Part 25

1.1K 84 0
                                    

fast foward. [Rehat]

[Sowon p.o.v]

Aku mengemas sedikit mejaku sebelum melangkah keluar dari kelas ke kantin bersama Jennie. Lengan Jennie aku paut mesra dan kami pergi ke kantin sambil bergelak tawa.

Sedar tak sedar, kami dah pun sampai di kantin. Tanpa membuang masa kami beratur mengambil makanan dan memilih tempat untuk diduduki. Aku membeli roti manakala Jennie membeli mi segera. Budak ni memang hantu mi segera.

Aku melabuhkan duduk di satu tempat yang kosong lalu memakan roti yang dibeliku tadi. Sambil-sambil makan tu, sempat lagi Jennie buat lawak sampai tersedak dia sebab gelak sangat.

"Macam mana kau dengan Sehun sunbae?" soal Jennie tetiba.

Aku terdiam. Senyuman nipis aku berikan kepadanya.

"Macam tulah." ujarku lali menyumbat lagi baki roti ke dalam mulut. Jennie membuat muka bosan.

"Budak nilah... jawablah aku tanya ni. Macam mana hubungan korang?" soal Jennie lagi dengan nada jengkel. Aku mengangkat bahu.

"Entahla, Jen... kau sendiri tahu kan macam mana kami couple." kataku.

"I know that. But you like him right?" kata Jennie separuh membisik. Aku terdiam. Perlahan-lahan kepalaku mengangguk mengiakan kata-kata Jennie.

Tak dinafikan aku suka Sehun. Malah rasa suka aku kat dia semakin bertambah dari hari ke hari. Walaupun dia tak pernah anggap aku lebih daripada seorang slave.

"I just hope oneday aku tahu isi hatinya terhadap aku." ujarku perlahan. Jennie hanya mendiamkan diri. Taknak memberi sebarang respon pada kata-kataku.

"ish! Dah la sembang pasal jantan tu. Buat hilang selera je." balas Jennie dengan wajah meluat. Aku tergelak dan kamipun sambung makan.

-----

[no one p.o.v]

Sedang asyik dua orang gadis itu bergelak tawa, seorang lelaki berjalan dengan selamba melalui meja mereka. Lelaki itu menampalkan sticky note pada meja berdekatan Sowon tanpa disedari sesiapa pun.

Sowon hairan. Dia memandang pelajar lelaki yang baru saja melepasi meja mereka. Lelaki itu berambut perang coklat dan dia sangat pasti lelaki itu bukanlah Sehun. ini kerana Sehun memiliki rambut perang kekuningan.

Sticky note yang terlekat pada meja itu diambil lalu dibaca. Jennie yang juga perasan akan sticky note itu hanya menanti dengab penuh teruja.

Rooftop. Now. -o.s

Sowon menggulingkan anak matanya ke atas tanda meluat. Segera dia bangun dan mengemas apa yang patut di atas meja itu. Jennie hanya memerhati.

"Yah! nak pergi mana?" soal Jennie pelik. Sowon hanya mengeluh perlahan.

"Sorry, beb. I don't think I'll spend the whole recess with you." balas Sowon.

"wae?"

tanpa berkata Sowon terus melayangkan stucky note itu kepada Jennie. Jennie membacanya dengan wajah yang dicebik. Mulutnya memuncung tanda tidak puas hati.

"Sunbae tu selalu jeles dengan aku. Asal aku lepak kejap dengan kau, mulalah dia terhegeh-hegeh nak kau teman dia lah, jumpalah, date lah and so on..."

ucap Jennie dengan suara yang cukup menggambarkan bahawa dia sangat pissed off.

"Ala, janganlah macam ni. Weekend ni kita lepaklah sekali." balas Sowon bersama senyuman manis. Jennie turut tersenyum.

"Arra! Nanti aku call eh?" ujar Jennie dengan lagak gembira.

Sowon kemudiannya melangkah laju ke arah tangga. Tujuannya tidak lain tidak bukan ialah rooftop. Dia melangkah anak tangga dengan sedikit kelajuan memandangkan Sehun ingin segera menemuinya.

Dia tiba di pintu yang menghala ke rooftop. Tanpa membuang masa pintu itu dipulas tombol pintunya lalu dibuka. Segera matanya meliar mencari kelibat Sehun.

Sowon terkedu. Matanya membuntang. Hatinya hancur luluh melihat adegan tidak bermoral dihadapannya. Matanya mula berair.

Sehun...

Ya, dia nampak Sehun,

Bercumbuan dengan gadis yang sama dilihatnya seminggu yang lepas.

------

Finally SeWon cp!!!
Nah ud😘 sorry lambat..😢

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now