Part 33

1.1K 82 0
                                    

No one p.o.v

Sehun memakirkan keretanya di parkir bawah tanah SMT Mall. Dia terus keluar tanpa menunggu Sowon. Sowon berdecit perlahan. Sungguh dia amat benci dengan perilaku Sehun yang suka meninggalkannya.

"Tau la kaki panjang pun," bisiknya dengan geram. Dia menghayunkan kakinya agar dapat menandingi Sehun yang sudah beberapa meter dihadapannya.

Dia berjalan beriringan dengan Sehun. Banyak mata memandang mereka. Baru dia perasan, mereka masih berpakaian sekolah. Wajahnya memerah. Pasti orang-orang yang melihat mereka akan menganggapnya seorang pelajar yang bermasalah kerana ponteng sekolah. Habis tercalar maruahnya. Segera lengan Sehun diraih.

"Awak," panggilnya. Sehun berhenti. Dia memandang Sowon dengan ekor matanya. Kening diangkat sebelah tanda kenapa.

"Balik la. Tak malu ke orang tengok kita lain macam? Dengan pakaian sekolah lagi..." ujar Sowon. Sehun melepaskan keluhan kecil.

Dia membongkokkan badannya agar sama paras dengan ketinggian Sowon yang hanya setinggi atas sikunya sahaja. Sengaja dia merapatkan wajahnya dengan Sowon. Sowon tersentak lalu mengundurkan sedikit badannya dari Sehun. Sehub tersenyum sinis.

"No fun la kalau balik sekarang. Abaikan pandangan orang. Dah la, jom." ajak Sehun lalu jari-jemari Sowon diraih dalam genggamannya. Dia menarik Sowon agar mengikut jejaknya.

Sowon hanya mengikut. Jantungnya berdegup laju. Walaupun ni bukan kali pertama Sehun memegangnya tetapi hatinya tetap bergetar. Belakang Sehun dipandangnya dengan penuh rasa yang

Suka, sayang, benci, keliru...

Semua ada dalam dirinya. Dia buntu.

Sehun,

Adakah lelaki itu benar-benar mempunyai perasaan terhadapnya?

Atau dia yang perasan sendiri?

Sowon mengeluh. Malas mahu fikirkan semua itu. Biarlah masa yang menentukan jika itu yang terbaik buatnya.

Sehun mengheretnya ke sebuah butik yang menempatkan pakaian-pakaian kasual dan street fashion. Sehun menonong masuk memilih pakaian untuknya, meninggalkan Sowon terlongo sendiri di depan kaunter bayaran.

"Buat apa lagi tercegat kat situ? Cepatla pilih baju." arah Sehun. Sowon hanya mengikut. Dia memandang Sehun dengan pelik.

"Nak buat apa?"

"Tadi ada orang tu kata malu la pakai baju sekolah bagai bila datang mall, so aku cadang nak beli baju la." balasnya sinis. Sowon mendengus tak puas hati. Dia terus ke bahagian perempuan dan mula memilih baju yang simple untuk dipakainya.

Setelah siap memilih dan membeli, mereka terus menukar seragam sekolah mereka dengan pakaian tersebut. Sowon hanya memakai sweatshirt putih bersama skinny jeans manakala Sehun hanya mengenakan tshirt putih dan jaket jeans biru bersama seluar slim fit hitam. Sempat juga lelaki itu membeli kaca mata Rayban yang dijual di butik itu.

Mereka segera keluar dan masuk ke bahagian dalam mall itu. Sehun sahaja yang sibuk memilih barang sedangkan Sowon hanya memerhati. Malas mahu mengacau lelaki itu, dia bermain dengan telefon pintarnya.

"Sowon-ah!" panggil satu suara. Sowon tersentak. Dia cukup mengenali suara itu. Perlahan-lahan dia memandang belakang. Wajahnya cuak. Benar tekaannya.

Itulah Bogum!

Bogum menghampiri mereka. Dia tersenyum melihat Sowon tetapi senyumannya serta merta mati apabila melihat wajah Sehun yang tajam mencerlungnya.

"Nuguya?"

"Nuguya?"

Serentak kedua mereka menyoal Sowon. Mereka saling berbalas pandangan. Sowon terdiam. Tidak tahu mahu menjawab bagaimana.

"Aku boyfriend dia, asal?" balas Bogum. Sowon terkejut. Pandanganku  mengalih pada Sehun. Wajah lelaki itu tegang menahan marah.

Bogum kenapa dengan kau?! Jerit batin Sowon.

Matilah aku!

----

Sehun pov.

"Aku boyfriend dia, asal?"

Mendengar je kata-kata lelaki asing yang tetiba datang itu membuatkan aku tersentak. Hatiku tiba-tiba terasa panas. Penumbukku digumpal. Hujung anak mataku memerhati Sowon. Gadis itu hanya menunduk.

Aku berdecit sebelum menggosok pelipisku. Senyuman sinis dihadiahkan kepada lelaki dihadapanku.

"Boyfriend?" soalku. Tidak semena aku melepaskan tumbukan pada wajahnya. Lelaki itu terdorong ke belakang selepas ditumbuk olehku. Aku lihat Sowon bagai terkejut.

"Bogum-ah!" panggilnya. Oh, nama dia Bogum?

Sowon ingin merapati lelaki itu tapi aku lebih cepat mencapai lengannya. Menariknya untuk tidak meneruskan niatnya untuk membantu si Bogum tu.

"Lepaslah!" bentaknya. Mataku mencerlung tajam kearahnya. Disebabkan kemarahanku yang tidak dapat ditahan, aku menampar wajah Sowon. Terdiam gadis itu setelah ditampar olehku.

"Kalau kau tak nak sakit, kau jangab tolong jantan tu." ugutku dengan suara keras. Aku tengok lelaki yang bernama bubble gum tu macam tak percaya aku tampar Sowon. Ah, aku kisah apa?

She's mine. Sukahati akulah nak buat apa pun.

"Dan kau! Don't you dare to touch what is mine!" kataku lalu menarik Sowob meninggalkan kompleks membeli-belah itu. Juga barang yang aku pilih untuk dibeli juga aku tinggalkan.

Kami tiba di basement, atau tempat parkir kereta bawah tanah. Aku mengheretnya sehingga ke keretaku. Aku menolak badannya pada body keretaku lalu kedua belah tanganku menguncinya. Wajahku sengaja didekatkan padanya. Dia hanya menunduk.

"You have a lot explaination to do, Baek Sowon." kataku dengan nada perlahan tetapi tegas. Mataku terpaku pada pipinya yang aku tampar. Merah. Terbit rasa simpati pada hatiku tapi segera ditepis.

"A-aw-awak... Sa-salah fa-fah-faham.." tergagap dia berkata. Ada getaran dalam suaranya. Pasti dia sangat takut sekarang.

"Then, fahamkan aku!" bentakku. Penumbukku menumbuk kuat body kereta disebelahnya. Bahunya terangkat. Dia terkejut.

"Siapa dia?" soalku. Sowon terdiam. Aku merengus kasar. Perkara yang paling aku benci ialah bila soalanku lambat dijawab.

"Siapa dia?!" bentakku lagi. Nasib baik kawasan parkir bawah tanah tengah lengang sekarang ni.

"D-dia bukan namchin saya! Aw-awak sorang je nam-namchin... Saya..." balasnya.

"Then, who is he?"

"Dia... Cousin saya..." ujarnya perlahan. Aku mendengus kasar. Segera aku menjarakkan diri darinya. Rambutku diramas kasar. Sowon masih menunduk. Dan aku nampak air matanya mengalir.

Ah, lantak dia lah!

"Kau boleh balik sendiri kan?" soalku. Sungguh aku serabut sekarang. Sowon mengangkat kepala memandangku. Air mata yang mengalir segera dia kesat.

"Ke-kena-"

"Aku nak pergi satu tempat. Seorang." belum sempat dia bertanya, aku memintasnya.

Aku berlalu ke pintu pemandu lalu meloloskan diri ke dalam kereta. Enjin dimulakan, belum sempat aku menekan pedal minyak, Sowon masuk dan duduk di seat pemandu. Matanya memandangku.

"Kel-"

"Saya nak ikut awak. Fullstop." ujarnya lalu memasang tali pinggang keledar. Aku hanya mampu mengeluh dan membawa kereta keluar dari kawasan mall tersebut.

----

Hi, readers~ nah ud last utk minggu nie. Wait for me lagi 2 weeks neh?😂

Vote&comment&enjoy

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now