkan dasar kerajaan larang muslimah berhijab dan betulkan macam-macam lagi kerosakan hasil tangan Atartuk. Dia kejutkan semua orang bila menang pilihanraya dengan manifesto-manifesto tu dan jadi Presiden Turki. Sejak tu, Turki balik kepada cara hidup Islam sebenar tapi masih belum menyeluruh. Masih banyak sisa kerosakan yang Atartuk tinggalkan. Tapi Menderes dah buktikan kata-katanya, Islam dah kembali ke Turki, Alhamdulillah." Nuqman bercerita secara ringkas.

Puteri menghayati setiap patah perkataan. Betapa sejarah lalu banyak meninggalkan pengajaran untuk masa yang akan datang. Benar kata Nuqman, menghayati sejarah bukan untuk lulus periksa saja. Tetapi sejarah mampu mengubah diri kita malah dunia sekalipun.

"Waktu tu, apa yang terjadi dengan Atartuk?"

"Parti Demokratik pimpinan Atartuk kalah. Atartuk pulak mengadap kematian yang dahsyat. Khabarnya, dia rasa panas teramat panas sepanjang masa sampai dia arahkan bomba siram istananya dua puluh empat jam. Tak cukup dengan tu, mereka letak ketulan airbatu dalam selimutnya. Tapi dia tetap menjerit kepanasan sepanjang masa sampai satu istana boleh dengar jeritannya. Sampai satu tahap, dia pengsan selama empat puluh lapan jam sebab panas melampau. Bila bangun, dia hilang ingatan, akhirnya meninggal dunia. Tapi tak ada seorang pun yang memandikan dan mengafankan dia sampai mayatnya diawet selama sembilan hari sembilan malam. Adik perempuan dia datang menebus mayat dan jalankan upacara pengkebumian tapi tak dapat sebab bumi tak terima. Mayatnya susah nak masuk ke liang lahad. Jadi mayat terpaksa diletakkan dalam keranda dan disalut dengan batu marmar sampai sekarang."

MAKNA PADA RASAWhere stories live. Discover now