Part 64

1.1K 77 41
                                    

Holla! Miss me? I'm back😘
Let's start reading!

-----



Author P.o.v


"Apa you buat dekat sini?" soal Daeun. Matanya mencerlung tajam ke arah Sowon. Sowon hanya berdiri kaku disebelah katil Sehun. Sungguh dia tidak sangka akan bertemu semula dengan Lee Daeun, senior merangkap tunang Sehun.

Ah, kebenaran yang payah untuk ditelannya. Dia ketap bibir.

"I'm asking you, Baek Sowon. What are you doing here in my FIANCE ward?" sengaja Daeun menekankan perkataan tunang itu semata-mata untuk menyedarkan wanita itu akan status sebenar Sehun. Sowon hanya senyum plastik. Dia kerling sebentar tubuh kaku Sehun sebelum memandang wanita anggun dihadapannya semula.

"I came here to see his condition. Lagipula dia pernah tolong saya dulu. Tak salahkan kalau saya nak melawat orang yang pernah tolong saya, kan?" ucap Sowon tenang. Daeun terdiam. Dia menjeling Sowon lalu terus menghampiri katil Sehun. Bahu Sowob sengaja dilanggarnya. Sowon tahu, itu tandanya untuk dia pergi. Dengan berat hatinya dia melangkah keluar dari wad Sehun.

"Don't ever show up your face in front of Sehun again. He's mine now." bisik Daeun saat Sowon melintasinya.

Langkah Sowon terhenti. Dia memandang Daeun tanpa berkelip. Benarkah apa yang diucapkan oleh gadis itu? Dia ketap bibir. Tanpa pamit, dia segera beredar dari wad itu. Kai dan Luhan yang setia memerhati drama sebabak tadi agak tersentak dengan kepemergian Sowon yang agak tiba-tiba. Kai cuba mengejar Sowon namun Sowon lebih pantas melangkah bersama anaknya, Seoyun.

"Ohmy, laju gila...." ujar Luhan sambil memerhati kelibat Sowon yang semakin menghilang dari pandangan. Kai hanya diam.

"Shit!" Kai tiba-tiba mencarut. Luhan pandang pelik ke arah Kai. Keningnya bertaut.

"Nak mencarut pun tengoklah tempat, bro." tegur Luhan. Kai memandang ringan dengan teguran si abang. Dia kemudiannya menyambung carutannya dalam hati. Kalau dizahirkan dengan perkataan takut si abang memulakan ceramah perdana di sini pula.

"That Daeun should'nt have been here! I bet she had said something to Sowon." ujar Kai lalu memeluk tubuh. Matanya menjeling pintu wad yang menempatkan Sehun. Geram sungguh hatinya.

Luhan menggeleng perlahan. Dia turut sama memandang apa yang dipandang Kai. Dalam hati, dia menyalahkan dirinya kerana tidak mampu menghalang Daeun dari merempuh masuk ke wad Sehun. Dia juga terasa kesal kerana merelakan adiknya mempunyai hubungan dengan wanita itu. Penyesalan itu semakin menggunung apabila warna sebenar Daeun dipaparkan dihadapannya.

"I regret." kata Luhan. Kai pandang si abang dengan kerutan di dahi.

"Pardon me?"

"Kai, kau kena tolong hyung satukan Sowon dan Sehun semula. No matter what." ucap Luhan lalu terus melangkah meninggalkan Kai yang masih terpinga-pinga.

-------

Sowon menekan kod keselamatan rumahnya. Setelah selesai, dia menapak masuk bersama Seoyun. Sungguh tiada langsung keceriaan pada wajahnya. Mana nak cerianya kalau lelaki yang pernah dia cintai merangkap ayah kepada anaknya terlantar koma di katil hospital? Lagi pula ditambah dengan kata-kata Daeun yang menyakitkan hati. Siapa akan ceria?

"Omma, omma okey?" soal Seoyun saat melihat ibunya hanya berdiam diri di sofa. Sowon angguk kecil. Matanya dipejam lalu badan disandarkan pada sofa.

"Betul ke ni?" soal Seoyun lagi. Kali ini si kecil itu meletakkan kedua-dua belah tapak tangannya pada pipinya. Sowon tersenyum nipis kemudian angguk.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now