Buli

3.1K 152 38
                                    

Pagi yang ceria, senyuman manis di wajah kelima-lima anak muda yang sedang berborak di bangku sekolah. Begitulah setiap hari di waktu pagi, routine kebiasaan mereka sebelum masuk ke kelas masing-masing. Dalam keceriaan mereka, ada juga yang dengki dengan persahabatan mereka yang tidak pernah terpisah walaupun mereka sudah berada di kelas yang berlainan. Bukan dengki dengan persahabatan mereka sahaja, mereka juga dengki dengan gelaran mereka iaitu Superhero Pulau Rintis, dengki dengan jam kuasa mereka. Ada yang inginkan jam kuasa seperti mereka. Siapakah mereka? Mereka adalah pelajar-pelajar lelaki yang sama kelas dengan Fang

Zakwan adalah ketua geng darjah 6 Jaya. Dialah yang selalu mengejek Fang dengan memanggil dia Pang. Hari ini, hati dia begitu gembira sekali kerana dia telah mendapat maklumat penting tentang Fang. Selama ini Fang telah merahsiakan bahawa dia adalah alien, satu sekolah tidak tahu tentang identiti sebenar dia dan abang dia. Robin bisik di telinga Zakwan dan membuatkan dia tersenyum lebar. "Habislah kau lepas nie Pang" mereke berdua ketawa kecil sambil melihat lima sahabat sedang berborak mesra

"Hari minggu nie korang ada apa-apa rancangan tak?" tanya Boboiboy

"Aku takde, kenapa? Kau nak ikut latihan tempur abang aku ke?" Fang memberikan senyuman sinis kepada Boboiboy

"Taklah, aku tanya sahaja"

"Hah! apa kata setiap hari sabtu kita adakan sesi mengulangkaji dekat kedai Tok Aba atau rumah sesiapa yang boleh" Mata Gopal tersedak selepas sahaja mendengar cadangan dari Yaya "Kau kenapa Gopal?"

"Ala Yaya, rancangan kau tak best lah. Aku baru nak rehat-rehat, guling-guling atas katil, main video game" terus dia kena ketuk dengan buku Ying "Wei! kau tahu tahun nie UPSR kan, kau masih lagi nak bermain. Cubalah ulangkaji mata pelajaran kau"

"Dey! janganlah ketuk kepala aku!" Gopal mengosok-gosok tempat yang dia kena ketuk dengan Ying tadi "Jadi setiap hari minggu ke kita kena ulangkaji aje?" tanya Gopal

"Yelah, kita kenalah bersiap sedia awal-awal, kalau tidak nanti kelam-kabut lah jawabnya"

"Yelah Yaya, aku ikut ajelah rancangan kau" Gopal mengalah. Mereka tergelak melihat wajah Gopal yang sedih sekali. Sedang mereka berborak dengan senang hati, mereka terdengar sekumpulan pelajar sedang bising di kantin sekolah "Kenapa pula tue?" Yaya bersiap sedia dengan buku dendanya. Kelima-lima mereka terus ke kantin sekolah untuk melihat apa yang sedang berlaku

Apabila mereka sampai di kantin sekolah, sekumpulan pelajar di situ terus senyap. Mereka lalu di tepi-tepi pelajar dan nampak sebuah poster yang ada gambar Fang dengan kawan-kawan dia dan juga abang dia. Di bawah gambar-gambar tersebut terdapat beberapa info tentang identiti sebenar Fang. Mereka berlima terkejut besar

"Apa semua nie? siapa tahu tentang rashia kau Fang?" tanya Boboiboy. Fang tidak menjawab soalan Boboiboy kerana dia berasa sungguh geram, lalu dia mencabut poster itu dan koyakkan poster tersebut, terus dia campak poster itu di dalam tong sampah yang berdekatan. Dia beredar dari situ tanpa bercakap dengan sesiapa pun

"Kan aku dah kata, hati-hati dengan kelas 6 Jahanam tue"

"Kau nie Gopal, jangan main tuduh sahaja. Kita kena siasat siapa yang buat" kata Yaya

"Tak perlu Yaya, aku pasti ini budak-budak kelas 6 Jahanam yang buat" Tekaan Gopal memang tepat, poster itu telah dibuat oleh Zakwan dan Robin. Mereka dari jauh ketawa sahaja melihat kemarahan yang terpapar di wajah Fang

"Aku pergi tengok Fang sekejap" kata Boboiboy. Yaya pula menghalau pelajar-pelajar lain yang berkumpul di situ, jikalau mereka tidak beredar dari situ, dia akan tunjukkan buku denda dia dan tulis nama mereka semua

Boboiboy pergi mencari Fang untuk pastikan kawan baik dia ok. Dia pergi ke kelas Fang terlebih dahulu dan dia nampak Fang ada di situ, duduk di tempat asal dia sambil perhatikan di luar tingkap "Fang" panggil Boboiboy. Fang tidak alihkan pandangan dia, dia hiraukan sahaja panggilan dari Boboiboy.

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang