Part 18

1.3K 99 4
                                    

"Aku tak tahulah kau tahu atau tak tapi sebenarnya kau ni girlfriend aku. Sejak mula-mula kau masuk sekolah ni. Sejak aku kiss kau for the first time, kau dah jadi milik aku. So, kau jangan nak kata aku ada girlfriend lain sebab aku tak bercadang lagi nak menduakan kau." Terang Sehun.

Sowon terpanar mendengar kata-kata Sehun.

Entah mengapa dia terasa bagai ada kupu-kupu berterbangan didalam perutnya. Jantungnya berdegup lagu. Terasa berdebar dengan ayat yang dilontarkan oleh Sehun.

'Tapi sebenarnya kau ni girlfriend aku' entah mengapa ayat itu seringkali berulang tayang di mindanya. Ingin saja dia memeluk tubuh Sehun namun dia tahu itu tidak akan berlaku.

"Yelah tu milik awak, tapi flirt juga dengan yeoja-yeoja lain..." ujar Sowon dengan perlahan tetapi tetap dapat didengari oleh Sehun. Sehun sengih.

"I can feel the jelousy in you, girl." Kata Sehun. Mendengar saja balasan Sehun terus pipi Sowon kemerahan menahan malu. Dia menggeleng laju menidakkan fakta itu.

"Siapa perempuan tu? Tak pernah nampak pun.." soal Sowon. Matanya dikecilkan memandang Sehun. Sehun melepaskan keluhan. Tangannya diletakkan pada poket seluar. Kepalanya didongakkan memandang pohon Akasia yang berbunga lebat itu.

"Erm, let just say... she's a new classmate and she's crazy." Jawab Sehun endah tak endah. Tiada minat untuk mengingati perempuan tiada maruah dan tidak sedar diri seperti Daeun tu.

"Ok" balas Sowon. Malas untuk memanjangkan sesi soal menyoalnya.

Beberapa saat mereka berdiam diri. Tiba-tiba Sehun menyambar jari jemari Sowon lalu digenggam erat tangan itu. Tangan kanannya setia di dalam poket.

Sowon yang agak keliru dengan perilaku Sehun memandang lelaki itu dengan pandangan penuh persoalan. Sehun tersenyum kecil. Terus ditarik tangan itu agar si gadis mengikutinya. Sowon dengan terpaksanya hanya mengikut jejak Sehun.

"Awak, kita nak pergi mana?" Soal Sowon. Sehun hanya bersiul kecil tapi tangannya tetap kejap memegang tangan Sowon. Tidak dilepaskan walaupun sesaat.

"Kan aku ada bagi mesej kat kau yang kita ada date kat rooftop? So, aku nak sambung la date kita." Jawab Sehun.

"Tapi, awak... rehat dah nak habis dah pun..." Sowon memberi alasan. Sebenarnya agak segan untuk date dengan lelaki itu selepas apa yang telah terjadi hari ini.

"Why not we just skip our next class? I want to be with you. No, I want you." Ujar Sehun dengan nada gatalnya.

Ah, sudah. Miang si Sehun ni dah datang. Padanlah muka engkau Sowon, kena layan si ulat bulu Sehun tu...

Sowon tidak mampu berkata banyak dan hanya mampu berdiam. Namun, jauh di dalam sudut hatinya dia tersenyum suka.

------

double update sebb ff ni dah 1k readers!!🎉🎉

Thanks, clovers!!
Erm, lps ni nak 1.2k and 115 vote bru ud bleh? ;)

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now