Part 49

975 77 9
                                    

Sowon p.o.v

Mataku membulat. Tiba-tiba saja nafasku tidak teratur. Sungguh aku tak menyangka akan jumpa dia disini. Jantungku berdegup laju. Entah kenapa aku rasa panas dimataku.

"Er... Cik..." panggilnya. Aku tersedar dari lamunan.

"Kita pernah jumpa sebelum ni, kan?" soalnya. Soalannya membuatkan aku rasa begitu kecewa. Sedaya upaya aku cuba tahan air mataku dari jatuh.

"Y—ya..." walaupun aku taknak, tapi aku jawab jugak. Dia mengangguk lalu melemparkan senyuman comel. Aku ketap bibir.

Dia... Memang tak kenal aku...

"Saya tak sangka akan jumpa awak lagi kat sini. Btw, budak kecil dekat kafe haritu anak awak kan?" soalnya lagi. Aku senyum paksa lalu angguk kecil.

"Ah ya..." dia anak awak jugak. Aku hanya mampu sambung ayat itu dalam hati. Aku takut nak bagitahu perkara sebenar kepadanya. Dengan keadaan dia yang memang tidak kenal aku, jadi aku tak nak beratkan lagi masalah yang ada. Biarlah kewujudan Seoyun dirahsiakan dulu.

"Comel,"

"Ya?" dahiku berkerut. Comel?

"Yela, comel. Anak awak comel." kata Sehun. Aku hanya tersenyum kecil.

"Ah... Dia memang comel sejak lahir lagi," jujur aku kata. Betullah, anak aku memang comel.

"Yup, like you." katanya.

"Huh?" aku blur. Apa dia kata?

"Taklah, awak comel dan cantik. Mestilah anaknya pun comel juga." pujinya. Dia senyum sehingga menampakkan eyesmilenya.

Tiba-tiba saja pipiku membahang. Aku lantas menunduk. Dadaku rasa macam bak pecah sebab berdegup laju sangat. Ah, perasaan apakah ini?

"Gumaw—"

"Sayang! Kenapa lambat sangat ni? I laparlah." satu suara menyampuk perbualan kami.

Aku tersentak. Macam kenal saja suara itu. Aku mengangkat kepala.

Zupp!! Mata kami berbalas pandangan. Aku terkejut. Dia turut sama terkejut namun dikawal.

Macam mana Lee Daeun boleh ada kat sini?! Jap, tadi dia panggil Sehun kan? Aku pandang Sehun semula. Sehun hanya senyum lalu menyentuh lembut pipi Daeun.

Auch.

"Oh, sorry dear. I sembang kejap dengan cashier ni." balas Sehun. Mesra gila suaranya. Aku mengetap bibir. Kenapa aku rasa cemburu tetiba ni?

Daeun memandangku sekejap sebelum pandangannya menyapa wajah Sehun.

"Yeke? Ke you tengah flirting dengan dia? You lupa ke I siapa? I'm your fiance, Oh Sehun." ujarnya.

Zapp! Jantungku bagai disambar kilat.

Tu—tunang?!

Oh Sehun dah bertunang?!

Sakitnya rasa hati ni tuhan je yang tahu. Tiba-tiba saja mindaku teringat memori 7 tahub lepas. Ketika Daeun datang mencariku selepas kertas akhir peperiksaan tamat. Dia nak jumpa aku dan bagitahu yang dia dan Sehun bakal bertunang. Aku ingat ke semua tu tipu saja tapi...

Buktinya depan mata aku sekarang.

"Apa ni babe? Mana ada I flirt dengan dia la. You know you're the only one for me, right?" balas Sehun. Daeun memuncung. Eii, gedikla minah ni. Itupun nak hangin.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now