Part 69

1.1K 71 17
                                    

Author p.o.v



Sudah lebih 3 jam Sowon berada di dalam bilik pembedahan. Sehun sekejap berdiri, sekejap duduk. Dia tidak tenang selagi keadaan Sowon tidak dinyatakan oleh doktor. Sesekali dia meraup wajahnya. Air mata usah ditanya, rasanya sepanjang 26 tahun dia hidup, inilah kali pertama di menangis seteruk ini hanya kerana Sowon.

Sehun melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan. Dia menunduk. Kedua-dua belah tangan dicantumkan lalu dibawa ke puncak hidung. Dia mengumam kecil.

"God, if you hear me, please let Sowon alive. I love her so much." doanya.

Seketika kemudian dia terdengar namanya dilaungkan bersama derapan tapak kaki yang berlari menuju ke arahnya. Dia mendongak dan memandang hallway hospital itu. Bayangan Kai dan Luhan serta Bogum menjamah mata. Dia bangun dan menghampiri mereka.

"Sehun! Macam mana keadaan Sowon?" soal Kai sebaik saja mendapatkan sahabatnya. Sehun hanya tersenyum kelat sebelum menggelengkan kepala.

"Dia masih ada kat dalam. Doktor tak keluar lagi." balas Sehun. Mereka hanya mengeluh. Bogum menghampiri Sehun lalu bahunya ditepuk.

"Sabar bro. Aku yakin dia akan okey. Aku kenal dia. Dia kuat." ucap Bogum. Sehun hanya menatap sunyi. Dia angguk kecil. Air mata Sehun bertakung.

"Aku harap begitulah..." kata Sehun dengn lirih. Luhan yang hanya memerhati menarik Sehun kedalam pelukannya. Sehun terus mendakap abangnya lalu menangis bersama esakan kecil.

"Shh... Sudahlah. Hyung yakin dia kuat." ucap Luhan. Belakang badan adiknya digosok. Dia tahu, jika Sehun sesedih ini memang agak susah untuk tenangkan dia. Pelukan Sehun pada Luhan lebih kejap. Esakan kecilnya kedengaran sangat sedih. Mereka yang berada di sekeliling Sehun juga terasa kesedihannya.

Setelah beberapa ketika, Sehun melepaskan pelukannya. Dia mula tenang. Wajahnya merah akibat menangis tadi.

"Hun, kau kata tadi, Sowon kena tembak, kan? Macam mana?" soal Kai setelah melihat lelaki itu mula tenang.

"Ha'ah. Aku ada dinner date dengan dia kat rumah dia semalam. Kebetulan adik dia datang. Malam tu kami hantar adiknya pulang. Lepas adik dia balik kami saja duduk kat luar tu nak hirup udara segar." Sehun mendiamkan diri.

"Aku propose kat dia and..." Sehun panggung kepala. Matanya menatap setiap wajah mereka.

"Dia kena tembak. Depan mata aku." sambung Sehun. Keluhan dilepaskan. Mereka bertiga hanya memandang simpati. Bogum menatap pintu bilik pembedahan dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Kau nampak tak siapa yang tembak?" soal Kai. Sehun geleng perlahan.

"Tak," balasnya. Mereka semua hanya mengeluh perlahan. Tiba-tiba seorang doktor keluar dari bilik pembedahan. Mereka segera bangun dan mendapatkan doktor itu.

"Doktor! Macam mana keadaan sepupu saya?" soal Bogum. Doktor itu menanggalkan masknya lalu menatap mereka berempat.

"Syukurlah kami sempat menyelamatkannya. Peluru itu berjaya kami keluarkan. Tapi keadaan Cik Baek masih lagi kritikal jadi kami akan menempatkannya di ICU sehinggalah dia kembali stabil." ujar doktor itu. Mereka berempat mengangguk lalu menunduk hormat kepada doktor itu sebelum melangkah pergi.

"Ah! Syukurlah! Dia selamat." kata Luhan. Yang lain mengangguk setuju.

Sehun meraup wajahnya. Dalam hati dia tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur.

-----

Tiga hari kemudian,


Sehun membelai lembut rambut hadapan Sowon yang masih belum menyedarkan diri. Sowon telah pun ditempatkan di wad biasa setelah kondisinya sudah stabil. Namun sehingga ke hari ini Sowon belum menyedarkan diri. Sehun mencium lembut dahi Sowon. Dia menatap wajah tenang kekasih hatinya dengan penuh rasa kasih sayang. Tisu lembap yang berada di atas desk diambil lalu disapukan pada lengan Sowon. Jari Sowon dibersihnya dengan teliti.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now