Maaf. Tadi delete pastu pub smula. Wattpad buat hal😂
------
Sehun p.o.v
Selepas menghantas Daeun pulang, aku memandu kereta pulang kerumahku semula. Ketika aku tiba dirumah, ja. Sudah menunjukkan pukul 8 malam. Aku memarkir kereta di garaj. Keluarnya aku dari kereta, baru aku perasan ada sebuah Mercedes Benz berwarna hitam di luar garaj. Aku mengerutkan dahi. Sejak bila Luhan hyung beli kereta baru?
Kata laluan ditekan lalu aku masuk kedalam rumah. Aku lihat ada seorang figura manusia berambut coklat membelakangiku disofa. Eh, ada orang datang? Siapa? Kawan Luhan hyung ke?
Baru saja aku menyebut nama Luhan hyung, dia sudh muncul dihadapan sambil menatang dulang dengan secawan air. Kopi mungkin. Luhan hyung memandangku lalu dia tersenyum teruja.
"Sehunnie? Baru balik? Mari sini. Kita ada tetamu." panggilnya. Aku mengangguk.
Tanpa membuang masa aku mengorak langkah ke arah sofa. Aku melabuhkan duduk di satu lagi set sofa disitu. Mataku menatap tetamu yang datang itu. Dia tersenyum melihatku. Hm, orangnya berkulit gelap dan senyumannya seksi. Kejap. Macam familiar je muka dia.
"Yah, Oh Sehun. Kau lupakan aku ke?" soalnya. Suara dia.... Macam pernah dengar. Aku memaksa otakku untuk mengingati orang dihadapanku ini.
"Wahh... Sampai hati kau lupakan aku, chingu. Macam ni kau balas setelah sekian lama lost contact?" bebelnya. Aku rasa menyampah tiba-tiba. Haih, kejaplah. Ingat senang ke nak ingat balik orang?
"Err... Kau... Kim Jongang kan?" sebutku. Dia mematikan senyuman. Lalu kepalaku dilukunya. Aduh! Pehal doe dia ni?!
"Banyaklah kau Jongang! Aku Kim Jong In lah, pabo! Or Kai. Teruk benar penyakit nyanyuk kau, bro." balasnya. Aku tersengih. Ups, salah eh?
"Sorry, sorry! Aku lupa. Apa tadi? Kkamjong?"
"Ya tuhan! Stressnya ada kawan macam ni!" rungutnya. Pelipisnya diurut perlahan. Aku ketawa besar.
Aduh, Jong In. Aku dah ingat dia siapa. Bestfriend aku! Sengaja aku buat-buat lupa. Tengok wajah dia pening macam baru lepas memikirkan masalah dunia membuatkan aku gelak lebih kuat.
"Sila meninggal gali kubur sendiri." ucapnya. Aku hanya ketawa.
"Amboi! Banyak cantik mulut kau. Lek ah, aku dah ingat. Mianhae, chingu." kataku padanya. Dia hanya memucung. Lalu entah kenapa dia pula ketawa. Dia berdiri lalu memelukku. Aku membalas pelukannya.
"Wei! Kau tahu tak aku punya rindu, risau kat kau tahap infiniti! Dah la lima tahu aku lost contact dengan kau. Ni pun nasib baik aku lalu depan rumah kau nampak kelibat Luhan hyung siram pokok kalau tak sampai ke sudah aku tak tau kau balik." katanya. Aku menampar belakangnya cara lelaki.
"Maaf. Aku bukan sengaja buat semua tu. Aku—"
"Tak pe. Aku dah dengar Luhan hyung cerita." potongnya. Aku tersenyum. Kami sambung memeluk. Sehinggalah ada seorang manusia yang dahagakan kasih sayang ni menganggu kami.
"Aigoo~ sweetnya couple ni! Hyung ship! Hidup SeKai! Tapi HunHan lagi comel. Auch! Reciks!" sampuk Luhan. Segera aku dan Kai melepaskan pelukan. Kami sama-sama memandang hyung aku yang sudah memberikan pandangan menjudge pada kami. I really need to find a sister-in-law for him. As soon as possible.
"Yelahhh mana boleh lawan HunHan. More than real la katakan...." balas Kai. Perli pun ada. Aku jelingnya dan Luhan hyung silih ganti. Aii depa dua ni? Masing-masing jeles ke macam mana ni? Tiba-tiba je jadi gay habis kat sini.
"Erm guys? Aku straight okey?" balasku. Mereka berdua melihatku lalu melepaskan ketawa besar. Lagi-lagi Luhan hyung. Okey, aku keliru.
"Haduh, saeng! Memanglah kau straight! Kami pun straight! Kalau tak dah lama Kai tu terkam kau tahu?" balas Luhan. Kai yang ketawa tak ingat dunia tu mula senyap dengar kata-kata Luhan hyung.
"Eiii, apa ni hyung!! Apa pulak Kai nak terkam Sehun? Eii tak hensem. Baik Kai terkam hyung dulu. Muka tu dah macam perempuan dah tu." balas Kai sambil terkekek ketawa.
Cheer Up for LuKai gais!
Giliran Luhan hyung pula yang senyap. Dia membesarkan mata. Terkejut mungkin. Dengan pantas dia mengambil kusyen sofa lalu dibaling tepat ke muka Kai.
"Dasar hitam! Hyung manly lah! Apa pula samakan muka orang dengan perempuan." bebel Luhan hyung. Aku dan Kai sama-sama ketawa kuat.
Hyung, hyung. Muja macam perempuan tu jangan lah dinafikan. Manly? Huh, badan keding je nak dikata manly? Aku ni baru manly. Sado gituuuu.
"Lantak korang lah! Daripada hyung layan korang, baik hyung layan Man United dekat astro Supersport. Buang masa je. Chiao!" ujar Luhan hyung lalu menghilangkan diri ke tingkat atas. Halah, terasa la tu dengan gurauan kotor kami. Acehhh.
"Wei, kau macam mana sekarang?" soalku setelah aku dan Kai sama-sama terdiam. Kai hanya tersenyum kecil.
"Well, setahun lepas kau pergi Amerika, aku lulus ujian ulangan tu and masuk Seoul Art College. Aku graduate dalam Ballet. Tapi tulah, walauapapun course aku ambil, last kena kerja dengan appa aku jugak. Now, aku jadi superior di syarikat appa aku." kata Kai. Aku hanya mengangguk.
"Wow! Oklah ada jugak kerja. Daripada aku ni? Menganggur je." kataku. Kadang-kadang aku terfikir nak cari kerja. Appa pula suruh aku kerja kat syarikat dia. Bukan aku taknak, tapi aku belum sedia lagi. So, hasilnya, aku tak kerjalah sekarang ni.
"Heh. Payah wei kerja ni. Kau sibuk sampai takde masa langsung untuk diri sendiri." ujar Kai. Sehun hanya tergelak kecil.
"Yah, kau dah jumpa Sowon?" soalnya. Dahiku berkerut.
Sowon? Jap...
Macam pernah dengar je nama tu.
"Sowon?" sebutku. Dia mengangguk.
Entah mengapa tiba-tiba saja kepalaku sakit. Bagaikan namanya berlegar-legar dalam mindaku. Aku menutup mata. Bayangan kabur seorang gadis menjengah mindaku. Bayangan aku menyebut nama itu juga tertayang. Aku cuba memegang kepala yang kian berdenyut kuat.
"Arghh!!" aku jerit. Sakit kepala tuhan saja tahu betapa sakitnya.
"Ya—yah! Kau kenapa, Hun?! Okey tak?!" soal Kai penuh kerisauan. Bahuku disentuhnya. Aku menggeleng kasar. Kepalaku sakit sangat.
"Oh my— Sehun! Kau okey tak, saeng?!" Luhan hyung yang entah bila muncul mula bersuara.
"Nah makan ubat ni!" arah Luhan hyung sambil menyuakan ubat dan segelas air kepadaku. Aku mencapai gelas itu tapi belum sempat bibirku menyentuh permukaan gelas itu, gelas itu jatuh menyembah bumi. Pecah berderai.
"Argh!!" aku jerit lagi kuat. Sesungguhnya kepalaku sangat sakit sekarang ni! Semuanya kerana nama 'Sowon' itu! Siapa Sowon ni sebenarnya?!
"Yah! Hun!"
"Oh Sehun! Gwenchana?!"
Sayup-sayup aku dengar suara mereka. Pandanganku menjadi gelap. Aku pun tak tahu apa terjadi selepas itu. Yang aku tahu, aku rebah dengan nama Sowon terngiang-ngiang dalam mindaku.
-------
Okeyyy. Rsanya ff ni akan lagi panjang jln critanya drpd yg author jangkakan. Erm. Igt nk buat smpai 50 part je tapi..... Rsanya kna tmbah lagi 10 part atau lbih lagi utk bgi crita ni hbes.😂
Maaf klau korg rsa mcm mnyampah gila dgn jln crita ni🙏 maybe korg tertnya bila lh sehun ni igt balik kn? Haha insyaAllah chap akn dtg dia akn igt balik. Tapi x jmin bila nk pub😂🙏
Vote&comment💕
YOU ARE READING
Devilish Love | OSH (COMPLETE!)
FanfictionApa salah aku sampai dia buat aku macam sampah? Aku benci dia. Benci sangat. Tapi kenapa dia kembali semula ketika aku sudah melupakan dia? Lebih parah lagi, hati aku mulai menerima kehadiran dia! Syaitan apa yang telah merasukku untuk jatuh kepadam...