Part 17

1.3K 108 6
                                    

[Author p.o.v]

Sehun berlari ke serata tempat untuk mencari kelibat Sowon, namun tetap tidak ditemuinya. Dia buntu. Kemana lagi harus dia cari?

Dia berjalan dengan pantas melepasi padang sekolah. Seketika dia berhenti. Merenung jauh ke arah padang sekolah yang luasnya seperti padang bola di stadium. Matanya dikecilkan.

Dihujung padang, terletaknya sebuah pokok akasia yang berbunga kuning lebat. Disebalik pokok itu, dia ternampak kelibat sekujur tubuh yang amat dikenalinya. Terus dia memecutkan diri ke arah pokok itu.

"Akhirnya jumpa jugak kau!" Katanya saat dia tiba di situ.

Sowon tersentak dengan suara yang baru saja didengarinya. Segera dia memandang si pemilik suara itu. Air mata yang membasahi pipinya diseka kasar. Tidak mahu Sehun melihat dirinya menangis.

"A... awak buat apa kat sini?" Soal Sowon. Suaranya menjadi serak akibat menangis tadi. Segera dia berdehem untuk membetulkan kembali suaranya. Sehun mencerlung tajam ke arah Sowon. Dia memeluk tubuh.

"Aku cari kaulah, pabo." Balas Sehun kasar. Sowon menunduk. Jari jemarinya digenggam geram.

"Bu... buat apa nak cari saya? Pergilah kat girlfriend baru awak tu, nanti dia kata apa pulak bila tengok saya dengan awak..." nampak sangat nada cemburunya dalam ayat Sowon. Setelah menyedari ayat yang dilontarkan, terus dia menampar lembut bibirnya. Bibirnya dikemam rapat.

Setelah mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut kecil Sowon, dia tersenyum sinis. Jarinya menyentuh lembut dagu Sowon lalu memaksa gadis itu memandang wajah kacaknya.

Senyuman sinis diberikan pada Sowon. Sowon yang menyedari smirk lelaki itu hanya menunduk malu plus takut.

"Kau ni kan... tchtchtch... tak sangka jugak kau ni jeles ye? Aku ingat kau ni hati batu or what sebab dah banyak kali juga aku flirting dengan pempuan lain tapi kau buat lek je." Ujar Sehun. Dia ketawa perlahan. Ketawa mengejek sebenarnya.

Sowon yang menyedari dirinya diejek memuncungkan bibir. Dia memeluk tubuh. Agak kecil hati dengan kata-kata Sehun.

Tidak semena tiba-tiba saja Sehun mendaratkan bibirnya pada bibir Sowon yang memuncung. Ciuman kejap diberikan pada gadis itu. Sowon membulatkan matanya. Terkejut dengan tindakan drastik Sehun. Sehun hanya menyengih.

"Aku tak tahulah kau tahu atau tak tapi sebenarnya kau ni girlfriend aku. Sejak mula-mula kau masuk sekolah ni. Sejak aku kiss kau for the first time, kau dah jadi milik aku. So, kau jangan nak kata aku ada girlfriend lain sebab aku tak bercadang lagi nak menduakan kau." Terang Sehun.

Sowon terpanar mendengar kata-kata Sehun

---------

Thanks for 1k readers!! *bow*
Nah janji!! 😘

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now