Bab 6

411 9 0
                                    


Usai berdoa, Nuqman sujud syukur agak lama. Sepenuh hati dia memanjatkan kesyukuran. Segala yang datang dari-Mu Tuhan, pasti itulah yang terbaik bagiku. Sesungguhnya terlalu banyak kebaikan-Mu padaku sedangkan aku hanya seorang hamba, ya Allah.

Perlahan-lahan Nuqman berpusing mengadap Puteri sambil tersenyum. Senyuman yang memukau hati Puteri. Bersih, manis dan luhur. Cepat-cepat Puteri menghulurkan tangan lalu tunduk mencium tangan Nuqman tika salamnya bersambut. Belum sempat dia bingkas bangun menjauhi...

"Ika nak ke mana hari ni? Surely Ika dah ada plan. I'll take you anywhere you want to go. As for today, I'm at your service, my princess." Nuqman menundukkan kepala dengan tangan di dada. Puteri tak dapat menahan diri dari tersenyum.

"Actually... saya tak buat apa-apa plan pun. Tapi... hmm... saya... saya nak kena beli tudung. Saya tak sempat shopping sebelum datang ke sini." Oooppsss... riak wajah Nuqman membuatkan Puteri tersedar....

"Maksud Ika?" Nuqman benar-benar kehairanan. Duduknya makin rapat. Silanya makin kemas. Puteri mula terasa sesak nafas.

"Err... hurmm... ya, saya baru je bertudung. Masa bersiap nak datang tu, saya... saya pegang tudung yang awak bagi..." Puteri tak dapat meneruskan kata-kata kerana wajah Nuqman tiba-tiba berseri-seri dan teruja. Tak mampu hendak membalas pandangan mata Nuqman lagi, perlahan-lahan dia tunduk menatap saf putih dengan kening yang semakin bertaut. Matanya mengecil. Muka semakin memerah. Salah cakap ni!

Apa ni? Takkan kau nak bagitau dia benda-benda macam tu! Marah Puteri pada diri sendiri.

"Awak pakai tudung kerana saya..." Perlahan-lahan Nuqman menuturkannya. Ada nada terharu dalam suaranya. Puteri menelan liur. Alamak! Dia dah perasanlah tu!

"Eh! Tak! Tak de lah! Kan kita buat semua kerana Allah. Err... rugilah saya kalau buat kerana awak. Pakai tudung pun tak dapat pahala. Cuma tudung yang awak bagi tu... hmm... cantik!" Alahai. Dah macam tak relevan je, dia menggerutu di dalam hati.

"Bijak." Nuqman tersenyum mengangguk penuh makna.

Eh... apa maknanya tu? Puteri terdongak menjeling. Macam menyindir je...

"Betullah tu! Itu yang terbaik. Luruskan hati Ika sungguh-sungguh dengan Allah. Berkat buat kerana Allah, in sya Allah, Ika akan kekal menutup aurat. Bila tutup aurat kerana Allah, pasti Allah pelihara. Lagipun Ika nampak ayu, nampak manis bila bertudung."

Aduh! Macam kena debik je rasanya. Puteri mengulum senyum menahan malu. Tak mampu nak angkat muka lagi. Aku kena luruskan hati aku betul-betul ni! Aku kena betulkan niat. Entah aku niat ke tidak? Kenapa sebenarnya aku bertudung? Allah!

"Sekarang baru saya rasa bertuah..."

"Haa?" Puteri memandang Nuqman kehairanan. Wajah itu sudah terlalu dekat!

"Sebab sekarang, keindahan sebenar diri Ika hanya untuk saya sorang. Lelaki sejati sangat cemburu sebenarnya! Tak suka berkongsi wanita miliknya dengan orang lain. Kalau boleh lelaki lain pandang-pandang pun dia tak suka. Kalau pandang lebih-lebih, memang sakit hati!"

Amboi! Kan dah kata! Aduh perasan habislah lelaki ni! Lelaki sejatilah kononnya dia! Mata Puteri menyorot ke arah lain sambil menahan rasa tak puas hati.

Tiba-tiba dagunya diraih, kepalanya berpusing dan dahinya dikucup. Puteri terpinga-pinga.

"Thank you..." Nuqman tersenyum lalu bangun berdiri. Tangannya dihulurkan. Puteri semakin terpinga-pinga.

"Come, let's go shopping!" Amboi!

Kerana cuaca sejuk dan hari masih hujan, Nuqman mencadangkan mereka makan tengahari di dalam Grand Bazaar saja dan kemudian boleh terus shopping. Puteri menyarung salah satu koleksi vintajnya dari jenama Jeep ke tubuhnya. Dipadankan pula dengan sepasang khaki yang menawan dan jaket labuh separas lutut untuk memastikan dia tidak akan kesejukan. Dengan kepalanya berlitup, masih dengan selendang sutera pemberian Nuqman, Puteri tersentuh dengan imejnya di cermin. Ayu menawan, bak kata Nuqman. Merah merona pipinya, malu sendiri kerana berbunga juga hatinya dengan pujian Nuqman! Hikksss...

MAKNA PADA RASAWhere stories live. Discover now