Lily Vs Ratu Lily

1.8K 100 9
                                    

"Syhhh.. janganlah bergerak sangat, nanti abang Kaizo tahu pula aku menyelidup kau masuk ke dalam Pulau Rintis" Faye betulkan rambut palsu perang di kepala Lily. Mereka berdua selalu sangat ada rancangan gila supaya mereka dapat berjumpa dan keluar bersama. Lily dapat tahu bahawa Faye duduk dirumah Fang dan Kaizo untuk beberapa hari, jadi dia terus menghubungi Faye. Lily berasa sangat teruja apabila Faye ingin membawa dia masuk ke Pulau Rintis secara senyap tanpa diketahui oleh Kaizo

Rumah Kaizo dan Fang pagi itu sunyi kerana Kaizo sudah pergi ke kapal angkasa, Fang pula hal di sekolah dan mereka rasa selamat dirumah untuk seketika. Faye telah menukar pakaian Lily dengan alat berbentuk handphone yang dapat menukar pakaian atau style seseorang. Dia menukar Lily menjadi seorang seperti anime di television "Sekarang, kita mulakan operasi kita! Operasi untuk pergi berlepak dengan kawan-kawan kita!"

"Yeahhh!" mereka menjerit kegembiraan. Faye keluar dari bilik tetamu dulu, dia melihat keadaan di dalam rumah dan pastikan tiada Kaizo. Kalau Fang takpe, dia boleh kawal Fang dan dia tahu Fang tidak akan membocor rahsia mereka berdua

"Ok, semuanya selamat. Jom keluar" Faye dan Lily terus keluar dari rumah tersebut. Lily rasa agak janggal memakai skirt di bawah paras lutut kerana sebelum ini dia selalu memakai seluar panjang atau skirt labuh. Hari ini dia kelihatan bukan diri dia. Faye pula dengan style dia yang pelbagai, dia telah menukar warna rambut dia kepada biru dan dia memakai jumpsuit berwarna hitam berserta dengan jaket biru

"Kau pasti ke operasi kita akan berjaya?" tanya Lily. Dia pandang ke arah kiri dan kanan, takut tiba-tiba sahaja muncul Kaizo dengan pedang tenaga dia "Aku takut pula si itik tu tiba-tiba muncul"

"Ala, dia mesti lama punya dekat kapal angkasa dia tu. Sepupu aku tu gila dengan latihan tempur. Setiap hari, setiap masa, setiap saat.. mesti fikirkan latihan tempur aje. Aku sendiri hampir kena tapi selamat kak Lynna halang dia"

"Kalau dia muncul pun, aku bawa kau lari ke negara lain! kita berseronok dekat sana sampai tak ingat dunia! ke mana sahaja kau nak pergi, aku akan bawa!"

"Pizu nak ikut boleh?" muncul Rizu dengan kerepek pisang dia "Hai Kakak Lily" terus Lily tutup mulut Rizu. Dia pandang kiri kanan atas bawah belakang depan, dia takut Kaizo muncul pula apabila nama dia disebut

"Dia takde, jom kita berjalan dengan cepat!" kata Lily. Dia angkat Rizu dan mereka terus ke kedai Tok Aba. Sampai sahaja di sana, Boboiboy sudah pun berada di situ bersama dengan Ochobot. Kawan-kawan Boboiboy yang lain, semuanya ada hal masing-maing. Gopal kena marah dengan ayah dia sebab asyik main video game, jadi dia kena duduk dekat rumah dan ulangkaji. Yaya kena jaga adik dia dan Ying pula keluar dengan ibubapa dia pergi ke Kuala Lumpur. Fang ada di sekolah sebab ada latihan bola keranjang. Boboiboy seorang sahaja tidak begitu sibuk hari ini

Lily duduk disebelah Boboiboy dengan senyuman lebar dia dan disebelah kanan Boboiboy pula, ialah Faye 

"Hai Faye, Hai Rizu.. ini siapa pula? jangan cakap sepupu Fang pula" tanya Boboiboy. Rizu duduk di atas meja kaunter sebab Lily letak dia dekat situ

"Ini Kak-" terus Lily tutup mulut Rizu

"Hehehehe... saya tiada siapa, cuma orang lalu lalang sahaja" kata Lily sambil tersengih

"Yea ke, tapi... kenapa saya kenal dengan suara awak yea" Boboiboy melihat Lily dengan penuh keraguaan "Muka pun macam kenal juga" dia pandang lama-lama sehingga membuat Lily dan Faye rasa cuak

"Ini Lily lah!" Ratu Lily muncul dibelakang Lily dan cabut rambut palsu Lily "HAHAHAHAHAHAHAA! AKU SUDAH KEMBALI!" Lily terus berdiri dan bersua muka dengan Ratu Lily. Pendam dihati masih lagi membara dihati masing-masing. Mereka tidak puas hati lagi kerana asyik di ganggu oleh Kaizo dengan perlawanan mereka berdua. Dua-dua memberikan renungan maut sampai Boboiboy menepuk dahinya

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα