Bab 39

333 8 2
                                    


Ketika menuruni anak tangga bersama teman-teman seperjuangannya setelah selesai perbincangan di bilik mesyuarat tadi, langkah Nuqman terhenti. Dia terpandang ke tengah-tengah The Turban di mana Puteri terpacak berdiri dan terpaku melihatnya. Sekarang Puteri tidak ada lagi di situ. Hanya simpang-siur manusia yang semakin kurang bila malam semakin lewat. Tiba-tiba The Turban terasa sunyi dan tidak berseri.

"Abang! Kenapa?" Satu suara menegur dari belakang.

"Ha! Najjah ke mana tadi? Habis meeting, terus hilang," Nuqman bijak mengawal diri. Najjah sudah menyainginya dan menyambung langkah menuruni anak tangga bersama.

"Najjah ke pejabat. Hantar fail-fail tadi. Lepas tu order makan untuk kita semua. Sekali gus nak raikan abang. Heavy discussion, kan... mesti semua lapar dan penat!" Nuqman tersenyum bangga dengan Najjah yang memang peka dan prihatin dengan sesiapa saja.

"Yang abang tiba-tiba tegak termenung di tangga tu, kenapa?" Najjah menyoal juga, tidak dapat menghalang rasa curiga yang membuak di dalam hati.

"Bila? Oh...! Tak ada apa, abang teringatkan ibu. Rasa macam nak balik malam ni juga tapi nanti tidur ibu terganggu. Abang balik esok sajalah. Nak ikut?" Cepat Nuqman berdalih. Memang ibu yang berada dalam fikirannya tadi tetapi itu sebelum langkahnya terhenti.

"Hurmm... naklah sangat! Tapi... Najjah baru balik sini pagi tadi. Kak Sarah bagi banyak kes untuk team kami buat kaji selidik hasil program LGBT tempohari. Lepas tu Najjah nak prepare barang-barang nak balik kolej lagi. Macammana ya?" Wajahnya gundah, berkerut seribu. Hatinya melonjak-lonjak hendak balik bersama Nuqman. Bukan mudah untuk dia dapat meluangkan masa dengannya. Ini peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan.

"Macammana apanya? Stay and do your work. Baru je balik bercuti lama dengan ibu, kan? Tak habis nak bermanja lagi?" Usik Nuqman, menduga hati gadis itu.

"Isyhh.. abang ni!" Bentak Najjah dengan muka yang semakin mencerut. Nuqman ketawa lepas.

"Ala... abang balik kejap je. Kalau dapat bawa ibu ke sini, abang bawa. Sebab abang tak boleh lama di kampung. Macam-macam hal di sini yang perlukan perhatian abang. Najjah call ibu, pujuk ibu supaya ikut abang, ya..." Dia tiba-tiba mendapat idea.

"Great! Kita bagi ibu rasa duduk kat The Turban sekali lagi, tengok berapa hari ibu boleh bertahan!" Mereka ketawa serentak. Bukan mereka tidak tahu, ibu paling tidak betah kalau tinggal di bandar. Tidak ada tempat yang lebih istimewa di dunia ini bagi ibu melainkan Mekah dan rumah peninggalan arwah ayah tersayang.

"Abang Nuqman!"

"Ha! Miq... nak ke mana ni?" Nuqman yang sudah menjejakkan kaki ke lantai aras bawah The Turban terkejut melihat Miqdam yang berlari menuruni anak tangga di belakangnya.

"Nak ke RC, Bukit Bintang, bang. Saya tak dapat join makan-makan raikan abang balik. Maaf ya. Saya nak jumpa ayah Nizam. Ada hal sikit. Esok, saya update abang." Miqdam mohon diri sambil melangkah ke pintu masuk utama.

"Eh! Tunggu! Abang ikut." Nuqman sudah melangkah.

"Abang! Semua orang tengah tunggu abang tu! Nak makan sama malam ni!" Terjerit Najjah dibuatnya, terkejut dan tidak percaya dengan tingkah Nuqman yang tiba-tiba mahu pergi begitu saja.

"Najjah, sampaikan salam abang. Tak apa, tadi dah jumpa. Esok pagi abang belanja sarapan di sini. Abang ada hal penting nak jumpa ayah, abang pergi dulu, ya!"

"Abang!"

Panggilan Najjah tidak bersahut kerana Nuqman dan Miqdam pantas melangkah pergi. Najjah menghela nafas hampa. Nuqman selalu buat dia begini, ditinggalkan begitu saja kerana sentiasa ada hal lain yang lebih penting darinya.

MAKNA PADA RASAWhere stories live. Discover now