Part 66

1K 75 6
                                    

Someone's p.o.v



'Sehun, awak perlu kuat!'

'Bangunlah, Se!'

'Saya sayang awak. Bangunlah...'

Suara-suara itu terngiang di kepalaku. Sepertinya aku mengenali suara itu. Aku cuba untuk membuka mata. Ah, susahnya! Namun kata-kata itu masih bersuara. Sepertinya cuba memberiku semangat untuk bangun. Dengan kudrat yang ada aku cuba membuka mata.

Silauan cahaya menusuk mataku. Berkali-kali aku mengerdipkan mata agar mataku dapat diselaraskan dengan jumlah cahaya yang memasuki retina mataku. Setelah aku boleh adapt dengan suasana, aku mula melihat sekeliling.

Putih? Tempat apa ni?

Eh, kenapa aku berdiri pula?

Aku terkejut melihat diriku berdiri sambil memakai pakaian serba putih. Disekelilingku hanya berkabus putih. Aku menggosok belakang leher. Macam mana aku boleh ada disini?

'Sehun! Fighting!'

Suara tu!

Aku kenal suara ini. Tapi siapa? Aku memandang keliling. Tiada siapa. Aku buntu. Dari mana suara itu datang? Aku muka mengorak langkah. Aku berjalan tanpa arah tuju. Memandangkan tempat ini tidak ada sebarang jalan. Aku seperti anjing sesat yang mencari jalang pulang ke rumah.

'Bangunlah, Se...'

Suara itu lagi!

Argh! Mana dia? Kejap, 'Se'? Tak silap... Hanya seorang saja yang memanggilku dengan gelaran itu. Tapi, siapa?!

"Siapa kau?! Keluarlah!" bentakku. Aku melihat keliling. Tiba-tiba ada satu kujur tubuh perlahan-lahan memunculkan diri disebalik kabus. Aku tersentak.

Sowon?!

Sowon memandangku dengan pandangan yang kecewa. Kenapa? Air matanya jatuh. Aku tiba-tiba rasa bersalah. Kemudian aku lihat dia memegang perutnya. Lantas aku melihat perutnya. Ia memboyot. Adakah... Dia sedang hamil?

"So—"

"Sampai hati awak. Lepas dapat apa yang awak mahu, awak terus saja tinggalkan saya. Saya terpaksa menempuhnya seorang diri. Awak memang tiada hati perut ke?" potongnya. Aku terkedu. Takkanlah...

"Takkanlah awak...."

"Ya, saya mengandungkan anak kita."

Anak kita? Jadi maknanya Seoyun.....

Tiba-tiba ada tubuh lain yang muncul. Itu Seoyun! Jerit batinku. Wajah Seoyun juga kecewa. Aku cuba menghampiri tapi Seoyun menjauh. Aku rasa bersalah.

"Seoyun, appa—"

"Appa jahat! Appa tinggalkan omma! Seoyun benci appa!" ujarnya.

Hatiku bagai disiat saat Seoyun melontarkan ayat itu. Dulu, aku memang sejahat inikah? Aku ingin menghampiri mereka tetapi ada satu tangan yang menarik bahuku. Aku pandang belakang dan ia adalah Daeun.

"No, Sehun. You're mine, remember?" ujarnya. Aku terdiam. Apakah semua ini?

"Kalau itu memang pilihan awak, kami tiada pilihan lain selain berundur diri." kata Sowon lalu memimpin tangan Seoyun. Mereka mengalih kebelakang dan mula berjalan untuk pergi.

Tak, tak! Ini tak betul!

Aku ingin mengejar mereka namun Daeun menghalang. Aku lantas menyentak kasar tangannya daripada memegang bahuku. Aku terus memecut ke arah Sowon lalu pergelangan tangannya aku tarik lantas membawanya kedalam pelukan. Aku peluknya erat.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now