Part 48

1K 77 37
                                    

Author p.o.v

"Seoyunnie duduk kat tadika elok-elok tau? Dengar cakap cikgu. Belajar rajin-rajin. Buktikan kat omma yang anak manja omma ni budak pandai." nasihat Sowon sambil menggosok lembut rambut anaknya yang panjang paras atas pinggang itu. Seoyun mengangguk laju.

"Nae! Bye-bye, omma!" ucap Seoyun lalu tunduk hormat sebelum berlari ke arah cikgunya yang menunggu dihadapan pagar tadika tersebut.

"Bye!" balas Sowon. Selepas memastikan anaknya sudah selamat melangkah ke dalam tadika, dia mula memasukkan diri ke dalam kereta dan mula memandu.

Dua puluh minit berlalu, dia tiba ke destinasinya. Kereta diparking dihadapan sebuah kafe. Dengan rambut yang diikat tocang serta cermin mata bulat tanpa kanta (macam dalam media)  dikemaskan, dia melangkah keluar dari kereta menuju ke dalam kafe tersebut.

"Anneyeong!" ucapnya mesra kepada penghuni yang berada didalam kafe tersebut yang terdiri daripada pekerja kafe tersebut.

"Oh! Sowon-sshi! Tepat pada masanya! Lagi 15 minit kafe akan dibuka." ujar Hoseok, salah seorang pekerja di situ yang lebih senior. Sowon tersenyum.

"Aih, sunbae! Takdelah. Ni pun saya dah dikira lewat." balasnya sopan.

"Aiii, Sowon lewat? Tipu sangat la! Setakat ni awak mana ada pecahkan rekod datang awal awak tu." sampuk Taehyung.

"Betul cakap kau tu Tae, uri Sowon mana pernah lewat~ kan kook?" Jimin mengiyakan. Jungkook yang tersentak namanya disebut terus memandang Jimin. Matanya mencerlung tajam lelaki pendek itu.

"Perli aku ke acane? Taulah aku selalu datang lewat pun..." ujar Jungkook dengan nada seakan-akan merajuk.

"Halah, terasa ke biskut?" balas Jimin dengan sengihan jahat.

"Well, at least aku lewat pun datang jugak kerja daripada tak datang langsung." kata Jungkook kepada Jimin. Dia mengangkat kening sambil tersenyum senget. Jimin yang sedar dirinya diperli terus mengetap bibir. Geram.

"Kau—"

"Daripada korang memekak kat situ baik korang siap sedia nak bukak kedai. Nanti Boss Jin datang tengok apa pun tak siap lagi, boleh pekak kita semua dengar dia membebel." Yoongi menyampuk tiba-tiba. Semua senyap.

Tengok muka Yoongi yang macam tunggu masa nak meletup tu terus membuatkan keempat-empat jejaka tadi bergerak melakukan kerja. Sowon hanya memerhati sambil tergelak. Baginya situasi itu cukup melucukan.

"Aigoo~ ada ada je diorang nih." ucap Sowon. Yoongi hanya tersenyum nipis.

"Dah nama pun budak lembab. Tak swag. Memang kena gertak dulu la baru nak buat." balas Yoongi. Sowon hanya tersenyum.

"Baiklah Yoongi sunbae, saya pergi belakang dulu. Nak siapkan diri sebelum kafe dibuka." katanya lalu terus kebelakang kafe setelah melihat Yoongi mengangguk.

Sowon mula mengambil apron dan topi berwarna pink yang tertulis nama serta logo kafe tempat dia bekerja iaitu Disney Jin Cafe, lalu memakainya. Kemudian dia pergi ke arah meja yang terdapat mesin duit. Ya, dia seorang cashier.

"Sowonnie!" panggil satu suara. Sowon menoleh melihat orang yang memanggil namanya. Dia tersenyum lebar.

"Jennie yah!!" mereka berpelukkan.

"Woi! Tak payahlah nak buat jejak kasih kat sini. Fikir sweet ke apa? Lek ah, macam tak pernah jumpa member." suara Namjoon mencelah. Jennie yang erat memeluk Sowon lantas memandang Namjoon tajam.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now