Part 1

2.7K 183 4
                                    


Jam sudah menunjukkan tepat pukul 7 pagi. Tapi aku masih berdiri di meja makan. Tidak terdetik di hatiku untuk terus mengangkat kaki ke sekolah. Ah, haraplah dia tak sampai tunggu kat luar. Desis hatiku. Aku gelisah dan sedikit ketakutan. Aku takut dengan kehadiran seseorang. Seseorang yang boleh aku katakan seperti seekor syaitan. Ya, perangai manusia itu seperti syaitan yang sangat kejam.

"Sowon-ah, kenapa masih tercegat kat situ? Tak nak pergi sekolah ke?" soal eommaku, Puan Baek. Dengan bakat lakonan yang aku ada, aku berlakon sakit perut di hadapan ommaku.

"Ah, omma! Perut Sowon sakitlah, tak jadi nak ke sekolah..." kataku. Eommaku hanya mengangguk dan ketika itulah loceng rumahku berbunyi. Aku tersentak. Aku telan air liur dengan payahnya. Ah, tak mungkin itu dia?!

Ommaku dengan cepat melangkah ke arah pintu utama. Pintu terbuka dan seorang pelajar lelaki tercegat dihadapan pintu bersama senyuman manisnya bak gula.

"Ye, cari siapa?" soal ommaku. Aku sudah merancang untuk berlari ke arah bilikku di tingkat atas sehinggalah aku terdengar namaku dipanggil oleh dia.

"Ah, Sowon chagi! Jom ke sekolah sekarang." katanya. Aku berdiri seperti tugu dihadapan tangga. Hendak melawan aku tidak berani lalu aku terus mengambil beg sekolahku dan meluru ke arahnya dan omma.

"Eh, sayang. Kamu kata sakit perut tadi?" ommaku menyampuk.

"Ah, dah lega sikit ni." balasku. Aku perasan dia memandangku dengan tajam.

"Ni siapa?" tanya ommaku kepadaku mengenai dia. Dia dengan sopannya menjawab pertanyaannya bagi pihak aku.

"Nama saya Oh Sehun ommoni. Saya namchin Sowon." kata Sehun. Aku hanya menunduk.

"Oh, namchin Sowon eh? Ommoni tak tahu pulak Sowon ni ada namchin. Kacak betul kamu ya." ommaku memuji Sehun pula. Argh, tolonglah. Aku nak sampai ke sekolah dengan segera dan lari daripada si Sehun ni.

Selepas meminta diri dari ommaku, kami menaiki keretanya ke sekolah. Perjalanan kami ke sekolah hanya senyap tanpa kata. Aku tahu dia sedang marah. Tiba-tiba dia memberhentikan keretanya di tepi jalan. Matanya tajam mencerlung kearahku. Aku menunduk tidak membalas renungannya yang boleh membunuh itu.

"Kenapa kau tak bagitau ommoni pasal kita?" soalnya dingin. Aku pandang dia sekejap sebelum berkata.

"Tak penting pun kalau aku bagitahu dia." jawabku. Dia dengan pantasnya mencekam pipiku. Wajahnya didekatkan denganku. Matanya merenungku dengan api marak.

"So, aku ni tak pentinglah bagi kau, Baek Sowon? Malhae!" jerkahnya. Aku sekadar memejamkan mata tatkala dia mencium bibirku. Air mata bergenang di mataku namun aku tidak mahu ia jatuh ke pipi. Biarlah aku menanggungnya dari dalam.

"Look, aku tak suka kalau kau layan aku macam tadi dan sekarang. Aku nak semua orang tahu pasal relationship kita. And one more thing." mulutnya dirapatkan ditelingaku.

"I hate when you talk like that to me and if I heard it again, you'll know it later, dear." sambungnya kemudian terus mencium leher dan bibirku untuk beberapa minit.

Dia kemudiannya memulakan perjalanan kami ke sekolah. Aku hanya mampu menangis dalam hati sepanjang perjalanan. Ah, mengapa nasibku begitu malang dengan bertemu lelaki seperti dia?

-------

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now