Bab 16

292 6 0
                                    

Ibu pejabat Women's World Today (WWT) agak sibuk pada pagi itu kerana bersiap sedia untuk menyambut kunjungan Unit Institusi Keluarga (UIK) dari Jabatan Kemasyarakatan Global.

"Sue, I nak keluar. Ada urgent matter. Tolong cover meeting dengan UIK." Nadia bersuara tegas sebaik saja daun pintu terkuak.

"Nad! Wait...!" Suhaila Abdul Hamid bingkas bangun berlari ke pintu. Nadia sudah berpusing dan melangkah, cuba melindungi matanya yang sembab memerah. Dia berhenti dan berpaling hanya sedikit. Suhaila sudah terpacak di pintu biliknya terkejut bila terpandang sekilas ke wajah Nadia, bermata sembab lesu tak bermaya. Eh! Awal pagi tadi elok je! Suhaila yang bukan saja Timbalan Pengarah Eksekutif WWT tetapi juga teman rapatnya sejak di bangku sekolah lagi menjadi serba-salah apabila melihat wajah Nadia.

"Nadia, I minta maaf sangat-sangat. Pengarah UIK sendiri nak turun. Dulu dia sanggup tunda meeting ni. Tunggu sampai you balik. Katanya penting sangat nak jumpa dengan you. Lagipun dia tahu yang you attend conference tu di Uzbek." Suhaila bercakap tersekat-sekat. Dihatinya membukit harapan. Janganlah Nadia batalkan lagi. Apa dia nak jawab nanti? Kerjasama dengan mereka sangat penting bagi WWT saat ini. Dia sudah tak menang tangan dengan berbagai isu yang timbul dan terpaksa pula memangku jawatan Pengarah Eksekutif WWT sepanjang Nadia berada di luar negara.

"But I just got back! Tak boleh tunda ke?" Nadia menghela nafas. Wajahnya tegang. Suhaila semakin risau. Dah kenapa pulak dengan dia hari ni? Bukan ke dah banyak kali aku ingatkan dia. Suhaila ligat memerah otak untuk memujuk.

"Err... dah banyak kali you! Lagipun diaorang sokong kita. At this moment, kita sangat-sangat perlukan sokongan. Isu-Isu yang timbul..."

"Yeah! I know...!" Puteri Nadia mengangkat tangan menepis kata Suhaila. Dia mendengus kasar. Suhaila menjungkit bahu. Serba-salah. Buat muka meraih simpati.

"Bila?" Senyuman serba-salah Suhaila menguntum.

"10.30! I'll handle everything. You just come!"

Kasut tumit tinggi Nadia berdetuk-detak kuat meninggalkan gema di ruang laluan.

"Yesss!" Suhaila menjerit lega. Kemudian tersenyap. Kenapa dia nangis?

Nadia menghenyakkan tubuhnya kembali ke kerusi. Letih! Selalunya dia energetik. Tak kenal erti letih. Tapi entah kenapa, baru jam 10.30 pagi, dia rasa letih. Lesu. Penangan Zulkarnain yang muncul tiba-tiba pagi tadi.

Dia menarik nafas dalam-dalam. Dia tak boleh letih. Tak boleh lesu. Dia memegang kemudi. Hidup perempuan tak harus hilang kemudi. Walau apa pun yang berlaku! Walau hatinya retak seribu!

Wajah Zulkarnain ditepis jauh-jauh. Mental block! Kuasai emosi, mengalih mood dan konsentrasi. Bertahun lama, dia cukup terlatih melakukannya. Fail kertas pembentangannya tempohari dicapai semula. Beberapa helaian kertas dikeluarkan. Respon dan rumusan beberapa perwakilan dari berbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hadir dalam persidangan itu dibaca sekali lalu.

– Proceeding of the International Conference on Marriage Institution –

Jatidiri Ketua Rumahtangga - Satu Persoalan. Itu tajuk pembentangan WWT dalam persidangan itu. Satu lagi isu hangat pasti akan melanda negara! Itulah yang berlaku apabila ego lelaki disentuh! Mereka bangkit melawan melalui agama dan undang-undang. Saman-menyaman. Selar-menyelar. Keluar segala nas dan hujah. Perubahan? Mereka tetap sama. Keadaan dan permasalahan tetap sama malah meruncing. Nasib perempuan tetap sama. Ego lelaki... Itulah isu sebenarnya! Apa mereka peduli dengan perlunya perubahan kalau mereka sudah berada di zon selesa?

MAKNA PADA RASAWhere stories live. Discover now