Part 21

1.2K 99 1
                                    

thanks for 1.3k!

[Sowon p.o.v]

Aku menghempaskan badanku di atas katil. Penat keluar dengan Bogum tadi belum habis. Dadaku turun naik menarik dan menghembus nafas. Kepalaku memutarkan kembali memori petang tadi bersama Bogum. Selepas berkejaran, kami menikmati aiskrim dan berjalan di sekitar Namsan Tower. Aku tersenyum sendiri.

Ah, Bogum tahu macam mana nak gembirakan aku.

Tiba-tiba Iphoneku bergetar kecil. Aku mengeluarkannya dari poket seluar. Terus aku membuka skrin Iphoneku. Satu mesej daripada Sehun. Aku membukanya.

Devil Oh

Esok pagi aku datang rumah. Jangan nak pergi mana-mana pula.

Aku mengerutkan dahi. Oh? Nak datang rumah aku? Kenapa pula? Aku menyentuh simbol 'reply' dan menaip sesuatu untuk dihantar kepada Sehun.

Slave <3

Kenapa pula? Bukan ke awak dah janji tak nak kacau saya kalau cuti?


Send.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Emp...


Devil Oh.

Promises were made to broke, sweetheart. (--,)

Aku mengetap bibir. Aduhai mamat ni, memang buat aku rasa menyampah. Malas nak 'reply', aku mencampak jauh Iphoneku ke hujung katil. Aku mula berguling-guling di atas katil sehingga mataku mulai kuyu. Bibirku menguntum senyuman kecil bila teringatkan panggilan yang diberikan oleh Sehun tadi.

Kemudian, aku tertidur.

----

Esok.

Pin! Pin! Pin!

Bunyi hon kereta yang bertalu-talu membuatkan aku menggagahkan diri untuk bangun. Dahiku berkerut seribu. Pening di kepala aku abaikan. Kakiku melangkah menghampiri tingkap bilik lalu langsir aku selak. Melihat siapa yang berani mengganggu tidurku.

Aku nampak kereta Mercedes Benz berwarna merah hitam terparkir elok dihadapan rumahku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku nampak kereta Mercedes Benz berwarna merah hitam terparkir elok dihadapan rumahku. Eh, macam kenal je kereta tu. Tiba-tiba aku teringatkan mesej yang dihantar Sehun. Ah! Lelaki tulah! Aku segera mengambil tuala dan cepat-cepat membersihkan diri sebelum turun menemuinya.

Tiga puluh minit berlalu aku kini berada dilaman hadapan rumahku. Kakiku menuju ke kereta Sehun. Sehun menyandarkan dirinya pada kera sambil memerhatikan aku mendekatinya. Aku menjeling dia dengan tajam. Dia pula seperti biasa, berwajah poker.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now