Part 68

1.1K 68 8
                                    

N/p : Zhui Meng Chi Zi Xin
By LuHan.

---



Sowon p.o.v


Se💕

- i'm coming to see you, love😘

Pesanan ringkas daripada Sehun membuatkan aku tersenyum. Dia akan datang ke rumahku malam ini! Aku terus meletakkan Iphoneku dan segera ke dapur. Apron dipakai dan segala jenis bahan masakan aku keluarkan dari peti sejuk. Aku mula mengambil papan pemotong dan memotong beberapa jenis sayuran. Aku bercadang untuk memasakkan masakan simple namun sedap dinikmati. Dikepalaku sudah mengeluarkan resepi spaghetti carbonara dengan bacon. Aku tahu ianya pelik tapi aku suka mencuba masakan baru.

Sedang asyik aku membuat kuah karbonara, aku baru teringatkan yang aku lupa akan kewujudan pasta speghetti! Aku menepuk dahi dengan perlahan atas sikap pelupaku. Lantas api dapur ditutup dan sos speghetti ditutup dengan penutup periuk. Apron ditanggalkan lalu aku cepat menuju ke bilikku. Dompet dan kunci kereta diambil kemudian aku keluar dari rumah. Nasib baik Seoyun kini berada di rumah Ibubapa Sehun. Memandangkan hari ini tadika Seoyun tutup, mereka dengan rela hati ingin mengasuh Seoyun.

Aku memandu kereta ke sebuah pasaraya yang berdekatan. Setelah membayar di kaunter, aku membawa barangku ke kereta. Ketika aku ingin melintas jalan, tanpa sedar ada sebuah kereta meluncur(?) laju ke arahku. Aku yang baru perasan kehadiran kereta itu terpaku. Sedikit pun aku tidak melarikan diri. Sepertinya kakiku sudah terpaku disitu. Kereta itu semakin dekat. Aku memejamkan mata. Berdoa saja yang aku mampu.

"Nuna!"

Aku ditarik ketepi oleh seseorang sehingga kami sama-sama jatuh. Kereta yang dipandu dengan laju itu terus memecut menghilangkan diri. Aku masih terkejut.

"Ah... Nasib baik..." ujar orang yang telah selamatkan aku. Aku kembali sedar. Aku terus bangun dan menunduk hormat tanda terima kasih. Aku lantas melihat wajah orang yang menyelamatkanku.

"Terima ka—Zuho?!" aku terkejut melihat satu-satunya adikku disini. Zuho hanya tersenyum. Dia garu lehernya.

"Hai, nuna..." sapanya.

"Apa yang Zuho buat kat sini?" soalku.

"Hm, saja? Bosan la duduk kat rumah. So saja lepak kat sini. Tak sangka jumpa nuna pulak." jawabnya. Aku angguk.

"Dah la, bye—" Aku ingin meninggalkannya tetapi melihat sikunya yang terluka teruk membuatkan aku tersentak lantas lengannya aku capai.

"A—ahh!! Sakit!"

"Oh my god, Baek Zuho! You're bleeding!" kataku. Aku terus mengheretnya ke keretaku. Kalau dibiarkan lama luka tu boleh kena jangkitan kuman tahu! Zuho cuba melepaskan peganganku.

"Aigoo, nuna. Lepaslah. Sikit aje ni." ujarnya. Aku jelingnya.

"Banyaklah sikit! Berdarah banyak kot! Maybe efek hentakkan kat jalan tar. Teruk ni! Kalau dibiar lama nanti jangkitan kuman pula. Baik rawat cepat." bebelku. Zuho hanya tersengih. Eh, eh... Sengih pula.

"It's okey nuna. Nanti Zuho pergi klinik la. Janganlah risau sangat." pujuk Zuho. Aku ketap bibir. Ah! Kisah apa aku? Adik aku kemalangan disebabkan aku. Jadi aku perlu bertanggungjawab!

"Jangan nak degil! Ikut nuna sekarang juga!" tegasku. Zuho seperti mahu membalas namun aku pantas menarik telinganya lalu aku sumbat badannya ke dalam kereta. Dia terkedu dalam masa yang sama menyeringai sakit.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now