Author p.o.v
7 tahun kemudian.
Penerbangan selama 20 jam dari Los Angeles ke Korea telah selamat mendarat. Berpusu-pusu manusia dari pelbagai warna kulit dan ragam keluar dari balai ketibaan. Seorang jejaka sedang menolak troli bagasi dengan kaca mata hitam yang tidak lepas dari puncak hidungnya serta ditemani seorang lagi jejaka kacak disebelahnya.
Seketika mereka berhenti di tempat duduk khas untuk pelawat. Si lelaki yang berambut perang mengeluarkan Iphone 7plusnya lalu mendail nombor seseorang. Si lelaki yang setia memegang pemegang troli itu hanya memerhati.
"Oh, anneyeonghaseyeo Kim ahjusshi. Luhan ni." katanya saat panggilannya dijawab.
"Ya, kami baru je sampai. Kim ahjusshi ada kat mana?"
"Ahh... Nae, nae. Saya faham. Baiklah jumpa nanti," setelah itu panggilan ditamatkan.
Lelaki yang berambut hitam disebelahnya mula menurunkan cermin mata gelapnya lalu memandang Luhan.
"So, hyung. Where is Kim ahjusshi?" soalnya. Luhan hanya tersenyum kecil.
"Kim ahjusshi tak dapat datang ambil kita but he already left the car key to one of his bodyguard. I think they'll come in any minutes. Btw, hyung yang akan pandu, Sehun." ucap Luhan. Sehun tersenyum riang.
"Jinja? That's mean, kita boleh ronda-ronda dulu la sebelum balik rumah?" soalnya dalam keterujaan. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Luhan mengangguk.
"Ah yeah! Then, I'll recover my memories soon right?" soalnya lagi. Luhan hanya tersenyum kecil sebelum bahu adiknya digosok perlahan.
"Mestilah. Your health is my priority, Hunnie."
-----
Sudah lebih sejam mereka keliling satu kota Seoul. Kini masing-masing terasa dahaga yang amat. Luhan memarkir keretanya di tepi jalan berhadapan sebuah kafe. Sehun yang berada di tempat duduk pemandu memandang abangnya dengan kerutan di dahi. Pelik tetiba abangnya itu berhentikan kereta.
"Wae berhenti? Tak puas lagila, hyung..." rengek Sehun. Luhan memandang adiknya dengan pandangan bosan.
"Saeng, dah sejam kot ronda. Hun ingat hyung tak penat and dahaga ke? Dah la yang bawak kereta ni hyung, bukannya Hun pun. Banyak bunyilah budak ni." balas Luhan. Lebih kepada membebel sebenarnya. Sehun yang mendengar bebelan abangnya mula menjulingkan mata ke atas. Menyampah.
"Eleh, yang banyak bunyi ni lah yang hyung sayang jugak kan?" bidas Sehun. Sambil menjongketkan keningnya. Luhan yang memandang adiknya mula membuat muka meluat. Eii, fikir elok sangat la?
"Ha yela, yela. Sayangku Sehunnie~ tolong keluar dari kereta ni and belikan bubble tea perisa taro untuk hyung kesayangan saeng boleh???" meleret-leret Luhan menyuruh adiknya. Sengaja memerli si adik.
Sehun hanya mencebik lalu keluar dari perut kereta. Kakinya melangkah ke arah kafe yang berada betul-betul dihadapan kereta mereka diparkirkan. Luhan hanya perhati sambil tersenyum kecil.
Sehun memasuki kafe tersebut lalu menuju ke kaunter pesanan. Sempat dia memberikan kenyitan menguratnya kepada si pelayan wanita yang menjaga kaunter tersebut. Tersegan sendiri wanita itu. Tanpa mengangkat wajah, wanita itu meminta pesanan Sehun.
"Give me one taro flavour bubble tea and coral blue bubble tea, thank you." pesannya.
Sementara menunggu pesanannya siap, sempat dia menghantar pesanan ringkas kepada seseorang. Dia tersenyum sendiri.
"Here your orders, Mr. Have a nice day." ucap pelayan itu setelah pesannanya siap serta pembayaran dilakukan.
Dia memegang kedua-dua bubble tea tersebut lalu ingin membawanya keluar ke kereta yang diduduki oleh Luhan. Tanpa sengaja, seorang kanak-kanak perempuan telah melanggarnya sehingga membuatkan bubble tea perisa coral blue terjatuh lalu tertumpah.
Dia mengeluh berat. Wajah kanak-kanak itu dipandangnya. Ingin saja dia memarahi kanak-kanak itu tetapi setelah melihat wajah takut-takut plus comel anak kecil itu, hatinya tiba-tiba cair. Dia mencangkung dihadapan kanak-kanak itu.
"Gwaenchana?" soalnya lembut. Kanak-kanak kecil itu masih menunduk. Siap pegang ketat-ketat lagi hujung gaun merah jambunya.
"Mianhaeyeo, ahjusshi. Saya tak sengaja..." perlahan anak kecil itu bersuara. Sehun tersenyum lantas kepala si kecil itu digosoknya.
"Ah, it'a okey. Ahjusshi boleh beli lain. Kamu tak apa-" belum sempat dia menghabiskan soalannya, suara seoranf wanita menerjah kafe itu dan kanak-kanak itu terus memandang belakang.
"Yah! Seoyunnie! Kan omma kata jangan lari?!" tegas Sowon bersuara. Si kecil bernama Seoyun itu terus mendapatkan ommanya lantas dipeluk erat kaki si ibu.
"Mianhae~" ucap Seoyun bersama sengihan yang begitu comel pada pandangan sesiapa saja yang melihatnya.
"Isy, janganlah buat macam tu lagi, nae? Risau omma~" balas Sowon sambil memuncungkan mulut. Sehun yang melihat adegan ibu dan anak itu mula mengukirkan senyuman. Comel. Bisik hatinya.
"Ah, maaf, encik-" dia baru perasan akan kehadiran seseorang. Belum sempat dia ingin meminta maaf kepada orang itu, dia terpaku. Matanya membesar dan mulutnya bergetar.
"O-Oh Se-Sehun..." sebutnya bersama getaran dalam suaranya.
Dahi Sehun berkerut. Kecil matanya memandang wanita muda dihadapannya itu.
"Erm, do I know you?"
-----
Heyheyy~ mianhae pendek je chap ni. Taip pkl 4 pagi lol. Kk... Esk insyaAllah author update lagi✌
Vote&comment💕
DU LIEST GERADE
Devilish Love | OSH (COMPLETE!)
FanfictionApa salah aku sampai dia buat aku macam sampah? Aku benci dia. Benci sangat. Tapi kenapa dia kembali semula ketika aku sudah melupakan dia? Lebih parah lagi, hati aku mulai menerima kehadiran dia! Syaitan apa yang telah merasukku untuk jatuh kepadam...