Part 51

969 81 14
                                    

Sehun p.o.v


Aku membuka mata. Pandanganku disajikan dengan suasana serba putih. Mataku mengecil saat silau cahaya menyapa mata. Perlahan-lahan cahaya putih itu mula hilang namun digantikan dengan satu bangunan yang tidak kurang besarnya. Aku mengerutkan dahi.

Ni... Bukan ke sekolah lama aku?

Aku lihat diri sendiri. Aku berpakaian serba putih. Aku mula berasa pelik. Aku pandang semula sekolah itu. Suasananya dipenuhi dengan para pelajar. Yang membuatkan aku bertambah pelik ialah, aku bagai tidak wujud disitu. Aku bagai hantu. Pelajar lain boleh saja menembusi badanku.

Aku... Kat mana ni? Ni bukan dunia sebenar. Ke, aku bermimpi?

Kerana tahap curiousity ku kian melonjak, aku mula berjalan ke arah sekolah itu. Setiap blok aku lalu. Mataku melihat sekeliling. Kadang-kadang aku menceroboh masuk kelas-kelas pelajar lain. Aku kan boleh ditembus? Jadi tidak ada masalahlah kalau aku juga mampu menembusi dinding konkrit itu.

Loceng berbunyi. Aku berada di hallway ketika itu. Dengar saja loceng berbunyi, semua pelajar mula keluar dari kelas. Ada yang terus berlari dan ada yang berjalan.

'Ahh... Rehat kut,' kataku dalam hati. Entah mengapa dalam kesesakan pelajar-pelajar disitu, aku seperti nampak seseorang yang aku kenal. Aku merapati orang itu. Mataku membulat.

Eh?! Perempuan yang aku jumpa kat kafe dulu?! Dia, satu sekolah dengan aku ke dulu? Kenapa aku tak tahu pun. Dia berjalan melalui satu selekoh. Tanpa berfikir, aku terus mengekorinya. Dia berjalan sampailah ke satu kawasan lapang. Padang sekolah.

Aku lihat dia menuju ke arah seseorang dihujung kerusi penonton yang disediakan di padang berkenaan. Aku menghampiri mereka. Mataku mengecil melihat siapa gerangan orang itu. Selepas melihat dengan lebih jelas, aku terkejut.

Aku?!

Perempuan itu melabuhkan duduk disebelah 'aku'. Aku menghampiri mereka. Aku berdiri dihadapan mereka. Mereka tidak nampak kewujudan aku.

"Kau lambat!" kata 'aku'.

"Mianhae, Cikgu Seol suruh saya kutip buku classmates saya." balasnya. 'Aku' hanya diam sambil menguis daun kering dihadapan dengan ranting kayu.

"Kau ni naif la. Janganlah baik sangat." balas'ku'. Aku berkerut dahi. Kenapa pula kalau dia baik? Perempuan itu hanya tersenyum sambil matanya melempar ke arah padang.

"Kalau saya tak baik, macam mana saya nak lembutkan hati awak?" balasnya. Aku terkedu mendengar balasannya. Diri aku yang dulu juga sepertinya terkesan dengan kata-kata gadis itu.

"Kau ni kan? Ada je modal nak diamkan aku." 'Aku' mula bersuara.

"Mana a—" aku terkejut. Diri 'aku' mencium bibir gadis itu. Lama pula tu. Aku mengetap bibir. Apa hubungan aku dengan dia dulu?

"Shut your mouth, Sowon." aku terpana. Jadi... Nama dia Sowon?

Sowon? Nama yang Kai sebut sebelum aku pengsan. Adakah, ini Sowon yang dia cuba maksudkan?

Jadi, tidak hairanlah masa pertama kali aku berjumpanya didalam kafe dulu dia kelihatan terkejut siap panggil nama penuhku. Rupanya aku dan dia pernah mencipta memori. Kalau benarlah, aku ingin tahu apakah hubunganku dengan Sowon.

Pasangan kekasih kah?

Tapi, bukankah aku kapel dengan Daeun sejak masuk sekolah menengah?

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now