Part 58

1.1K 77 17
                                    

Sowon p.o.v


"Sila tunggu sebentar. Pesanan encik akan siap dalam masa beberapa minit" ujarku drngan senyuman kepada salah seorang pelanggan kafe tempat aku bekerja. Aku lantas ke ruang dapur. Loceng di atas kaunter aku tekan tiga kali.

"Ada pesanan! Satu set bingsoo pisang dan hot latte!" kataku. Beberapa tukang masak yang ada di dapur melaungkan 'nae' kepadaku. Aku tersenyum senang lalu pulang semula ke tempatku.

Memandangkan pelanggan tidak ada sekarang ini, aku mengeluarkan phone aku. Saja aku mahu membuka laman sosial media Instagram. Dah lama juga aku tak buka akaun tu. Mesti banyal noti yang masuk.

Fuh. Kau cakap macam kau ni femes sangat, Baek Sowon.

IG dibuka. Noti mula masuk. Erm, not bad. 349 likes, 138 comments dan 22 tags. Oh, apa ni? Followers aku bertambah. Naik mendadak kot. Daripada 654 je jadi 3K! Kau rasa?!

"Eoh? Apa ni?" aku membaca komen yang ada pada salah satu gambar yang aku post. Itu gambar Seoyun. Sebenarnya, IG aku ni banyak letak gambar Seoyun je sebab aku nak sangat cherish kecomelannya itu.




Sesesehunneyhhh:
omaigawd she's really a copypaste of my fav ulzzang duh. Lucky u kid!




Ehh? Ulzzang mana pula yang ada iras muka anak aku ni? Kenapalah username orang ni pelik sangat? Aku mula membuka laman tag pula. Kebanyakkan tag pasal edit gambar anak aku dengan someone. Aku buka dan ya, aku terkejut. Itu edit gambar anak aku dengan Sehun! Kenapa tiba-tiba?! Aku buka gambar itu dan baca captionnya.




Ohmyhunmygawdmyhearteu

Look guys. She's really have our Oh Sehun's look. Ship is sailing~~~ @oohsehun




Disebabkan tak puas hati, aku membuka akaun yang ditulis oleh pemilik gambar edit tadi. Beberapa saat kemudian, akaun '@oohsehun' sudah siap diloading. Aku usya je. Taknaklah follow. Aku terdiam.

'Ni IG Sehun ke? Urm, ramainya followers...'

'Ehhh?! Dia tak follow orang langsung?! Dasar poyo. Batak followers!'

'Omg apehal gambar dia lawo sangat?! Hensemnya... Aisy! Apa yang aku merepek ni?!'

'Wow! Hensemnya mamat baju biru rambut blonde tu. Eh 'Lu'? Urm siapa eh? Jap... Macam pernah nampak je muka ni...'

Okey, aku tahu korang muak kan? Aku terfangirl dekat IG Sehun. Serius cakap gambar dia lawa. Memang layak ah jadi photographer ni. Macam manalah dia boleh ambil gambar dari sudut yang sangat cantik macam tu? Erm, jeles pulak.

Tiba-tiba mataku terpaku pada satu gambar baru-baru ni. Ni... Gambar anak aku. Seoyun. Aku membuka gambar itu dan membaca captionnya. Entah mengapa aku rasa sebak tiba-tiba. Kalaulah Sehun tahu hal sebenar...

Aku ego sangat ke?

Soalan tu selalu bermain dalam fikiranku sejak Seoyun dalam kandungan aku lagi. Aku dulu bermati-matian menafikan Sehun adalah ayah Seoyun sehinggalah dia dilahirkan. Sejak Seoyun lahir, aku terlupa akan kewujudan Sehun sebentar. Aku juga terlupa dengan soalan tu. Tapi, sejak Sehun muncul kembali, soalan itu juga turut muncul. Lebih-lebih lagi saat kejadian di tadika tempoh hari. Aku rasa jahat sangat sebab pisahkan dua beranak tu.

Sehun patut tahu.

'Tak, jangan. Kau dah lupa ke apa yang dia dah buat? Dia sanggup melupakan kau, Sowon. Jangan terpedaya!' hatiku mula bebisik.

Aku ketap bibir. Rasa serba salah menguasai diri. Perlukah aku bagitahu semuanya atau biarkan saja?

Tapi, lambat laun rahsia ini akan pecah juga.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now