Bab 32

361 9 2
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nuqman memandu pulang melewati kawasan pantai Bebek yang sangat menambat hati. Semakin berat bagi Puteri untuk meninggalkan Istanbul yang penuh dengan keindahan. Sekejap-sekejap dia mengerling ke arah Nuqman yang memandu dalam diam. Mereka kembali menuju ke kawasan yang padat dan sibuk. Tidak lama kemudian kereta itu bergerak di celah-celah bangunan. Puteri semakin hairan.

"Inilah Karakoy. Kita berhenti di sini. Ada banyak kedai souvenir. Boleh beli bawak balik Malaysia. Kan ada orang tu dah tak sabar-sabar nak balik..." Nuqman menjeling, mengulum senyum. Amboi! Pandai menjeling rupanya! Desis hati Puteri dalam menyembunyikan rasa hiba yang halus menyelinap.

Jalan-jalan yang agak berbukit dan berliku di situ disusuri. Memang seronok berjalan sambil melihat suasana dan memang kedai cenderahati berderet-deret! Meriah! Tak sabar rasanya hendak membelek dan membeli tetapi Nuqman berjalan terus, tak pula menyinggah. Kata boleh beli?

Mereka tiba ke kawasan bertangga yang berbentuk hexagonal yang unik dan bertingkat-tingkat. Puteri jadi teruja. Cantiknya! Terlupa sudah dengan cenderahati... dia berlari-lari memanjat anak tangga, berpusing-pusing keliling, menyentuh dan memerhati rekabentuk istimewa itu.

"Camondo Steps, designed with a unique mix of the Neo-Baroque and Art Nouveau styles by a Jewish banker, Abraham Salomon Camondo." Nuqman mengulum senyum bila Puteri terngadah dan terlopong mendengarnya.

"It is Art Nouveau style! The hexagonal shape... unik sangat!" Jerit Puteri dari atas anak tangga.

"Give me your Camcoder...." Dia cepat berlari turun, menyerahkan Camcoder dan kembali ke anak tangga itu untuk memberikan pose istimewa. Sesaat, Puteri terkaku. Tiba-tiba rasa malu nak bergaya depan Nuqman. Mahu tak mahu dia cuba beriak selamba dan berdiri di beberapa sudut untuk diambil gambar.

"Okey... you can explore a bit more. We have to go on," Nuqman bersuara di sebalik lensa. Puteri mengangguk. Dia mula bergerak bebas sambil menunggu Nuqman menyainginya. Tanpa disedari, lensa terus bekerja di tangan Nuqman kerana dia lebih suka mengambil gambar Puteri di luar sedarnya. Di depan Nuqman, gadis itu selalu kaku tapi 'hidup' bila dia tidak sedar yang dirinya diperhatikan. Puteri Zulaika dan Camondo Steps... persis model dalam mode zaman silam!

Mereka terus mendaki jalan-jalan sempit dan curam di celah-celah bangunan gaya Eropah kuno di tengah pekan itu. Kemudian Puteri terpandangkan sesuatu lalu mendongak ke langit. Sebuah menara besar di tengah-tengah pekan?

"Tulah Galata Tower yang kita tengok dari atas Cruise." Nuqman tersenyum bila melihat mata bundar itu semakin besar. Kejutan! Puteri hampir terlompat kerana teruja. Dia tidak perasan langsung yang mereka menuju ke arah menara itu sebenarnya.

Mereka masuk ke perkarangan menara. Puteri menarik nafas, mendongak ke puncak menara yang tidak begitu kelihatan dari bawahnya. Dia mendekati dinding menara yang kukuh berdiri dengan susunan batu-bata yang sudah berabad lama, menyentuhnya dengan rasa tak percaya. I'm here! I'm here! Hatinya menjerit-jerit kegembiraan. Nuqman tersenyum dari jauh melihat gelagat Puteri meneroka ruang legar di lantai menara sambil berbaris untuk membeli tiket masuk. Hampir dua puluh minit, barulah tiket berada di tangan dan mereka dapat bergerak masuk ke dalam ruang bawah menara yang terasa hangat. Mereka berbaris lagi bersama pelancong dari berbagai negara untuk naik lif ke puncak menara.

MAKNA PADA RASAWhere stories live. Discover now