Part 60

1.2K 86 14
                                    

N/p: EXO Forever


----

Senyap. Suasana dalam kereta sunyi sejak tadi. Tiada satu patah kata pun yang keluar dari mulut penghuni-penghuni yang ada di dalam kereta tersebut. Sowon menyandarkan diri pada kusyen kereta. Matanya dipejam. Demamnya walaupun sudah semakin kebah, tetap dia berasa tidak larat. Sejak kejadian dia bertemu semula dengan ibunya, rasa peningnya semakin menjadi-jadi. Sehun pula mengambil keputusan untuk berdiam diri. Takut jika ditanya lebih lanjut akan membuatkan Sowon lebih sakit. Seoyun pula sudah lama menuju ke alam mimpi.

Setibanya di rumah Sowon, Sehun memarkir kereta. Seatbelt yang dipakainya ditanggalkan. Dia pandang Sowon. Bahu wanita itu ditepuknya dengan lembut. Sowon perlahan memandang Sehun.

"Wae?" Soalnya perlahan. Dahinya disentuh. Masih pening.

"Dah sampai. Erm, awak boleh ke berjalan sampai ke atas? If not tunggu kejap. Saya nak kejutkan Seoyun." Ucap Sehun. Sowon tidak membalas. Hanya memandang Sehun.

Melihat Sowon yang hanya berdiam, dia mengambil kira bahawa Sowon setuju. Bukankah diam itu tandanya setuju? Fikirnya. Dia membuka pintu. Belum sempat dia melangkah keluar, lengannya ditarik oleh Sowon.

"Jakkaman." Kata Sowon. Sehun memaling memandang Sowon. Keningnya diangkat.

"Uh? Ya?"

"Kenapa... Kenapa awak baik sangat?" Soal Sowon. Matanya tepat memandang mata Sehun. Sehun kerut dahi. Tidak faham.

"Urm, what do you mean? Salah ke saya jadi baik? Tak, salah ke saya nak berbuat baik?" Sowon geleng. Lagi banyak kerutan di dahi Sehun.

Berdosa sangat ke kalau aku buat baik? Bisik hatinya.

"No, its not like that... Cuma... This is not you... The old Sehun—"

"Wait. You know me before?" Soalan cepumas dari Sehun membuatkan Sowon rasa nak tampar je mulutnya yang terlalu lancang sangat tadi.

"Ahm—"

"Jawab, Baek Sowon." Sehun merapati Sowon. Wajah mereka hanya beberapa inci saja jaraknya. Sowon terkebelakang akibat tindakan tiba-tiba Sehun. Matanya membulat.

"A—aniya! Dah, sana! Jangan dekat. Nanti terjangkit."

"Jangan nak tukar topik. Tell me, now." gertak Sehun. Matanya tajam menikam anak mata Sowon. Sowon ketap bibir. Dada Sehun ditolak perlahan.

"Sanalah. Takkanlah awak tak ingat langsung?" Soalnya. Sehun kembali ke kedudukan asal. Dia peluk tubuh.

"What if I said yes?" Kata Sehun. Sowon berdecit kecil.

"Nonsense." Balas Sowon. Pintu kereta dibuka. Kakinya menapak keluar dari dalam kereta. Dia menyandarkan diri pada badan kereta sambil memeluk tubuh.

Seketika kemudian Sehun muncul disebelahnya sambil mengendong Seoyun. Seoyun masih tidur. Terbit persaan bersalah melihat Sehun mendukung Seoyun. Jangan ingat tubuh kecilnya itu bukan calang-calang. Beratnya hampir 30 kg tahu! Apa yang dimakan pun tak tahulah.

"Jom," ajak Sehun lalu sebelah tangannya yang kosong mula menggapai tangan kiri Sowon. Sowon mulanya terkejut tapi disebabkan Sehun sudahpun menariknya ke arah lift, dia hanya membiarkan.

Dup dap dup dap.

Hati Sowon berdegup laju. Tangannya kemas dalam genggaman Sehun. Sudah lama dia tidak berpegangan tangan dengan Sehun. Kenangan lama mula menjelma didalam minda. Tanpa sedar dia mengukir senyuman.

Di pihak Sehun pula. Hatinya tidak henti-henti berdegup dengan laju. Mahu saja dia mengeluarkan lalu melempar jauh hatinya itu. Tapi mengenangkan itulah salah satu sumber untuk dia terus melangsungkan kehidupan, niat itu dibatalkan. Dia berusaha untuk mengekalkan wajah poker. Tidak mahu Sowon tahu perasaannya kala ini.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now