Part 52

1K 80 20
                                    

Author p.o.v

Seorang kanak-kanak kecil duduk diatas bangku disebuah taman permainan awam yang tidak jauh dari tadikanya. Dia menekur rumput yang berada dibawah kakinya. Disebabkan ketinggiannya yang kurang beberapa inci, jadi ketika dia melabuhkan duduk dibangku itu, kakinya bagai terawangan. Tidak mencecah tapak berumput tersebut.

"Seoyun pun ada appa lah..." ngomelnya. Jari kecilnya mengenggam erat baju seragam tadikanya.

"Sampai hati diorang kata macam tu kat Seoyun..." ujarnya lagi.  Tiba-tiba setitik air mata jatuh mengenai tangan mulusnya. Mula dari setitik, kini berjuraian jatuh. Dia teringatkan kejadian di tadika sebentar tadi.

Flashback.

Seorang guru perempuan berdiri dihadapan kelas pelajar berumur 6 tahun. Semua mata memandang cikgu itu. Cikgu itu melemparkan senyuman kecil sebelum mula bersuara.

"Okey, yeorebeun! Tahu tak bulan ni ada apa?" soal cikgu.

"Mollayeo!" jawab mereka semua. Guru itu hanya mampu ketawa. Dia menunduk sedikit.

"Bulan ni, kita akan sambut satu sambutan yang sangat istimewa! Siapa tahu?" kata cikgu itu. Majoriti yang mengangkat tangan ingin menjawab pertanyaan cikgu tersebut.

"Hari lahir cikgu!"

"Hari merdeka!"

"Hari jadi saya! Saeng-il chukahaeyeo~"

Cikgu itu hanya mampu menggeleng melihat telatah anak-anak muridnya. Dia menarik senyuman.

"Aniya. Bukanlah. Bulan ni... Kita ada sambutan Hari Bapa!" ujar guru itu dengan nada gembira.

"Owhh!!"

"Jadi, sempenan sambutan Hari Bapa yang bakal menjelang tak lama lagi, cikgu nak kamu semua bawak appa masing-masing datang tadika Isnin ni. Tadika kita akan buat sukaneka khas untuk Hari Bapa. Pastikan appa korang boleh datang tau!" kata cikgu itu.

Semua pelajar termasuk Seoyun menjerit kesukaan. Salah seorang pelajar perempuan memandang tajam kearah Seoyun lalu dia mengangkat tangannya sambil melaung nama guru itu. Cikgu yang berada didepan mengalihkan pandangan pada kanak-kanak tersebut.

"Ye, Hwang Mina?"

"Cikgu! Seoyun pun termasuk sekali ke?" soalnya. Matanya kejap-kejap menjeling Seoyun. Seoyun hanya terkebil-kebil melihat Hwang Mina. Kenapa dia? Guru itu juga berkerut dahi.

"Mestilah Seoyun akan join sekali. Kenapa tanya Mina?" soal cikgu itu.

"Taklah. Kan Seoyun takde appa." ujarnya. Seoyun tersentak.

"Mana ada! Seoyun ada appa lah!" bentaknya.

"Kalau kau ada appa, mana dia? Selalu aku tengok omma kau je yang hantar." balas Kim Jungshin, pelajar lelaki yang berada disebelah Mina. Senyuman sinis diberikan kepada Seoyun.

"Seoyun ada appa lah! Appa Seoyun Park Bogum!" katanya. Dia bangun lalu memandang tajam ke arah mereka. Mina dan Jungshin tergelak.

"Nama kau 'Oh' Seoyun bukannya 'Park' Seoyun." ucap Mina sinis. Seoyun terdiam. Jarinya digenggam. Bila-bila masa saja dia akan menangis.

"Yeorebeun, tak naklah gaduh-gaduh. Mina, Jungshin, tak baik kata macam tu. Minta maaf kat Seoyun sekarang." kata guru itu. Rasa bersalah pula dia melihat wajah mendung Seoyun.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now