Part 62

1.1K 74 29
                                    

Sehun p.o.v


Aku menyingsing lengan bajuku ke paras siku. Sejak pulang dari tapak site tadi, aku tidak pernah lagi melabuhkan duduk. Aku melonggarlan tali leherku lalu membuka dua butang bajuku. Penghawa dingin dalam bilikku dinaikkan suhunya. Aku menyandarlan diri pada sofa yang sememangnya tersedia dalam bilik ofisku.

Sebulan. Sudah sebulan aku tidak melihatnya. Apa dia buat sekarang ni eh? Adakah di masih bekerja di kafe itu? Ah, lama juga aku tidak singgah di kafe itu sejak aku mula bekerja di sini. Aku rindu telatah Seoyun. Dia baik-baik saja kan di tadika? Aku harap begitulah... Bukannya aku sengaja tidak mahu bertemunya tetapi tuntutan kerja yang sangat banyak membuatkan aku terpaksa batalkan niat itu. Inilah padahnya kalau jadi anak kepada bussinessman. Terpaksa ambil alih syarikatnya pula.

Aku teringat kembali akan satu rahsia yang baru saja aku ketahui semalam. Rahsia yang mengatakan bahawa Seoyun memang anak aku. Darah daging aku. Jadi maknanya aku dan Sowon pernah terlanjur. Tapi aku masih tidak faham. Kenapa dia tidak menceritakan hal sebenar kepadaku? Ah, mungkin dia ingat aku sengaja melupainya. Walhal aku mengalami amnesia. Aku... Perlu berjumpa dengan Sowon! Aku perlu menjelaskan situasi sebenar kepadanya!

Tapi, masalah ini belum selesai. Aku masih belum mendapatkan sebab apa yang dilakukan oleh Daeun kepadaku. Kalau aku call dia sekarang memang tak lah dia nak angkat. Maklumlah, model terkenal, macam lah dia ada masa, kan? Lebih baik aku jumpanya face to face.

Aku bangun dari duduk. Kot dan brieftcaseku diambil. Aku keluar dari bilikku. Sebelum itu aku sempat memesan kepada setiausahaku akan kepemergianku yang agak awal. Aku beritahunya bahawa segala mesyuarat dengan klien dibatalkan. Nasib baik setiausahaku ini seorang yang tidak banyak soal.

Setibanya aku dikereta, aku terus menyumbatkan alat khas untuk mengangkat panggilan tanpa wayar tetapi menggunakan bluetooth di telingaku. Aku mendail nombor Luhan hyung. Wajiblah aku memberitahunya. Beberapa ketika, panggilanku dijawab. Ketika itu aku sudah pun memandu kereta keluar dari kawasan pejabat ke lebuh raya.

"Eo? Hun, wae?" soal Luhan hyung disebalik talian.

"Hun nak jumpa Daeun. Nak tanya dia pasal hal semalam." balasku. Luhan hyung berdecit.

"Yah, don't you think its too soon? Rilex la, Hun."

"I don't care. Because of her, people that I love was hurt." ucapku tegas.

"Yah, Oh Sehun. Take it slowly, eh? Balik lah dulu. Kita bincang lain."

"No, hyung. I—"

Bangg!!!!

"Yah??!!! Oh Sehun???!! Gwenchana?!!!"

Sayup-sayup aku dengar suara hyung memanggilku. Ah, pedihnya. Aku membuka perlahan mataku. Keretaku telah berlanggaran dengan sesuatu. Ada cecair hangat mengalir di kepalaku. Aku yakin itu darah. Kepalaku sakit. Sakit sangat. Pandanganku mula berpinar. Aku nampak kelibat beberapa manusia yang menghampiriku. Aku dah tak tahan. Kesakitan ini, terlalu sakit aku rasakan.

Dengan perlahan, aku menutupkan mata. Di saat mataku hampir melabuhkan tirai, aku nampak bayangan Sowon.

Sowon-ah, mianhae...

Saranghae....

-------

Sowon p.o.v



Prang!!

Aku terkedu. Gelas kaca yang aku pegang tadi tiba-tiba saja tergelincir dari tanganku lalu jatuh. Entah kenapa aku rasa tidak sedap hati. Kenapa?

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now