Part 47

930 74 7
                                    

Author p.o.v

"Hey, sayang." ucap Sehun selepas cermin kereta diturunkan. Daeun yang sudah nampak kelibat kereta lelaki itu terus saja kesana. Dia tersenyum kecil lalu pintu kereta dibuka. Dia meloloskan diri kedalam kereta.

"Hai," balas Daeun bersama senyuman manis terukir di bibir.

"Macam mana shooting? Okey?" soalnya setelah kereta mula bergerak.

"Erm, okeyla. Tapi penat sikit sebab hari ni buat outdoor photoshoots. Panas pula tu." balas Daeun. Sehun mengangguk. Matanya fokus pada pemanduannya. Setelah beberapa minit, Daeun muka bersuara,

"You nak pergi mana?" soalnya. Sehun hanya menjongket kening.

"Lah, lupa ke, sayang? Baru semalam je sebut takkan dah lupa?" balas Sehun. Dahi Daeun semakin berkerut.

"Eii, bagitahulah elok-elok! Nak pergi mana?" Daeun sudah memuncung. Sehun ketawa geli hati lalu kepala Daeun diusapnya.

"Aigoo~ tunang I ni pelupalah orangnya. Hehe, kita nak pergi sekolah lama kita la. Walaupun I lupa kat mana, tapi I dah tanya hyung and kita pakai waze." ucapnya lalu menayangkan aplikasi Waze pada Iphone 7nya.

Daeun hanya tersenyum kekok. Dia tidak menyangkan yang Sehun benar-benar mahu ke sekolah itu. Dia mengenggam jarinya sendiri. Tiba-tiba rasa takut menguasai dirinya.

"Erm, tak payahlah pergi. Kita pergi tempat lainlah." ucapnya. Cuba untuk membatalkan niat Sehun. Sehun pandang Daeun pelik. Dahinya berkerut.

"Kenapa pula? Bukannya buat apa pun kat sana. I just want to remember my memories at there. Takkan tu pun tak boleh?" Soal Sehun. Dia tersenyum sungging. Agak terasa dengan penyataan Daeun.

"Bukan tak boleh but..."

Sehun memberhentikan kereta di tepi jalan. Dia memandang Daeun tajam. Daeun hanya berdiam saat melihat wajah Sehun yang menunjukkan riak tak puas hati.

"Are you hiding something from me?" soalnya. Daeun pantaa menggeleng.

"A-aniya! Mana ada I sembunyikan apa-apa." tergagap Daeun berkata. Sehun mengangkat kening. Tidak berpuas hati dengan jawapan Daeun.

"Are you sure, dear?" soal Sehun pinta kepastian.

"Yes. Definitely. Ah, you kata nak pergi sekolah lama kan? Jomlah. I pun teringin nak tengok sekolah tu. Dah banyak berubah ke tak." balas Daeun.

Dalam hati dia hanya mampu menyumpah dirinya. Dia terpaksa bersetuju dengan Sehun jika tidak mahu lelaki itu bertanya lebih banyak. Dia takut kalau mereka masih seperti tadi, Sehun mampu merungkai rahsia yang selama ini dia simpan.

Sehun hanya mengangguk lalu kereta dipandunya semula. Kini mereka dalam perjalanan ke Sekolah Tinggi Gyoguk, sekolah lamanya sebelum dia berpindah ke Amerika.

------

"Woah! I tak sangka sekolah ni besar jugak!" ujar Sehun dengan teruja. Menonong dia berjalan di sekitar taman botani sekolah. Daeun hanya memerhati. Senyuman paksa dia lemparkan pada lelaki itu.

"Jom pergi padang. I nak tengok padang tu besar mana." pinta Sehun. Daeun hanya mengangguk lalu menunjukkan lelaki itu lokasi padang sekolah.

Sehun pandang padang sekolah yang luas dengan penuh taksub. Sungguh dia tidak sangka pandang itu lebih besar dari yang dijangkakannya. Dia mula berjalan ke arah padang itu meninggalkan Daeun yang hanya sekadar menanti disitu. Tidak terdedah dengan matahari.

Dia berjalan sambil kedua-dua belah tangannya menyeluk poket. Dia tersenyum saat bayu lembut menyapa wajahnya. Dia tidak sedar kakinya sudah melangkah sehingga dihadapan sebuah pokok akasia yang agak besar dan tinggi. Mendongak dia memandang pokok itu.

"Eh, ada pokok?" katanya sendirian.

Keliling pokok itu diterokainya. Dia mula melabuhkan duduk dibawah pohon redang itu. Memandangkan sudah lama dia terbiar di bawah cahaya matahari, dia sengaja berteduh sementara disitu.

Suasana mula sunyi. Hanya bunyi unggas kedengaran. Tiba-tiba saja mindanya teringatkan sesuatu.

Flashback.

Dihujung padang, terletaknya sebuah pokok akasia yang berbunga kuning lebat. Disebalik pokok itu, dia ternampak kelibat sekujur tubuh yang amat dikenalinya. Terus dia memecutkan diri ke arah pokok itu.

"Akhirnya jumpa jugak kau!" Katanya saat dia tiba di situ.

Sowon tersentak dengan suara yang baru saja didengarinya. Segera dia memandang si pemilik suara itu. Air mata yang membasahi pipinya diseka kasar. Tidak mahu Sehun melihat dirinya menangis.

"A... awak buat apa kat sini?" Soal Sowon. Suaranya menjadi serak akibat menangis tadi. Segera dia berdehem untuk membetulkan kembali suaranya. Sehun mencerlung tajam ke arah Sowon. Dia memeluk tubuh.

"Aku cari kaulah, pabo." Balas Sehun kasar. Sowon menunduk. Jari jemarinya digenggam geram.

"Bu... buat apa nak cari saya? Pergilah kat girlfriend baru awak tu, nanti dia kata apa pulak bila tengok saya dengan awak..." nampak sangat nada cemburunya dalam ayat Sowon. Setelah menyedari ayat yang dilontarkan, terus dia menampar lembut bibirnya. Bibirnya dikemam rapat.

Setelah mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut kecil Sowon, dia tersenyum sinis. Jarinya menyentuh lembut dagu Sowon lalu memaksa gadis itu memandang wajah kacaknya.

Senyuman sinis diberikan pada Sowon. Sowon yang menyedari smirk lelaki itu hanya menunduk malu plus takut.

"Kau ni kan... tchtchtch... tak sangka jugak kau ni jeles ye? Aku ingat kau ni hati batu or what sebab dah banyak kali juga aku flirting dengan pempuan lain tapi kau buat lek je." Ujar Sehun. Dia ketawa perlahan. Ketawa mengejek sebenarnya.

Sowon yang menyedari dirinya diejek memuncungkan bibir. Dia memeluk tubuh. Agak kecil hati dengan kata-kata Sehun.

Tidak semena tiba-tiba saja Sehun mendaratkan bibirnya pada bibir Sowon yang memuncung. Ciuman kejap diberikan pada gadis itu. Sowon membulatkan matanya. Terkejut dengan tindakan drastik Sehun. Sehun hanya menyengih.

End Flashback.


Dahi Sehun berkerut. Adakah itu memorinya yang telah hilang dulu? Tapi, siapa gadis dalam bayangan memorinya itu? Wajahnya tidak jelas.

"Daeun? Tapi kenapa aku berbahasakan aku-kau dengannya sedangkan dia girlfriend aku dulu? And why suara dia lain?" katanya perlahan. Tiba-tiba saja sakit kepalanya menyerang. Dia mengurut pelipisnya dengan perlahan.

"For now, aku kena siasat dulu before aku soal dia." putusnya lalu bangun menuju ke arah Daeun.

-------

Okeyyy. Nah update. And sorry to say .. Hambar😢

Anddd.... Minggu ni last author update😂 smpai jumaat depan or sabtu dpn je lah author akn try  update. Lps tu haa.. Time cuti raya la pulak yeee.

Vote&comment💕

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now