Part 65

1.2K 69 24
                                    

Sorry lambat update😭
Enjoy




-------

Author p.o.v





Sejak kejadian di hospital dulu, Sowon tidak lagi menjejakkan kakiknya ke wad Sehun. Hanya Luhan saja yang menjadi perantaraannya dalam menyampaikan keadaan Sehun. Tak pun, Kai. Bukan dia tidak mahu. Cuma, dia takut akan bertembung dengan Daeun lagi. Cukuplah dia sakit hati dengan kata-kata Daeun tempoh hari. Lagipula, Sehun adalah tunangnya.

"Yah, Baek Sowon." panggil Bogum. Sowon memandang Bogum yang berada dihadapannya. Baru dia teringat. Dia masih lagi berada di dalam kafe tempatnya bekerja dan sedang minum bersama Bogum yang datang melawatnya secara tiba-tiba.

"Eo?"

"Neol gwenchana? Aku cakap dengan kau macam cakap dengan tunggul je. Kau dengar ke tidak?" soal Bogum. Sowon kejip mata berkali-kali.

"Kau... Ada cakap something ke dekat aku?" soalnya lurus. Bogum ketap bibir lalu meraup wajahnya tanda frustasi.

"Kau mengelamun sampai mana, hah? Exo planet?" Sowon muncungkan bibir.

"Eoh wae? Kenapa nak jumpa aku?" soal Sowon.

"Sehun dah sedar?" Sowon angkat kening. Dah kenapa tanya pasal Sehun?

"Entah. Mana aku tahu."

"Yah! Boyfriend sendiri takkan tak tahu?!"

"He's not my boyfriend, Bogum!" Bogum mencebik.

"Tsk, bukan boyfriend. Tu Seoyun tu siapa? Anak angkat?" ujar Bogum. Sowon menjeling tajam Bogum.

"Jangan kaitkan Seoyun dalam hubungan kami." Bogum angkat bahu. Malas mahu bergaduh dengan Sowon lagi.

"Look, aku datang sini sebenarnya ada hajat." ujar Bogum.

"But, hajat aku ni... Kau wajib tunaikan." Sowon kerut dahi. Apehal sampai wajib ni?

"Isy, hajat apa pula? Can you make it fast? Aku ada kerja nak buatlah. Nanti Boss Jin marah aku pula." katanya. Bogum berdehem berkali-kali. Dia pandang tepat pada mata Sowon.

"Aku... Nak pergi bercuti dengan Youjung."

"So?"

"Macam nilah. Luhan hyung—"

"Wait! Kau kenal Luhan oppa?"

"Aisy! Nanti aku cerita! Luhan hyung suruh aku tolong tengokkan Sehun kat wad untuk seminggu. Dia takde sebab kerjanya di Beijing masih belum selesai. Kai pula kena uruskan dance studio kakaknya di Busan jadi tiada siapa boleh tengokkan Sehun." terang Bogum.

"Jadi, apa kena mengena dengan aku?"

"Aku nak kau jaga Sehun." Sowon bulatkan mata. Dia pandang Bogum tak lepas. Terkejut dengan permintaan berbaur perintah milik Bogum.

"A—aku?! Kenapa pula?!"

"Kau je yang tak sibuk. Alah, kau kan kerja separuh hari je? Lepas kerja dan ambil Seoyun kau temanlah Sehun sampai malam." kata Bogum. Sowon geleng laju.

"Wowowo! Stop right there! Kau suruh aku jagakan Sehun? Memang taklah! Kau suruh aku tidur dalam wad Sehun, macam tu? Ei! Kau ingat aku apa hah?! Seoyun mesti tak selesa. Ni, bukan ke tunang dia ada? Kenapa Luhan oppa tak suruh aje Daeun sunbae tu yang jagakan tunang kesayangan dia tu?"

"Amboi, jeles nampak." ujar satu suara. Sowon kalih belakang dan dia lihat Luhan sudah pun tersengih-sengih. Masa bila dia datang pun tak tahu.

"Lu—Luhan oppa?!" terkejutnya melihat Luhan disitu. Luhan memajukan langkah lalu menarik kerusi disebelah Bogum.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now