Special Chapter #1

398 27 5
                                    

Hiiii pembaca setia Devilish Love! Sudah lama kita tidak bersua😂 disebabkan fanfic ni mendapat sambutan yang sangat membanggakan, sis ingat nak buat beberapa chapter khas untuk fanfic ni amacam?

Actually dah lama sis fikir nak buat tapi itulah, tiada masa nak menaip. Ditambah pula sis ada publish beberapa stories baru (sila tengok sis punya acc ya?) Jadi diri ini tiada waktu untuk menyambung😂😂

Okay stoplah membebel dan mari kita baca special chapter untuk SehunXSowon kita♡











The year when Sehun got an accident.

Sehun memandang ke luar jendela rumahnya. Angin sempoi bumi Los Angeles menampar lembut wajahnya. Dia memandang langit yang cerah dengan pancaran cahaya matahari itu. Sedar tidak sedar, sudah dua tahun dia tinggalkan negara kelahirannya.

Juga meninggalkan cinta hati di sana.

Sehun bingkas bangun dari sofa yang diletakkan dihadapan jendela itu apabila telefon pintarnya yang sedang dicaj berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Sehun mencabut usb caj itu lalu menyentuh ikon panggilan berwarna hijau. Menghubungkan dia dengan si pemanggil.

"Ha, nak apa?" Tanpa salam serta khabar, Sehun menyoal terus. Dia dapat mendengar rengusan kegeraman orang yang berada disebalik panggilan itu.

"The hell, Oh Sehun? Bukannya nak tanya khabar ke, bagi salam dulu ke, ini tak! Terjah macam tu aje!" Si pemanggil mula menghamburkan ketidakpuasan hatinya. Sehun hanya membuat wajah bosan. Sudah lali dengan si pemanggil itu yang kadang-kadang terlebih dramatik.

"Kau nak apa Suho? Baru malam semalam kita jumpa dekat club, kan? Kau nak apa lagi call aku ni? Jangan kata kau hook up dengan perempuan mana entah pastu nak suruh aku jadi cover up untuk kau pula." Bebel Sehun.

Suho atau nama sebenarnya, Kim Junmyeon merupakan kenalan rapat Sehun yang tinggal di L.A. Lelaki itu asalnya tinggal di Korea namun disebabkan disuruh untuk menjaga perniagaan keluarganya yang berada di bumi L.A itu membuatkan lelaki itu berpindah ke sana. Mungkin orang akan ingat dia ini seorang yang baik memandangkan wajahnya bak bidadari namun ketahuilah, dialah bapa segala playboy. Setiap malam pasti ada saja perempuan yang berbeza-beza ditiduri dengannya. Dan Sehunlah tukang membersihkan segala jejak haram si kawan.

Kalau bukan memikirkan yang Suho itu manusia yang bermurah hati, sudah lama Sehun humbannya ke dalam laut atau menolak lelaki itu jatuh gaung.

"No! Not that lah. Aku dah settle kan hal perempuan tu. Aku cuma nak ajak kau lepak aje. Kau on kan?"

"Tak, tak on." Tanpa berfikir panjang Sehun membalas. Dia dapat mendengar rengekan si kawan dihujung talian. Sungguh tidak matang.

"Alaaaa. Jomlah lepak! Aku ada tahu satu kafe baru dekat area club yang kita selalu pergi tu. Kenalan aku cakap kafe tu sedap."

"Kenalan yang kau maksudkan adalah perempuan-perempuan yang kau pernah tiduri tu kan?"

"Bingo!"

Sehun memicit pelipisnya. Bilalah perangai buaya tembaga lelaki itu bakal berakhir? Mungkin lepas kahwin? Tapi dia tidak yakin. Suho itu sepertinya tidak suka diikan dengan sesuatu tanggungjawab lagi-lagi berkaitan dengan perkahwinan. Tentang kerjanya juga dia buat secara tidak konsisten inikan pula memikul tanggungjawab yang besar seperti itu.

"Ha iyalah! Kau pm location kafe tu. Setengah jam nanti aku sampai." Serta itu panggilan dimatikan.

Sehun hanya bersiap ala kadar. Dia mencapai kunci keretanya lalu memandu ke destinasi yang diberi oleh Suho. Setengah jam berendam dalam kesesakan lalu lintas bandar L.A, akhirnya Sehun sampai juga ke kafe itu. Kepalanya terjengul mencari kelibat si sahabat. Melalui ekor matanya, dia dapat melihat Suho melambaikan tangan memanggilnya ke mari. Sehun hanya membuat muka poker dan menghampiri temannya itu.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now