Part 63

1K 70 14
                                    

Sowon p.o.v




Aku melabuhkan duduk di atas sofa. Wajahku diusap perlahan. Tanganku masih bergetar. Sejak kejadian di lebuh raya tadi, kepalaku tidak henti-henti memikirkan keadaannya. Ikutkan hati aku mahu saja mengikut ambulans itu tapi, siapa aku? Aku bukannya ada kaitan dengan dia pun, kan?

Aku menyandarkan diri pada sofa. Deringan dari Iphoneku mematikan lamunanku. Segera beg tanganku dicapai lalu Iphone dikeluarkan. Nama Bogum tertera pada skrin. Aku menslaid kekanan untuk menjawab panggilannya.

"Eo? Wae?" soalku.

"Kau kat mana?" soalanku dibalas dengan soalan. Aisy, dia ni la...

"Kat rumah, kenapa?" balasku. Sungguh aku tiada mood untuk berbual dengannya sekarang.

"Rumah? Kau cuti ke?" aku hanya meng'hmm'kan saja. Malas nak cakap.

"Aku nak bagitahu je nanti aku hantar Seoyun balik. Lepas tu aku nak keluar date dengan Youjung." katanya. Aku berdecit perlahan. Ceh, date aje kerja dia.

"Yelah. Pergilah sana dengan date kau tu. Aku takkan kacau."

"Uit, broken ke, dik?" usiknya. Aku mendengus. Broken? Ehey, memang tak lah.

"Banyaklah kau punya broken. Ni nanti ambil anak aku tu jangan nak bawak dia pergi melenconh tempat lain pula. Kalau aku dapat tahu dalam beg sekolah dia ada jajan aku blacklist kau dari jumpa dia dah." ugutku. Aku memang bertegas dalam bab menjaga pemakanan Seoyun. Jangan harap aku nak bagi dia makan jajan yang pelbagai rasa tu. Kalau sweets takpa. Jajan, no!

"Ye, Puan Oh. Saya janji."

"Puan Oh?" soalku. Apa yang dia merepetkan ni?

"Eh? Salah ke? Ups, mian~" ucapnya lalu terus mematikan panggilan. Aku memandang skrin telefonku dengan rasa tidak percaya.

"Pabogum." ucapku senafas. Aku memlemparkan telefonku ke sisi. Fikiranku masih menerawang dengan kejadian tadi.

"Should I?" soalku sendirian lalu bangun mencapai satu buku nombor telefon. Aku pandang lama buku itu.

"Yes," lalu buku itu diselak dan beberapa nombor aku dail.

-----

Luhan p.o.v



Sungguh. Aku tak percaya dia boleh ada kat sini. Macam mana dia boleh tahu pun aku tak tahu. Yang pasti memang dialah yang berdiri dihadapan aku sekarang.


"Oppa?" panggilnya. Aku tersedar.

"Eo—eo? Masuklah..." pelawaku. Leherku digosok perlahan. Awkward gila sekarang ni. Setelah mendapat keizinan dia terus melabuhkan duduk di kerusi sebelah katil Sehun. Tangan Sehun digenggamnya. Aku dapat lihat dia memandang Sehun dengan simpati.

"Oppa, macam mana Sehun boleh jadi macam ni?" soalnya. Aku hanya angkat bahu.

"Well, urm... He actually on the way to see you." jujur aku katakan. Well, memang betul pun kan?

"Aww, poor my baby," ucapnya lalu pipi Sehun diusapnya. Aku pandang jelek. Geli duh. Nasib baik ajelah Sehun tengah tak sedar diri, kalau tak dah lama ditepisnya tangan Daeun tu.

"Erm, Daeun-sshi, macam mana awak boleh ada kat sini? And, macam mana awak tahu Sehun kemalangan?" soalku. Dia hanya tersenyum nipis.

"Someone told me."

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now