Bab 36

315 10 0
                                    


"Sayang...! Sayang...!"

"Hurmm..." Bahagianya!

"Kita dah sampai." Sayup-sayup suara Nuqman menyedarkan Puteri dari lena yang panjang.

"Bangun, sayang!" Bahunya dikocak lembut. Puteri memaksa matanya terbuka. Penglihatannya kabur tetapi perlahan-lahan semakin jelas. Dia di dalam kenderaan dan sedang terlentok manja di dada Nuqman. Bahunya diusap lembut. Terkelip-kelip matanya, terpinga-pinga.

"Bangunlah," bisik Nuqman lagi. Segera Puteri duduk tegak dan melihat keliling. Rumah agam milik keluarganya mengisi ruang mata menyentak kantuknya. Serentak itu dia berpaling.

"Kita dah sampai!"

"Ya, sayang. Kita dah lama sampai. Pakcik teksi ni dah lama tunggu kita turun dari teksi dia," ujar Nuqman lembut sambil meraih beg tangan Puteri lalu digalaskan ke bahu gadis itu. Kemudian dia mencapai dua jaket diriba lalu keluar dari kereta. Puteri menekup muka, malu!

"Err... mintak maaf ya pakcik!" Pakcik teksi berpusing ke belakang sambil tersenyum, mengangguk. Pintu keretanya dibuka. Nuqman berdiri menunggu dia keluar. Beg-beg mereka sudah dikeluarkan dari but teksi. Puteri keluar setelah mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi.

Tan Sri Megat Hasyim Megat Fadhlullah keluar ke verandah, menyambut kepulangan anak dan menantunya. Nuqman sudah memberitahunya sebelum mereka bertolak dari Istanbul lagi. Hanya Tuhan yang tahu betapa bahagia hatinya melihat mereka berdua di depan mata.

"Abah!" Puteri berlari mendakap abahnya. Rindu sungguh dengan abah! Dahinya dikucup dan Puteri terbuai dalam dakapan abah.

Nuqman memberi salam, cemburu melihat Puteri bermanja. Tan Sri Megat Hasyim menjawab salam dan menghulurkan tangan bila Puteri tersedar dan cepat-cepat meleraikan pelukannya. Nuqman tunduk mencium tangan mertuanya. Puteri tersipu. Dia ikut bersalam dan mencium tangan abah.

"Macammana perjalanan, Man?"

"Okay, abah. Alhamdulillah. Semuanya lancar. Cuma Ika mungkin penat sikit sebab tak sempat rehat lama." Nuqman tersenyum memandang wajah isterinya yang ikut tersenyum tetapi senyumannya kelat.

"Ya? Ika penat sangat? Anak abah ni selalunya lasak." Tan Sri Megat Hasyim memaut dan mengusap lembut bahu Puteri yang makin tersipu.

"Eh! Okey dah. Tadi dah rehat sebelum ambik flight ke KL. Ika okey, bah." Puteri tersenyum menyakinkan abah sambil menjeling tajam ke arah Nuqman. Detik-detik bersamanya sepanjang perjalanan pulang kembali menerjah fikirannya. Dan Puteri tertunduk malu. Tan Sri tersenyum senang, amat mengerti.

"Kalau macam tu, Ika pergi tengok apa yang Makcik Nor siapkan kat dapur tu. Boleh hidangkan, kita minum petang sama-sama. Man, mari masuk!" Puteri laju saja mengangguk patuh dan beredar ke dapur. Entah kenapa dia rasa malu sangat dengan abah.

"Berehat di mana tadi, Man? Berapa jam di Singapura?" Soal Tan Sri Megat Hasyim sambil melabuhkan punggung di sofa.

"Kami ambil bilik hotel, abah. Tengok Ika penat sangat, bagi dia tidur sejam dua lepas sarapan. Lepas tu, baru nampak segar sikit. Sempat jugalah pusing-pusing bandar dalam sejam sebelum check in." Nuqman ramah bercerita. Hatinya yang berbunga menguntum dalam nada suaranya.

Letih juga bahunya menjadi bantal tidur Puteri hampir sepanjang perjalanan. Manja sungguh anak Tan Sri Megat Hasyim tatkala nyenyak dibuai mimpi. Sampai lengannya hangat dipeluk erat dalam lenanya. Tidak pasti kerana Puteri memang mahu bermanja dengannya atau mungkin kerana sudah biasa memeluk patung beruang. Namun dia bahagia sungguh saat bersama dengan gadis itu. Walaupun pada awalnya Puteri masam mencuka. Malah waktu makan di salah sebuah restoran di lapangan terbang itu, dia berkeras tidak mahu makan apa-apa. Puas Nuqman memujuk dan meminta maaf. Puteri terasa hati kerana dipermainkan. Mungkin juga kerana malu rahsia hatinya dapat dihidu. Akhirnya Nuqman diam membisu, membiarkan Puteri melayan rajuknya sendiri. Dia makan dengan berselera sekali. Lama kelamaan, Puteri jamah juga hidangan di depan mata.

MAKNA PADA RASAOnde as histórias ganham vida. Descobre agora