Bab 4

502 14 0
                                    


"Where is she?" Pintu bilik pejabat Tan Sri Megat Hasyim terkuak tiba-tiba dengan sebuah pertanyaan namun sedikitpun tidak mengejutkan lelaki yang sudah berusia lebih separuh abad itu. Pertanyaan yang sudah ditunggu. Jawapannya pun sudah tersedia dalam kotak fikirannya.

Tubuhnya berputar di atas kerusi empuk hidrolik yang serba hitam. Dia mengadap wanita bertubuh kecil molek yang sudah tercegat berdiri di hadapan mejanya.

"Assalamualaikum, Nadia." Dia tetap tenang menyapa sambil menyandarkan kepalanya di kerusi.

"I asked you a question. Didn't you hear me?" Dia terus membentak dengan wajah yang semakin mencuka.

"Kalau ya pun, jawablah salam abang dulu. Awak kan orang Islam. Islam tu bukan setakat percaya saja tapi cara hidup." Dia masih tenang berhadapan dengan adik iparnya yang cepat panas kalau berdepan dengan lelaki.

Sebelah tangannya mengepal penumbuk dihentak agak kuat di atas meja. "Eh! I datang ni bukan nak dengar ceramah you! Orang taulah nak jawab salam. Where is she?"

Tindakannya sedikitpun tidak mengubah riak wajah Tan Sri Megat Hasyim. Tidak ada yang mengejutkan kalau itu semua dari Nadia. Dato' Puteri Nadia Ruwaidah. Marah Nadia jika orang tidak memanggilnya dengan betul, Tan Sri Megat Hasyim tersenyum gelihati mengenangkan tentang hal itu namun ditahan-tahan.

"She's fine. Don't you worry about her..."

"No! She is not fine! Something is not right. She didn't answer my calls, messages or even emels! What did you do to her?" Matanya dikecilkan, menyerlung tepat ke wajah abang iparnya. Akalnya berputar ligat mencari petunjuk dan jawapan.

"Dia bukan anak kecil lagi, Nadia. Dia bebas buat apa saja yang dia suka. Dia sibuklah tu... Dia tengah bercuti dengan kawan-kawan dia..." Wajah Nadia berubah. Kehairanan sungguh.

"Pelik you ni! Sebelum ni bukan main control dia. Tiba-tiba hari ni, dia bebas buat apa yang dia suka?"

Oopppss! Tan Sri Megat Hasyim tersenyum kelat. Aku harus berhati-hati.

"Takkan semua dia nak bagitau you? Dah you jauh entah kat negara mana. Dia dah consult dengan abang. Lagipun nak pergi bercuti, mesti dia perlukan duit. Bila abang izinkan, terbanglah dia..."

"Terbang? Dia pergi jauh pun tak bagitau I? This is not her! Dia pergi dengan siapa?"

"Dah lama dia nak ke Istanbul. Minat sangat nak tengok tempat-tempat bersejarah kat sana. Dia baru je pergi kelmarin. Sebab kawannya ada bapa saudara tinggal di sana. Apa namanya? Hmm... abang dah lupa pulak. Never mind. Tak lama lagi dia calllah tu..."

"Amboi! Mudahnya you cakap?"

"Take it easy, Nadia. I keep in touch dengan diaorang. They are all fine! Nanti dia contact you bila dia dah tahu yang you dah balik. You pun senyap je... tak berhubung langsung dengan abang."

"Ahh! Nak buat apa berhubung dengan you! Buang masa je." Dia menghempaskan diri ke kerusi, melepaskan rasa kecewa. Hendak tak hendak dia duduk juga mengadap abang iparnya. Tan Sri Megat Hasyim tersenyum. Saat itu dia terkenangkan arwah isterinya yang sabar melayan kerenah adik bongsunya walau macammana pun hatinya disakiti. Maka dia harus bersabar juga.

"Enjoyed your trip?"

"Yeah... it was good. Tiring though. You can't imagine how many women in this world yang jadi mangsa lelaki yang tak ada perikemanusian! Mangsa undang-undang yang tak adil. Undang-undang yang kebanyakannya digubal oleh kaum lelaki. Sana sini perempuan hidup tersiksa..." Nadia seakan melepaskan geram.

MAKNA PADA RASAOnde histórias criam vida. Descubra agora