Part 57

1K 79 39
                                    

Daeun p.o.v



"Tell me, Lee Daeun. Apa yang cuba kau rancangkan?"

Aku mengetap bibir. Otakku berputar mencari jawapan yang sesuai. Takkanlah aku mahu berterus terang? Kalau semua rancanganku punah disebabkan dia bagaimana? Aku tak nak semua itu berlaku!

"Kenapa tak jawap?" soalnya. Aku pandang matanya.

Kedudukan kami begitu dekat sehingga aku dapat merasai hembusan nafasnya menyapa wajahku. Mataku mula meliar melihat wajahnya. Tidak dinafikan wajahnya sungguh kacak. Aku sedikit terbuai. Entah kenapa jantung aku berdegup laju tanpa sebab.

"Dah?" katanya mengejutkan aku ke dunia sebenar.

"Huh?"


"Dah puas tenung muka aku?" aku terkedu. Pipiku terasa bahang. Nasib baik solekan aku agak tebal jadi aku yakin pipiku yang sedang merah tidak akan kelihatan.

"M—mana ada!"

"Dah tu? Asal muka kau merah?"

Oh shit, dia perasan.

Tak guna punya mekap.

Malunya aku.

Kai tersenyum senget kepadaku. Aku jelingnya. Aisy! Taulah nampak kacak pun buat macam tu!

"Kau tak jawab lagi soalan aku, Daeun." katanya. Aku mengeluh.

"It's for Sehun's sake. Aku buat semua ni demi dia."

"Kau yakin ke dia bahagia? Kau yakin ke kau buat ni semua untuk dia?" aku terdiam saat dia soal aku soalan itu.

Aku... Nak dia bahagia.

Dalam masa yang sama, aku taknak kehilangan dia.

Aku, keliru.

"Aku yakin." ujarku. Kai senyum lemah.

"Tak Daeun. He's not gonna happy if he knows the truth. Kau buat semua ni demi kepuasan kau je. You're being selfish, Lee Daeun." kata Kai. Aku hanya diam sambil menunduk. Tiba-tiba aku rasa satu usapan pada kepalaku. Aku mendongak.

Kai. Lelaki itu sedang mengusap lembut kepalaku sambil tersenyum. Aku terkedu melihat senyumannya.

"I know who are you, Daeun. You're not the type of girl that ruin someone's happiness just because you want it. Aku kenal kau lama dah. Dan aku harap sikap kau yang satu ni masih lagi ada dalam diri kau. Aku sayangkan kau. Kau kawan baik aku. Dan aku tak nak kau tersungkur jatuh kerana ego kau. Please, Daeun, be yourself. I mean, your 'real' self." ucap Kai lalu terus keluar dari bilik persalinanku, meninggalkan aku termanggu sendiri di dalam bilik itu.

"Please, Daeun, be yourself. I mean, your 'real' self."

Kata-kata Kai berkumandang seperti kaset dikepalaku. Aku tertunduk. Wajahku panas. Air mata mula bergenang. Aku menangis. Belakang tanganku mengusap air mata yang mengalir tetapi lebih banyak pula yang keluar. Aku teresak-esak menangis.

"Jong In-ah, aku—aku memang tak guna. Aku dah lupa siapa diri aku. Aku jahat! Aku jahat!" suaraku lantang memenuhi seisi ruang bilik itu. Aku jatuh terduduk. Menangis semahubya sambil memeluk lutut.

Aku menyesal.

Aku memang pentingkan diri.

Aku nak Jong In disini.

Aku perlukan dia.

Mianhae, Jong In.

Aku pun sayangkan kau...

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now