Part 14

1.3K 102 1
                                    

Part nie panjang sikit dri part lepas. Enjoy 😜
----------------------

Fast forward.
Seminggu kemudian.

Sowon mendekati Jennie yang asyik mendengar lagu melalui headphone miliknya. Sesekali kepala gadis itu bergerak-gerak bagai mengikut rentak lagu tersebut. Sowon mengetuk kuat meja Jennie agar gadis itu menyedari kehadirannya.


Jennie tersentak lalu memandang Sowon tidak puas hati. Sowon membalas dengan jelingan manja.


"Neo mwohae?" Soal Jennie setelah menanggalkan headphonenya itu. Sowon menggeleng kecil.


"Can you lend me your History work? Semalam lupa nak buat." Pinta Sowon lembut bersama mata seperti anak anjing yang meminta simpati. Jennie mengangkat sebelah keningnya. Mworago? Lupa?


"Yah! Sowon-ah, kau mana pernah lupa buat kerja sekolah. Asal kau lupa nak buat pula? Kalau bencikan sangat Puan Song tu janganlah sampai tak buat langsung.." bebel Jennie. Sowon hanya mampu menadah telinga.


Huh, semua ni Sehun punya pasallah!! Siapa suruh dia call aku sampai lewat malam. Nanti kalau aku kena marah dengan Puan Song, aku nak cubit-cubit mulut dia! Gatal sangat nak sembang dengan aku!


"Alah, Jen... sorrylah. Bukan aku sengaja or what. Semalam Sehun sunbae call aku sampai lewat malam tu yang terlupa nak buat kerja Puan Song tu.." balasnya. Ayat pasal Sehun sengaja dia perlahankan. Tidak mahu classmates lain mendengar. Lagipun, tidak ramai yang tahu akan hubungan mereka.


Jennie tergeleng-gelengkan kepalanya. Dia kemudiannya menunduk, mengambil sesuatu di bawah mejanya. Sebuah buku nota dihulurkan kepada Sowon. Sowon dengan senang hatinya mengambil buku nota itu dari Jennie.


"Payah betul erk bila dah bercinta ni? Call sampai lewat malam. Nanti aku nak jumpa sunbae kesayangan kau tu, nak nasihat sikit. Bestie aku nak study dia boleh kacau pula. By the way, ni last eh. Lepas ni aku taknak dengar alasan kau kalau tak buat lagi kerja sekolah." Bagai seorang ibu Jennie menasihati atau lebih tepat memerli sahabat baiknya, Sowon. Sowon hanya mampu tersengih kecil.


"Gumawo, chingu yah!" Ujar Sowon dengan girang. Dia kemudiannya berlalu ke tempat duduknya. Memulakan aktiviti meniru kerja sekolah Jennie. Dalam masa yang sama, telefon pintarnya bergetar.


Dia dengan pantasnya menyeluk poket skirtnya untuk mengambil alat komunikasi itu. Nama 'Devil Oh' tertera di skrin telefon miliknya. Apa lelaki ni mahu? Hatinya berbelah bahagi untuk menjawab memandangkan dia berada di dalam kelas dan waktu matapelajaran pertama bakal bermula lagi setengah jam.


Getaran pada telefon pintarnya sudah berhenti. Kemudian telefon itu bergetar semula. Tapi kali ini mesej masuk daripada orang yang sama juga menelefonnya sebentar tadi. Dia menghela nafas berat. Segera aplikasi mesej dibuka.

Reset. Rooftop.
-Devil Oh-

Sowon memandang hairan mesej itu. Rehat? Rooftop? Nak buat apa? Dia tidak membalas mesej lelaki itu walaupun tahap ingin tahunya sedang meluap-luap.


Telefon pintarnya dimatikan lalu diletakkan semula di dalam poket skirtnya. Lebih baik aku siapkan kerja Puan Song daripada berfikir pasal dia tu. Getus hati Sowon.

-------

Sehun merenung tajam pada skrin Iphone6s miliknya. Sejak sepuluh minit yang lepas, skrin telefonnya tidak bergetar mahupun menyala. Sabar dia menanti Sowon membalas mesej yang dihantarnya tadi.


'Tch, memang tak nak balas ke apa? Mogok ke?' Hatinya bersuara. Agak kecewa apabila mesejnya tidak dibalas sama sekali.


"Yo, bro. Asal aku tengok kau dari tadi tenung semacam je kat phone kau? Dah macam muka ikan termenung dah kau ni." Sapa Kai dengan ayat-ayat yang 'menenangkan' jiwa raga.


Sehun memandang Kai dengan pandangan ada-aku-kisah-kau-nak-kata-apa bersama wajah poker yang setia menghiasi harinya.


"Kau, kalau takde apa-apa nak cakap. Blah." Ujar Sehun dengan lagak. Siap menghalau lelaki gelap itu dengan tangannya. Kai memandang tajam kepada Sehun. Rasanya pandangannya mampu menghunus mulut becok rakan karibnya itu. Haih, sabar jelah Kai...


"Weih... aku tanya elok-elok kot. Takpe kau, aku tak nak belanja kau bubble tea dah lepas ni." Kata Kai dalam masa yang sama cuba mengugut lelaki putih sombong dihadapannya. Sehun mengangkat sebelah keningnya. Uih, bubble tea?


"Serious nak belanja aku bubble tea?" Soal Sehun pinta kepastian. Kai memandang Sehun sejenak sebelum smirk kecilnya terukir tanpa pengetahuan Sehun.


"Asalnya macam tu lah tapi ada orang tu kan dia kuang hajo gila plus sombong pastu dia halau aku macam binatang je and then aku decide nak cancelkan hajat aku tu." Panjang lebar Kai memerli Sehun. Tepat mengenai batang hidung lelaki itu sendiri.


Hati Sehun bagaikan tertusuk tombak. Kata-kata Kai sememangnya menusuk kalbu. Deep gila. Terasa sehingga ke liang darah.


"Asal senyap? Sentap? Hashtag deep?" Soal Kai dengan senyuman subur terukir lebar di wajahnya. Keadaan Sehun yang hanya mendiamkan diri membuatkan Kai sedikit bersalah. Tak sepatutnya aku cakap cam tu tadi. Bisik hati Kai.


Sehun menunduk. Perlahan dia mengangguk meng-ia-kan kata-kata Kai. Siapa tak terasa weyh?!


"Sorrylah, Hun. Aku tak sangka kau akan sentap sampai macam ni sekali. Sorrylah, bro." Kai meminta maaf pada Sehun. Segeram manapun lelaki itu pada Sehun, dia tetap berasa bersalah pada Sehun walaupun memang sah-sahlah lelaki itu yang salah.


"Aku ok. Biasalah sentap-sentap ni. Bukannya hal besar pun. Hari ni kau buat ayat deep kat aku, esok lusa aku pulak balas." Ujar Sehun. Dia tersenyum kecil pada Kai. Kai kawan baiknya, takkanlah dia nak marah lelaki itu hanya kerana teguran... ops sorry, perlian lelaki itu? Lagipula, memang salah dirinya dahulu.


"Encik Kim datang!!" Jerit seseorang. Seisi kelas mula kalut ke tempat masing-masing. Siapa tak kenal cikgu Kim Jongkook? Cikgu paling garang kat sekolah ni dengan otot berketul dia tu. Pergh, kalau kena tumbuk memang sakit.


Encik Kim melangkah masuk bersama rotan tebal setia di tangan. Seisi kelas senyap je sejak dia masuk. Hehe, takut sangat tu.


"Semua, kita ada pelajar baru pertukaran dari Amerika. Saya harap kamu semua dapat menyesuaikan diri dengannya." Ucap Encik Kim.


Semua pelajar kelas 3-A mula berbisik-bisik mengenai pelajar baru itu tetapi hanya seorang yang membuat endah tidak endah dengan kehadiran bakal pelajar kelasnya itu. Hm, tak penting. Kata hatinya.


Sehun menyibukkan dirinya dengan menconteng doodle pada buku notanya. Lantaklah dia kesah apa? Tiada minat langsung untuknya mengetahui siapa budak baru itu.


"Anneyonghasaeyeo, cheoneun Lee Daeun imnida. Bangapsubnida." Dunia Sehun bagai terhenti mendengar sebaris nama dan suara yang didengarinya.


Pantas dia memandang kehadapan. Matanya dan mata budak baru itu bertembung. Saat mata Sehun terpandang dia, dadanya terasa sesak. Kenangan tiga tahun lalu menjengah fikirannya.


'Andwae.... this is can't be true...' bisik hatinya.

------------

1027 words. (Paling panjang lol)

Uit... amacam??? Hambar??? Yeah... typo?? Abaikan.. author dgn typo mcm kembar. X leh berpisah 😂

Sorrylah klau ff ni makin lama makin bosan nk mampus. Author pun rasa chap ni bosan. Tak tahulah korg, tpi apepun... thanks sbb support ff author yg cam bangang ni ^^ vote korg, wlpn sikit tapi oklah utk buat author rsa nk update bgi korg baca. Hehe...

Soon 1k readers... ups.. author x sedia lagi... 😓😓

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now