Special Chapter #2

566 34 4
                                    

Sepuluh tahun berlalu bagaikan sekelip mata. Kini kehidupan Sehun dan Sowon sebagai pasangan suami isteri begitu bahagia ditambah pula dengan kehadiran empat cahaya mata. Sehun menjadi bapa dan suami yang bertanggungjawab. Dia selalu membahagikan masa keluarga dan kerja. Menjadi CEO untuk syarikat Oh Paradise sangatlah mencabar tetapi itulah sumber rezekinya dan keluarga. Syukur dia mampu menyeimbangkan kedua-keduanya.

Sowon pula mula bekerja semula sebagai manager sebuah kafe setelah kelahiran anak ketiganya. Dengan alasan dia bosan berada di rumah. Kerana kasihankan dan juga sayang akan si isteri, Sehun menghadiahkan sebuah lot kedai kepada Sowon ketika ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh. Kafe milik Sowon kini maju dan menjadi bualan hangat di media sosial akibat hiasan dalamannya yang begitu aesthetic dan mengekalkan ciri-ciri klasik dan vintage.

Di usia Sehun yang sudah menginjak 36 tahun, satu perasaan ketidakselesaan sentiasa wujud apabila dia mengetahui bahawa anak sulungnya bakal memasuki sekolah menengah tinggi. Oh Seoyun, si kecil kesayangan Sehun kini sudah membesar menjadi gadis remaja berusia 16 tahun. Tahun ini merupakan tahun pertama buat gadis itu disekolah barunya. Dan yang membuatkan Sehun tidak selesa ialah sekolah yang bakal diduduki oleh anaknya adalah sekolah bercampur.

Bukan apa, sekolah menengah rendah Seoyun dahulu adalah sekolah perempuan dan tentulah tiada lelaki kecuali guru-guru lelaki dan juga staff-staff sekolah. Dan sekolah baru anak gadinya adalah sekolah bercampur. Dia berusaha untuk jauhkan anak kesayangannya dari lelaki kerana dia tahu, terlalu ramai lelaki-lelaki tidak guna diluar sana dan dia tidak mahu anak kesayangannya menjadi mangsa dan terpaksa menanggung sengsara itu.

Sepertinya Sehun lupa bahawa dirinya dahulu juga tidak saling tumpah seperti lelaki-lelaki tidak guna diluar sana.

"Seoyun betul nak sekolah situ?" Soal Sehun untuk keberapa entah kalinya. Seoyun yang sedang sedap melantak tangsuyuk buatan ibunya menjeling Sehun tajam. Pandangannya dialih ke arah si ibu yang berada disebalik kaunter dapur.

"Omma! Appa tanya Seoyun soalan yang sama lagi!" Adu Seoyun. Sowon hanya mengeluh perlahan sebelum menghampiri dua beranak itu.

"Oppa, kita dah bincang benda ni dari tahun lepas lagi. Dah siap register Seoyun dah pun. Why are you being like this?" Tanya Sowon. Sebelah tangannya bercekak pada pinggang manakala sebelah lagi diletakkan pada kaunter dapur.

Sehun hanya melarikan pandangan daripada menatap isterinya. Dia menggosok leher. Sowon tahu suaminya kini pasti sedang gusar. Melihat tindakan Sehun sudah cukup membuatkan Sowon mengagak.

"Tapi yeobo... sekolah tu ada lelaki..."

"So what kalau sekolah Seoyun ada lelaki pun? It wont give me any harm." Balas Seoyun. Sehun memandang anaknya dengan wajah tidak percaya.

"Tak bagi sebarang masalah? Seoyun tahu tak lelaki dekat luar sana semua tak boleh pakai? Mula-mula memanglah dia berbaik dengan Seoyun, ajak berkenalan and then jadi kawan. But Seoyun tak tahu apa disebalik otak udang mereka! They might think something that you would not think off!" Sehun mula membebel. Seoyun sudah memuncung. Rimas dia mendengar bebelan si bapa. Sedangkan ibunya tidak pula membebel seperti itu.

"Tapi appa... Seoyun bukannya tak boleh bezakan yang mana baik dan yang mana buruk..."

"All men are the same, Oh Seoyun!" Sehun berkeras. Seoyun sudah menayangkan wajah bosan.

"So, appa pun samalah, kan?" Dengan itu Seoyun terus berlalu pergi meninggalkan kaunter dapur.

Sehun terkedu mendengar komen anaknya. Mulut yang dibuka ingin membebel lagi terus terkatup rapat. Ayat anaknya itu tepat mengena batang hidung sendiri. Sowon yang mendengar debatan kedua anak beranak itu menghamburkan tawa dari dapur. Dia cukup terhibur dengan kata-kata anak gadisnya.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin