Bab 12 Part II

396 8 0
                                    

Mereka makan malam sambil berbual. Nuqman bijak bertanyakan itu dan ini supaya Puteri tak terus-menerus tunduk malu di hadapannya. Dia juga merendahkan diri dan mindanya di hadapan Puteri, cuba untuk tidak terlalu serius dan lebih santai supaya gadis itu selesa bersamanya.

Hidangan malam itu agak mudah namun sedap dan berbeza. Nuqman memandu agak jauh ke sebuah restoran yang memasak menu orang Turki yang biasanya dimasak di rumah.

Melihatkan Puteri yang kelesuan petang tadi, Nuqman membuat keputusan untuk menghidangkan nasi untuknya. Dia berharap hidangan yang agak berat ini dapat mengembalikan tenaga Puteri. Namun nasi atau pilav bagi orang Turki agak berbeza kerana dimasak dengan minyak dan garam dan sedap dimakan begitu saja. Daging yang dimasak dengan kacang badam rebus menjadi santapan mereka pada malam itu bersama yoghurt dan karniyarik.

"Karniyarik ni bermaksud 'perut terbelah'," Nuqman memperkenalkan satu demi satu hidangan mereka supaya Puteri tahu apa yang dimakannya.

"Isyhhh... awak ni! Ngerinya nama!" Tukas Puteri. Nuqman ketawa kuat. Memang orang perempuan alergi dengan nama macam tu!

"Okay! Okay! Forget about the name but it is delicious. Try it!" Pelawa Nuqman.

Puteri merenung terung yang terbelah dua dan diisi dengan daging cincang, bawang putih, bawang merah, tomato, pasli dan percikan lada hitam itu dengan pandangan yang mencemaskan.

Perlahan-lahan Nuqman memotong sebahagian kecil lalu disuap ke mulut Puteri. Dengan kerut wajah dan mata yang mencerun, Puteri teragak-agak membuka mulut. Dia cuba tersenyum lalu mengunyah dengan hati-hati. Matanya tiba-tiba terbuka luas.

"Hmm... sedap!"

"Haa... jadi moralnya ialah... jangan nilai sesuatu dari namanya. Bak kata orang, apalah ada pada nama dan apalah ada pada rupa."

Terkebil-kebil Puteri dibuatnya. Cuba memahami maksud bebelan Nuqman.

"Kalau seorang lelaki tu, rupa tak ada, nama pun tak ada orang kenal, jangan pandang sebelah mata. Kenallah dulu hati budi dia. Sebab yang penting, hatinya baik dan dia sayang Ika."

Haa? Eh! Ke situ pulak perginya! Puteri mencebik. Nuqman mengangkat kening.

"Lelaki kalau mudah kata sayang ni, bukan boleh percaya." Puteri menjeling melihat reaksi Nuqman. Lelaki itu hanya diam mengangguk-anggukkan kepala.

"Terpulang, tak ada paksaan dari saya." Jawab Nuqman sambil tersenyum. Mudah. Puteri menghela nafas. Baik sangatlah dia ni! Bisik hatinya.

Malam itu, mereka hanya berehat di sofa. Nuqman mengajak Puteri ambil angin malam di hadapan balkoni pangsapuri itu bertemankan coklat panas dan berbagai jenis kuih dan biskut Turki. Asyik Puteri merasa satu demi satu sambil membelek majalah dan buku-buku yang mereka beli sebelum zohor tadi.

Nuqman memerhati dalam diam. Cuba menelah apa yang ada di hati gadis itu. Rupanya lembut menawan. Wataknya periang dan manja. Tapi selalu tiba-tiba berubah keras. Kenapa agaknya jadi begitu? Sampai saat ini, Nuqman belum pasti bagaimana cara yang terbaik untuk melayan isterinya. Dia yang sudah biasa dikelilingi dengan wanita-wanita berkerjaya, matang dan profesional, Puteri menjadi cabaran baginya. Faktor perbezaan usia mereka yang hampir 10 tahun mungkin salah satu penyebabnya. Tetapi watak Puteri persis seseorang yang sangat dekat di hatinya. Ya! Kenapa setelah sekian lama, baru sekarang teringatkan dia? Rasa bersalah menyerang benaknya. Pantas dia mencapai telefon bimbitnya.

Banyak sungguh pesanan yang masuk. Memang dia sibuk sejak tiba ke Istanbul. Sampai dia jarang membuka pesanan-pesanan. Hah! Bagai diduga, pesanan dari Najjah kesayangannya sudah bertimbun. Nuqman membuka beberapa pesanan...

MAKNA PADA RASAWhere stories live. Discover now