Part 32

1K 74 2
                                    

Hari ni macam biasa aku keluar awal ke sekolah. Sejak Sehun dan Daeun berkapel, aku start ke sekolah awal. Tujuannya? Aku tak nak bertembung dengan mereka dalam perjalanan ke sekolah.

Tahun ni merupakan tahun kedua hubungan diorang. Aku tengok Sehun selalu senyum. Bahagia je dia. Aku je menderita. Uit, pasrah je bunyinya. Tqpi, aku tak nak la jadi orang ketiga dalam hubungan mereka sebab pernah satu hari tu, aku terdengar Daeun kata dengan gengnya tentang Sehun. Aku tak dengar sangat pun tapi ayat 'pergunakan' aku dengar dengan jelas waktu itu. Aku was-was. Sama ada nak bagitau Sehun atau tak.

Akhirnya, aku nekad bagitahu Sehun pasal tu. Sehun tak percaya. Dia tuduh aku cuba rosakkan hubungan diorang kerana cemburu. Kami gaduh besar sampai tak cakap tiga hari. Disebabkan rasa bersalah, aku minta maaf dengan dia dan kata mungkin aku tersilap orang.

Tau tak sakitnya bila dipalau oleh orang yang kita rapat? Macam tu lah aku rasa. Dah si Sehun tu kalau nak palau orang memang palau sungguh-sungguh. Sanggup ambil lorong lain semata-mata taknak bertembung dengan aku. Sedih tau tak?

Tapi, akhir-akhir ni, Daeun macam berubah. Dia tak rapat dah dengan aku. Bila aku ajak lepak je mesti ada banyak alasan. Kalau chat pun balas pendek-pendek atau bagi bluetick je. Aku rasa macam jauh gila dengan dia. Kat IG dia selalu post gambar dia pergi shopping dengan Sehun. Dah la sekali shopping tu berguni-guni beg. Tau la Sehun anak orang kaya pun tapi janganlah nak beli ikut suka hati je. Sehun pun satu, ikut je kepala si Daeun tu.

Aku dah sampai ke kelas aku. Aku melabuhkan duduk di kerusi. Kepalaku dikalihkan memandang tingkap disebelahku.

Hujan.

Tetiba pulak hujan.

Seisi bilik darjah diisi dengan bunyi hujan. Aku merenung je titisan hujan yang melekap pada tingkap. Jariku gatal melakar sesuatu pada tingkap yang berwap. Aku menulis namaku dan nama Daeun. Diantara nama kami aku lakarkan bentuk hati. Kemudian aku lakarkan pula bentuk petir di dalam hati itu. Tanda sebagai hati yang remuk.

중인 </3 다은

Aku termenung sekejap. Pandanganku tiba-tiba kabur dengan airmata. Kenapa aku perlu rasa sesedih ni?

Bunyi pintu dibuka menyedarkanku. Segera aku mengesar air mata yang berada ditubir mata dan lakaran yang aku tulis pada tingkap itu. Takut kantoi. Aku kalih memandang manusia yang membuka pintu itu.

Sehun?!  Awalnya dia datang sekolah.

Tapi, dia keseorangan?

Bukan dia selalu datang dengan Daeun ke?

Aku tengok muka Sehun tegang dan merah. Macam baru lepas menangis. Aku nak tanya tapi macam tak sesuai je. Jafi aku biarkan dia mengambil duduk ditempatnya.

Tak, dia duduk disebelah aku.

Pelik.

Tak, bukan apa. Dia jarang kot duduk sebelah selalunya depan tu yang pelik.

Lagi pelik dia peluk aku.

Peluk wei!

"Y-yah! Pehal woi?!" kenapa dia peluk aku tiba-tiba ni?! Dah la takde siapa dalam kelas ni nanti pelajar lain datang ingat aku dan dia gay pula. Aku tak suka sejenis ok!

Aku nampak bahunya bergetar dan bahu aku basah. Menangiskah dia? Nak menangis, menangislah tapi janganla sampai buat baju aku banjir! Kalau ada kesan hingus macam mana pula?!

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now