Sehun menggosok tengkuknya. Sungguh suasana di dalam kereta sekarang memang awkward. Dia menjeling Sowon yang berada di tempat duduk penumpang. Gadis itu hanya memandang ke luar tingkap dengan senyap.
Selepas kena bebel punya lama oleh Kai, dia terus ponteng sekolah dan mengheret Sowon sekali dalam jenayahnya. Apa yang dibebelkan oleh Kai bermain-main di kepalanya. Rasa bersalah menjengah hati.
Dia mahu meminta maaf, tetapi, egonya menebal.
"Kita nak ke mana sebenarnya ni?" soal Sowon setelah hampir setengah jam mereka berada di atas jalan raya. Sehun bagai terkejut mendengar suara Sowon.
"H-huh?"
"Awak dah pekak ke selepas kena bebel dengan Kai sunbaenim?" perli Sowon. Sehun terdiam. Perlian yang begitu menusuk kalbu. Aisy.
"Ntah." balas Sehun. Wajahnya tegang. Sungguh dia terasa dengan Sowon.
"Kalau saya tahu dari awal lagi awak main-main macam ni, dah lama saya keluar dari kereta ni or at least saya lari dari awak." ujar Sowon penuh kegeraman.
Sehun menjeling Sowon. Bibirnya diketap.
"Kau buat macam tu, aku tak teragak-agak nak sakitkan kau." ugut Sehun dengan suara yang cukup mendatar dan dingin. Sowon menggulingkan mata ke atas.
"Lelaki dayus" lepas Sowon. Sehun membuntangkan mata. Matanya tepat memandang wajah Sowon yang menayangkan wajah biasa. Bagai kata yang dilontarkannya tadi seperti tiada masalah.
"Apa maksud kau, hah? Masa bila aku jadi dayus?!" bentak Sehun. Panas hatinya digelar dengan gelaran itu. Sowon mengerling Sehun.
"You have the desire to hurt a girl, still you say you're not lelaki dayus, Oh Sehun?" balas Sowon. Sehun terkedu. Sungguh dia terdiam saat Sowon berani melawan katanya.
"Ok, fine! Kita pergi mall!" kata Sehun dan terus menekan pedal minyak. Kereta mewah miliknya melucur laju di atas jalan.
Sowon hanya membiarkan. Dalam hati dia tersenyum kemenangan. Tidak sangka rancangannya untuk melawan kata-kata Sehun berhasil membuatkan lelaki itu terdiam. Melompat riang dia dalam hati.
-----
[Daeun p.o.v]
Aku dah nampak siapa dia. Tak sia-sia aku ikut Sehun tadi. Senyuman sinis terpamer di wajahku. Pasti mereka sedang bergaduh besar dan berada di ambang kehancuran. Tak sabar aku nak dengar pasangan itu putus esok.
Sedang asyik aku melalui koridor sekolah, tanganku tiba-tiba direntap kasar dari belakang sehingga aku terdorong untuk jatuh. Nasib baik tak jatuh, or else, jadi buah mulut orang pula.
Aku berdecit geram. Wajah si pemerentap tanganku dipandang. Aku terkedu. Wajahnya yang gerun dan sedikit merah seperti menahan geram membuatkan aku berasa kecut perut. Tanganku cuba dilepaskan. Sebolehnya aku mahu lari sekarang.
"Nak lari mana, Lee Daeun?" soalnya dengan suara mendatar. Aku hanya menelan liur.
"Apa ni?! Lepaslah!" bentakku. Dia tersenyum mengejek. Pegangan pada pergelangan tanganku dipegang dengan lebih kuat. Aku mengaduh perlahan. Sakit.
"Apa yang kau nak sebenarnya?!" soalnya dengan geram. Suaranya sedikit meninggi.
"Apa pasal kau ni, Jong In?!" ujarku. Ya, manusia dihadapanku ini adalah Jong In, atau lebih sinonim dengan gelaran Kai.
"Aku tanya kau. Apa kau nak sebenarnya?"
"Aku tak fahamlah!"
"Aku lagi tak faham dengan kau. Tiga tahun, Daeun. Tiga tahun kau tinggalkan Sehun macam tu je and sekarang kau datang balik semata-mata nakkan cinta dia semula? Macam tu? Kau silap, Daeun. Kau silap. Disebabkan kaulah, aku 'kehilangan' seorang sahabat. Dia berubah teruk selepas kau tinggalkan dia. Semuanya salah kau!" jerkah Kai. Orang ramai yang lalu lalang tidak diendahkannya.
Daeun menunduk. Bukan kerana terasa tetapi rasa malu yang menguasai diri saat matanya terpandang mata-mata pelajar lain yang melihat mereka.
"Jong In, kita bincang kat tempat lain, please?" pinta Daeun. Kai mendengus geram. Senyuman sungging terbit di bibirnya.
"Why? Malu? Oh, kau ada juga perasaan malu eh? Selama ni kau terhegeh-hegeh nak kat Sehun semula tak rasa malu? Huh?" balas Kai dengan sinisnya. Aku mengetap bibir. Geram.
Perlahan Kai melepaskan tanganku. Kedua-dua belah tangannya diletakkan dalam poket seluar. Sayu matanya memandangku.
"Seriously, aku rasa macam aku dah tak kenal siapa kau. Kau dah berubah. Aku dah tak kenal siapa bff aku." ujarnya. Perkataan 'bff' ditekannya sebelum mengangkat kaki lalu meninggalkanku.
Aku tersentap. Sakit hati tiba-tiba bila dia kata macam tu kat aku. Sakit sangat. Rasa macam diri ni dah dibuang. Air mataku bergenang di tubir mata.
"Aku pun dah tak kenal siapa diri aku yang sebenar." ujarku dalam nafas.
-----
Hai, anneyeong, assalamualaikum. K, ni janji saya wlpn x smpai target. Erm, sbnarnya..author sdikit kecewa sbb ff nie, tak bnyak dpt vote. Urm, silent readers rmai sangt. Author bkn nk batak ke apa tapi, author mohon sgt² please vote crita ni skli. Tlg jgn jdi silent readers. Mna adil klau reads bnyk tpi vote x naik² pun. Klau tak best, maaf. Author bknnya amature mcm author² lain. Lps ni, author nk stop kjap smbung smua ff author. Rasa mcm x dihargai. Sorry.
-JiaLuxia47-
YOU ARE READING
Devilish Love | OSH (COMPLETE!)
FanfictionApa salah aku sampai dia buat aku macam sampah? Aku benci dia. Benci sangat. Tapi kenapa dia kembali semula ketika aku sudah melupakan dia? Lebih parah lagi, hati aku mulai menerima kehadiran dia! Syaitan apa yang telah merasukku untuk jatuh kepadam...