Part 70

1.5K 63 29
                                    

A/n: cliche part plus sweetnest overload! (Yeke?)
Sorry lambat!

Enjoyy!





Sehun p.o.v


Aku memegang erat jari jemari Sowon. Termasuk hari ini dia masih belum sedarkan diri. Aku hanya mampu berdoa agar dia kembali sedar. Aku menunduk. Sebenarnya aku agak letih hari ni. Aku baru saja pulang dari pejabat. Uruskan sedikit kerja yang terbengkalai dulu. Ikutkan keadaan, aku belum dibenarkan bekerja semula tapi disebabkan rasa tanggungjawab aku pergi juga. Tapi sudah tentulah aku bekerja sekerat hari. Nanti siapa nak jaga Sowon?

"Sayang, wake up, please? Tak kesian kat Sehun sayang ni ke? Kesian kat Seoyun. Dia nak main dengan omma dia. Bangun ya?" bisikku perlahan di tepi telinganya. Orang kata walaupun seseorang itu koma tapi dia tetap boleh dengar apa orang lain cakap. Jadi aku gunakan peluang ini untuk berbual dengan Sowon walaupun aku tahu dia takkan jawab buat masa sekarang.

"Okey, sayang. Why not lepas sayang sedar kita pergi Namsan Tower dengan Seoyun? Tak lama lagi nak masuk Autumn. Mesti lawa, kan?" aku berbicara lagi.

'Haih,' aku mengeluh perlahan. Keadaan Sowon seperti tiada harapan untuk bangun. Aku cuba untuk membuang rasa-rasa itu. Aku masih menaruh harapan walaupun peratusannya bukanlah tinggi.

"Take your time, dear. I'm will wait for you to wake up. I love you," seusai aku mengucapkan ayat itu aku terus mengambil tangan Sowon lalu aku cium lama. Ah, rindunya!

Setelah meletakkan semula tangannya, aku mencapai telefon pintarku. Aku bermain dengan bosan. Sungguh aku tak tahu nak buat apa! Sebelah tanganku bermain telefon manakala sebelah lagi aku bermain dengan jari jemari Sowon. Tiba-tiba jari yang asalnya kaku bergerak. Aku yang terasa akan pergerakan itu terus mencampak ketepi telefonku lalu mengamati jari Sowon. Aku tak mimpi kan?

Aku merenung jari Sowon. Memang bergerak ke tadi? Atau aku yang bagi gerak? Beberapa minit kemudian, apa yang bermain difikiranku nyata terjadi di depanku! Jari Sowon memang bergerak! Aku lantas bangun dari duduk dan menghampiri Sowon. Jarinya aku tidak lepas. Aku menggosok kepala Sowon perlahan lantas dahinya menjadi sasaran bibirku mendarat.

"Love? Are you awake?" soalku. Aku nampak dahinya berkerut. Dia dah sedar! Lantas butang kecemasan yang berada di kepala katil aku tekan. Cara mudah untuk memanggil doktor.

"Thank godness!"

-----

Author p.o.v


"Syukurlah Puan Baek sedar lebih awal dari jangkaan kami." ujar doktor yang memakai tag nama Park Chanyeol.

Sehun terus meraup muka sambil mengucapkan rasa syukur lalu tangan doktor itu disalamnya. Doktor Park tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya lantas membalas salaman Sehun.

"Terima kasih doktor! Terima kasih!" ucap Sehun seikhlasnya. Doktor Park menggeleng perlahan.

"Eh, tak perlulah berterima kasih dengan saya. Sepatutnya encik kena berterima kasih kepada tuhan," kata Doktor Park. Sehun hanya tersenyum.

Entah mengapa dia rasa seperti mengenali doktor muda itu.

Sebaik saja Doktor Park meninggalkan Sehun, lelaki itu terus masuk ke dalam wad lalu mendapatkan Sowon. Dia tersenyum manis ke arah Sowon. Tangan wanita itu diraihnya lalu dibawa ke bibir. Dikucup penuh perasaan. Sowon yang masih lemah hanya tersenyum kecil. Air matanya bergenang.

Sungguh Sowon rasa bersalah kerana tidak sedarkan diri lebih awal. Pasti Sehun menderita menunggunya sedarkan diri. Monolognya dalam hati. Sehun mengangkat kepala. Di menatap wajah Sowon dengan senyuman yang tidak terpadam dari wajah kacaknya. Sowon ketawa kecil melihat wajah Sehun yang baginya tersangat comel.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now