Part 31

1K 77 0
                                    

Sekarang ni waktu PJ. Dan seperti biasa, semua pelajar akan tukar baju sukan and pelajar perempuan dan lelaki akan berasingan. Lelaki kat padang, perempuan kat gym. So, kalau para lelaki nak usya girls and sebaliknya memang takde chance ler. Termasuklah aku. Heh.

Aku duduk kat tempat duduk penonton. Memerhati pelajar lain buat aktiviti pj mereka. Aku tak join sebab aku ni bukanlah kaki sukan. Plus waktu pj pun buat time tengahari. Terbakar kulit aku nanti. Dah la kulit tak berapa nak cerah sangat.

Dari tempat aku duduk tu, aku nampak Sehun macam left out je dari budak-budak lain. Maybe sebab dia budak baru and still takde kawan. Dalam kelas tadi bukan main ramai yang berdepek dengan dia. But girls la. Aku dengan penuh rasa tawaddu'nya memanggil dia dan duduk disampingku. Pergh, bajet baik derh.

Sehun dengan kekoknya menghampiriku dan melabuhkan duduk di tempat duduk disebelahku. Aku tengok dia macam gementar je duduk sebelah aku. Lagak seperti aku ni ahlong je. Ke muka aku ni ganas sangat?

"Wow, bro. Lek. Aku bukan nak apa-apakan kau or anything." ujarku. Aku tengok dia macam lega sikit. Rasa gugup dia mungkin berkurangan lepas aku kata macam tu kat dia.

"Kenapa awa-"

"Ops, not awak-saya but aku-kau. Please, aku geli." potongku. Tak rasa pelik ke bersaya-awak dengan lelaki? Euu.. Macam gay pulak aku dengar. Dengan Daeun pun aku beraku-kau takkanla dengan Sehun ni bersaya-awak?

Sehun mengangguk seperti faham dengan kata-kataku. Dia tersenyum simpul.

"Kenapa kau panggil aku?" soalnya. Aku terdiam. Kenapa aku panggil dia eh? Entahla.

"Kau tak kenal siapa aku lagikan?" soalan dibalas soalan. Bijak Jong In, bijak! Nilah pelajar cemerlang Bahasa Melayu! Bagus!

"Tak," balas Sehun bersama gelengan. Naif gila dia. Macam tak sanggup je nak buli dia ni. Hehe, aku jahat sikit. Sikit je la.

"Aku Kim Jong In. Nama famous Kai. Nickname Dancing Machine." perkenalku. Dia terangguk.

"Oh Sehun. Panggil Sehun je. Nickname Evil Maknae."

"Wait, evil maknae? Asal pulak?"

"Aku maknae dalam famili aku. Dan kadang-kadang aku suka buat naya kat orang. Tak kiralah, omma appa aku ke, hyung aku ke or maid aku." balasnya. Aku terangguk.

"Muka nampak macam lembik tapi evil," entah mengapa ayy itu terpacul keluar dari mulut aku. Senanya aku nak cakap dalam hati tapi terkuat pula. Sehun pandang aku lain macam. Matanya tajam memandangku. Air liur ditelan dengan payah.

Tiba-tiba dia gelak. Gelak kuat pulak tu. Macam aku baru lepas buat lawak. Like seriously?

"Maaf! Muka kau time cuak memang win habis! Aku tak tahan!" ujarnya dengan tawa yang masih berbaki. Aku mengetap bibir.

"Yah! Tak lawak la!" bentakku dengan geram. Sehun apa lagi, gelak lah dia. Eii.. Geram pulak aku. Nak je aku tenyeh-tenyeh kepala dia.

Dan tanpa aku sedari, aku pun turut sama bergelak tawa dengannya. Entahlah. Aku rasa happy tengok dia senyum dan gelak macam tu. Seperti aku ni pembawa kebahagiaan kepada dia. Wuish, ayat! Tapi seriousla, aku suka tengok dia macam ni.

"Ni yang dua orang kat sana tu! Kenapa gelak kat sana?!" satu suara menjerkah. Kami dua berhenti gelak dan pandang depan. Cikgu Yoo tengah perhti kami dengan panas. Macam kami dua ni pesalah berat ui.

"Tercegat apa lagi kat situ?! Bontot tu dah melekat ke kat kerusi tu hah?! Turun sekarang dan ikut training dengan diorang now!" arahnya. Kami apa lagi, cepat-cepatlah turun ke padang bola tu. Ikut serta budak-budak lain yang tengah push up.

Walaupun tengah sibuk buat push up, aku kalihkan kepala memandang Sehun disebelah dan Sehun juga memangdangku. Mata kami bertatapan sebentar dan kami berdua mengukir senyuman menahan tawa. Aku rasa, akan ada hubungan baru yang bakal kami bina.

Hubungan persahabatan. Itu pasti.

-----

"Jong In-ah," panggil Daeun. Dia menghampiri meja makan yang diduduki oleh aku dan Sehun. Lepas kena push up dengan Cikgu Yoo, kami dua terus rapat sampai aku ajak dia makan kat kantin sekali walhal aku selalu makan dekat makmal sains.

Daeun melabuhkan duduk disebelahku tanpa meminta. Waktu itu mataku terpandang wajah Sehun. Yang menghairankan ialah, Sehun menunduk dan aku ternampak pipinya berona merah.

Uit, blushing ke?

Aku smirk jahat.

"Kau kenapa?" soalku pada Sehun. Sehun mengangkat wajah dengan muka blurnya.

"Huh?"

"Asal pandang bawah sampai tak nak tengok depan?" soalku lagi. Dia menggaru kepala. Buntu memikirkan alasan mungkin.

"Ah, aniya. Just... Roti ni sedap." balasnya. Aku menyimpan senyum.

"Ke kau malu?" sakatku. Dia bagai terkejut dengan soalanku dan terus menggeleng dengan cepat.

"A-aniya!" gagap dia menafikan.

"Sehun, kenalkan bff aku, Lee Daeun." aku perkenalkan Daeun disebelahku. Daeun tersenyum sambil menghulurkan tangan kearah Sehun. Nak bersalaman.

Sehun dengan teragak-agak membalas salaman Daeun. Mereka bersalaman.

"Lee Daeun imnida."

"O-oh Sehun,"

Maka, bermulalah perkenalan awal Sehun dan Daeun. Mereka menjadi lebih rapat dan selepas setahun, aku dapat tahu Sehun suka akan Daeun dan proposenya menjadi kekasihnya. Aku sokong mereka tapi jauh disudut hati aku, aku tengah sakit. Sakit melihat perhubungan mereka.

Sebab aku juga suka akan Daeun.

-----

Jong in-ah, i know how u felt😭. Btw, ni flashback psal kai je. And maybe next chap adlh flashback terakhir kai n lps tu SeWon cp!

Kepada readers yg pi #exordiuminmalaysia semalam, maka dgn ini author nak ckp bertuahnya anda. Dan author disini, hanya mampu #mereput sambil #cry tak berlagu😢😢.

Baekhyun-ah! Sehun-ah!😭😭

P,s: abaikan author😏 she's crazy.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now