Part 30

1.1K 80 0
                                    

Kai p.o.v

Batu di jalanan aku sepak dengan geram. Dengusan nafas ku hela dengan kuat. Rambutku diramas kasar. Sungguh kepala aku tengah serabut sekarang.

"Arghh!!" aku menjerit. Melepaskan segala geram yang sudah lama terbuku dalam hati. Aku terduduk diatas jalan. Melepaskan lelah yang masih tersisa selepas menjerit dengan sepuas hati tadi.

Tanpa aku sedari, air mataku mengalir. Mula dengan setitik, dan akhirnya mencurah bagai air terjun. Mengalir tanpa henti. Lenganku diletakkan pada muka. Menutup wajahku yang sedang menangis.

'Aku tak pernah terfikir semua ni akan menjadi complicated macam sekarang.' bisik hatiku.

"Apa maksud semua yang berlaku, Daeun? Why you give me the hope for the first place?"

-----

Flashback. 5 years ago.

Cuaca hening menceriakan suasana pagi. Aku beru lepas memakai tali kasut dan sedang berjalan melepasi beberapa buah rumah sambil bersiul kecil. Seketika, kakiku berhenti tepat dihadapan sebuah rumah banglo dua tingkat. Mataku meliar melihat ke arah tingkap-tingkap rumah tersebut.

Aku mengeluh kecil. Isy, mana dia ni?

"Jong In-ah!" jerit satu suara dengan riang. Sejurus itu senyuman kecil terukir di bibirku.

"Daeunnie~" panggilku sambil melambai. Dia menghampiriku lalu menolak lenganku dengan sikunya. Aku menjelingnya.

"Kau kalau tak siku aku pagi-pagi memang tak sah hidup ke apa?" soalku kegeraman. Segera pipinya menjadi mangsaku melepaskan geram.

Dia mendengus kasar. Segera lenganku menjadi sasaran tamparannya pula.

"Kau cubit pipi aku lagi, tak pasal-pasal aku bagi flying kick kat 'junior' kau." balasnya dan terus meninggalkanku. Aku terkedu. Air liur ditelan dengan payah. Tak boleh jadi ni! Kalau dia cakap nak buat memang dia akan buat.

"Yah, Lee Daeun! Kidaryeojanha!" segera aku berlari mengikut jejaknya ke sekolah.

-----

"Jong In-ah! Kau ada dengar rumours tak?" soal Daeun lalu melabuhkan duduk di tempat duduk dihadapanku. Oh, lupa nak bagi tahu. Meja aku kat belakang sekali memandangkan aku tinggi dan mejanya di barisan tengah.

Aku yang tengah dengar lagu melalui headphone terpaksa berhenti. Kalau tak, headphone kesayanganku jadi mangsa. Kang dipatahkannya kan susah? Dah la aku beli headphone tu guna duit belanja yang aku kumpul kot.

"Pasal apa? Kau ni tak habis-habis dengan gosip." balasku acuh tak acuh. Dia memutarkan mata ke atas.

"Dah namanya pun perempuan, Jong In. Girls and gosips are like bestfriend y'know." ujarnya. Giliran aku pula memutarkan mata ke atas.

"Yeah, whatever. Btw, rumours apa pula yang kau dengar?" soalku ingin tahu.

Dia tersengih lebar. Wajahnya ditundukkan dan hampir denganku. Tangannya melambai mengajakku menghampirinya. Aku merapatkan telingaku pada bibirnya. Supaya aku dapat dengar dengan jelas bisikan berdosanya. Ceh.

"Aku ada dengar kat bilik guru tadi, akan ada budak baru yang akan masuk kelas kita! Dengar cerita budak baru tu lelaki dan transfer dari Canada!" ujarnya bersama squeling. Yeah, y'know. Squel...

Aku mengerutkan dahi. Ok, so?

"So?" kepalaku menjadi sasaran ketukannya.

"Pabo-yah! Kau tak faham ke?" soalnya dengan marah.

"Ish! Bukanlah! Ok, kau kata nanti akan ada budak baru and its a he. So kau nak aku bagi riak apa?"

"Susahnya nak bergosip dengan lelaki! Suka fikir dumb!" katanya dan terus mengangkat punggung ke tempatnya. Aku hanya memerhati dengan pandangan menyampah. Headphone yang tersangkut pada leher aku letakkan semula di telinga. Dengar muzik lagi bagus.

'Dah tau nak juga gosip dengan aku,' kutukku dalam hati. Tak berani nak kutuk kuat-kuat, takut dia dengar pula. Bukannya boleh percaya sangat telinga minah ni. Telinga lintah. Eh, betul ke peribahasa tu? Ah, lantaklah..

Sedang aku asyik dengar lagu melalui headphoneku, guru kelas kami, Mrs. Jeon masuk. Semua berdiri dan menunduk hormat kepadanya. Dia menyuruh kami duduk dan memulakan mukadimah paginya.

"Ok, class. We have a new student here." ujarnya. Kemudian satu kelas mula berbisik-bisik dengan teruja. Aku hanya memandang tanpa minat.

"Come in," panggilnya.

Seorang lelaki memasuki kelas kami. Satu kelas mula bising terutamanya pelajar perempuan. Aku pandang depan. Melihat pelajar itu.

Hm, tinggi. Lebih kurang macam tinggi aku. Handsome? Bolehlah. Aku handsome lagi rasanya. Mulut dia kecil. Rambut hitam dan style rambut dia tutup dahi. Oh, kulit dia cerah. Rasanya kalau aku berdiri sebelah dia memang ketaa sangat perbezaan kulit kami. Tak, aku tak kata aku gelap cuma kurang cerah daripada dia.

"Why not you introduce yourself?" pinta Mrs. Jeon. Lelaki itu mengangguk dan memandang hadapan. Dia melemparkan senyuman dan menunduk hormat.

"Anneyeonghasaeyeo. Cheoneun Oh Sehun imnida. Bagapsubnida. Saya pelajar pertukaran dari Canada. Harap saya dapat menjadi kawan kalian." intronya.

Oh Sehun? Oh? Keluarga Oh...

"Awak ada kena mengena ke dengan Pengetua Oh Junshin?" soal salah seorang classmate aku. Sehun mengangguk. Semua bagai terkejut.

"Anak?" Sehun geleng.

"Aniya. Saya anak saudaranya." balas Sehun. Semua berbisik tak percaya.

"Wait, Pengetua Oh hanya ada seorang adik. Jadi maknanya... Awak ni anak Tuan Oh Junsu, kan? CEO dan juga pemilik syarikat hartanah kedua terbesar di Korea kan?"

"Ah... Ya." balas Sehun dengan malu. Semua classmate aku bagai terpegun dengan fakta yang satu itu.

Sekarang aku tahu, dia lagi kaya dari apa yang aku sangka.

------

After one month, i finally update. But yeah, igt ke lepas hiatus slama sebulan voters naik but... Haih, takpelah. Hak nk vote tu hak korg. Author takleh nk paksa. Tapi.. Hak nk ud tu hak author. Jgn nk sruh je ud cpt2 tpi vote tak. Heh😏 zapp...

Kk, takmo gaduh. Now i think this story would be more and more panjang.... Hmm, 40+ chapter? Entahlerr😅 btw bukan sngaja author tk ud 2 minggu lps.. Author tgh study utk exam last week. Tu yg x ud tu. Tapi.. Serajin mna pun author study, mate mod n addmate author hancur gakk.. Haha😂😂

Korg mcm mna pula? Sharela skit markah exam tu~

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now