Bab 19

342 3 0
                                    

Jam sudah hampir pukul dua petang. Nadia mundar-mandir gelisah dalam bilik pejabatnya. Semakin difikirkan, semakin dia bingung. Dia tak boleh memulakan sesuatu yang sudah dia tamatkan!

Pertemuan yang singkat itu cukup membuatnya huru-hara. Cukup memporak-perandakan hidupnya. Dan lelaki itu sangat berbeza dari yang dia pernah kenal sebelum ini. Dia terlalu serius.

Apakah dia benar-benar akan membongkarkan tentang dirinya nanti? Tergamakkah dia? Sedangkan dialah puncanya!

"Dasar lelaki!" Jerit Nadia sendirian. Ah! Dia tertekan sungguh kali ini. Tak mungkin dia sanggup menuruti kehendak lelaki itu. Tak mungkin! Tapi dia juga tidak mahu segalanya terbongkar. Apa lagi kalau dibongkar di khalayak umum!

"Two days, Nadia. And the time is ticking..." Kata-kata Zulkarnain bergema dalam ingatannya.

"Is he THAT serius?" Nadia menyoal diri sendiri. Dia mengesat peluh dingin di dahi. Udara sejuk dan penyaman udara itu tak cukup baginya. Dia bagaikan cacing kepanasan. Tanpa berfikir, telefon bimbitnya dicapai. Kad kecil yang masih terbiar di atas meja itu dipegang juga dengan rasa benci yang meluap-luap. Aku harus hentikan semua ni, desis hati Nadia.

"Meet me in front of your office in half an hour." Dia memberi arahan sebaik saja mendengar suara lelaki itu di hujung talian.

Alamat yang tertera di kad itu mudah untuk dicari. Jangan sangka aku nak bawak kau pergi lunch! Matanya mencerlung menjauh.

Peugeot 308 Egyptian Blue, hadiah hari jadi dari papa yang menjadi kesayangan Nadia meluncur laju di Kerinchi Link menuju ke Taman Tun Dr. Ismail. Tidak menyangka sama sekali yang Zulkarnain bekerja tidak jauh dari pejabat WWT di Sri Hartamas, Nadia merasa semakin tergugat. Sudah bertahun dia melarikan diri dari lelaki itu. Namun mungkin kemunculannya di media terutama sejak beberapa tahun yang lepas memudahkan Zulkarnain menjejakinya. Sekarang, mahu tidak mahu, Nadia terpaksa berhadapan dengannya.

"Once and for all..." Desis Nadia sendirian. Dia perlu membuat perhitungan terakhir dan dia harap mereka tidak akan bertemu lagi selepas ini. Dan untuk bertemu di tempat awam tidak mudah. Dia yang kini dikenali akan mudah menarik perhatian sesiapa terutama seterunya yang ramai, yang akan mengambil kesempatan jika dia berada dalam apa-apa situasi yang mencurigakan. Apatah lagi, Zulkarnain adalah suami orang! Untuk itu mereka harus berbincang jauh dari pandangan umum.

Tak sampai setengah jam kemudian, Nadia masuk ke perkarangan Plaza VADS yang dulunya Plaza IBM. Tanpa perlu menunggu, lelaki itu sudah terpacak di hadapan pintu masuk. Serius sungguh dia! Nadia mencapai telefon untuk memaklumkan kepadanya yang dia sudah menunggu di dalam kereta. Kemudian dia teringatkan sesuatu. Lalu mendail sekali lagi.

"Pak Alim, Puteri ni..." Ringkas perbualannya sebaik saja selepas dia memberi salam. Dia cuma mahu tahu samada rumah yang dijaga Pak Alim itu berpenghuni atau tidak. Itu saja.

"Abang dah ready. So, let's do this..." Ujar Zulkarnain penuh yakin sebaik sahaja dia melangkah masuk dan memberi salam. Nadia menjawab salam dengan cukup perlahan.

Yeah, let's do it my way, dia hanya menjawab dalam hatinya. Tanpa sepatah kata, dia terus memandu keluar dari situ.

Zulkarnain memandang Nadia dari sisi. Dia sebenarnya masih terkejut dengan panggilan telefon dari Nadia tadi. Tidak menyangka langsung yang secepat itu Nadia memberi respon. Dan hatinya berdebar-debar sungguh. Apakah tak lama lagi dia akan menemui anak yang lahir dari benih cinta mereka berdua? Apakah ini akan mengikat dia dan Nadia sekali lagi? Sesungguhnya dia sudah lama bersedia.

MAKNA PADA RASAWhere stories live. Discover now