Makhluk Hitam

1.6K 104 15
                                    

"Pada malam itu, pontianak itu datang ke rumah lelaki itu. Dia duduk di jendela bilik lelaki itu tanpa membuat sebarang bunyi. Dia perhatikan sahaja lelaki itu sedang tidur begitu nyenyak. Dia merangkak masuk dan secara pelahan-lahan dia merangkak ke katil lelaki itu. Dia naik..."

"ABANG FANG! PIZU TAK NAK DENGAR CERITA HANTU LAGI!" Rizu menutup mukanya dengan bantal. Dia bukanlah penggemar cerita hantu tetapi malam itu, Rizu memaksa Fang membaca salah satu novel Kaizo dan bacakan untuknya "Pizu takut"

"Tapi kenapa Rizu suruh abang bacakan?" Fang mengangkat bantal itu sedikit dan nampak wajah ketakutan Rizu. Dia memberikan sedikit senyuman kepada Rizu

"Sebab Pizu nak jadi berani macam abang Fang sebab itu Pizu suruh abang Fang bacakan cerita hantu untuk Pizu"

"Hmmm.. Rizu pun berani macam abang, Rizu tak perlu baca cerita hantu untuk beranikan diri" Fang letak buku novel hantu itu di tepi katilnya. Rizu hari ini bermalam di rumah Fang lagi. Ibu Rizu terpaksa pergi ke luar negara balik selepas sahaja dia mengambil cuti untuk menjaga Rizu yang baru sahaja keluar dari hospital. Ini sudah menjadi kebiasaan Rizu untuk bermalam di rumah Fang. Sebelum dia berkawan dengan Fang, kehidupan Rizu memang sunyi tetapi semuanya sudah berubah. Rizu bertambah lebih ceria, tiada lagi rasa sunyi dihatinya dan Rizu tidak lagi pemalu seperti dulu

"Lagipun, hantu bukannya betul pun"

"Tapi.. Ratu Lily tu hantu" kata Rizu

"Tu hantu tak betul, entah kenapa dia suka sangat dekat kawan abang" Fang nak rasa tergelak sedikit apabila terfikirkan tentang Ratu Lily dan juga Lily, dua-dua peminat Boboiboy tetapi Ratu Lily sudah kembali ke dunia hantu dia dan Lily juga sudah kembali ke tempat asal dia. Dia pun tidak tahu Lily asal dari mana. Suasana huru-hara tiada lagi akan kembali di Pulau Rintis tanpa Lily "Tapi abang Kaizo tu hantu juga"

"Abang Fang tak baik tau cakap abang sendiri hantu" Rizu tepuk-tepuk tangan Fang secara lembut dan Fang geletek Rizu "Hehehehe... tak naklah abang Fang"

"Mengaku cepat abang Kaizo tu memang hantu"

"KAU PANGGIL AKU HANTU!" Kaizo muncul di belakang adiknya dengan penyapu dan penyodok "Sebagai hukuman, kau pergi bersihkan tempat Pikachu dan Pang buat sepahkan dekat dapur!"

"Kenapa adik pula yang kena bersihkan?"

"Pertama! sebab kau pergi cerita kisah hantu dekat Rizu, kedua sebab kau panggil aku hantu dan ketiga, sebab abang suka buli kau" kata Kaizo dengan wajah sadis dia. Fang buat muka masam dan terus mengambil penyapu dan penyodok di tangan abangnya. Dia terus turun dari katilnya. Rizu juga turut turun dari katil Fang

"Pizu tolong abang Fang"

"Rizu tak perlu tolong si Pang. Biarkan dia buat kerja sendiri" Kaizo duduk di atas katil dan menyuruh Rizu duduk di sebelah dia "Rizu duduk sini, abang nak ceritakan kisah seorang budak degil yang bernama Pang, suka sangat kacau orang"

"Itu bukan abang Fang ke?"

"Bukan.. ini budak lain. Budak yang tak reti dengar nasihat dari orang lain" kata Kaizo. Dia ternampak adiknya masih lagi berdiri di pintu bilik "KENAPA KAU MASIH ADA LAGI DI SINI! PERGI BERSIHKAN CEPAT!" Terus Fang keluar dari bilik dia dengan perasaan merungut dia. Fang terdengar perbualan abang dia sebelum dia turun ke bawah "Pang masa kecik-kecik, memang suka tidak dengar cakap orang tapi dia kalau bermanja dia.. dia adalah no.1"

Fang tidak mahu mendengar lagi "Abang aku ni, suka sangat nak buli aku. Entah apa dia cerita dekat Rizu nanti" Dia menghentak-hentak kakinya turun ke bawah dan terus masuk ke dalam dapur. Habis lantai dapur penuh dengan makanan kucing. Shadow dan Pikachu entah lari ke mana. Fang hanya menghela nafas sahaja

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now