Abang Paico

2.1K 104 44
                                    

"TEMBAK MEREKA PROBEEEEEE!"

"SAYA TEMBAKKKKKK!" Probe menembak ke arah mereka semua, termasuklah Rizu sekali. Kaizo datang dan musnahkan alat penembak Probe dan lalu dia tendang Probe begitu kuat "Aduh, patah tulang belakang aku"

"Bila masa kau ada tulang belakang?" tanya Adudu

"Entah, aku pun tak pasti tapi belakang aku memang sakit pun"

"KAU TU ROBOT! MACAM MANA BOLEH RASA SAKIT! AMBIK NI AMBIK NI AMBIK NI!" Adudu mengetuk Probe dengan tukul besi dia. Kaizo tidak berkata apa dan terus dia menggunakan kuasa dia untuk menghalau alien kepala kotak dan robot badutnya

"TOLAKAN TENAGA!" kedua-dua mereka tercampak dan lalu terjatuh ke dalam kolam air yang dalam. Kaizo cukup puas hati dapat kalahkan mereka berdua. Dia pergi melihat adiknya dan rakan-rakan adiknya yang sudah terbaring di hadapan kedai Tok Aba "Adik, kau ada rasa apa-apa yang pelik ke?" Mata Fang berkebil-kebil melihat abangnya

"ABANG PAICO!" Fang menjerit sekuat hati. Terkejut Kaizo tiba-tiba adik dia panggil dia Paico

"ABANG PAICO!" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying juga menjerit nama Kaizo 'Paico'. Kaizo menepuk dahinya. Semuanya berfikirkan seperti budak 3 tahun kecuali Rizu. Dia risau melihat Rizu kerana Rizu tidak bergerak-gerak dari tadi "Abang Paico! marilah kita main tejar-tejar.. Boboy tejar abang Paico"

"Butan lah Boboboboiboy, abang Paico tena tejar kita olang" kata Fang

"Ha ah, betul tu.. Pang suruh lah abang Paico tejar kita olang" Yaya pula muncul. Kaizo rasa pelik melihat mereka semua bercakap seperti budak kecil "Abang Paico, tenapa tengok kita olang macam tu, takut tami"

"Errr... nampaknya aku kena cari Adudu" Kaizo menepuk dahinya lagi sekali

"Takpe abang Kaizo biar Rizu yang akan membantu abang Kaizo! Saya sendiri akan belasah kepala kotak itu" Rizu bangun dan berdiri begitu tegak dan semangat. Nada percakapan dia bukan lagi seperti Rizu tetapi seperti orang dewasa "Abang Kaizo pergi jaga mereka, biar aku ajar dia dan paksa dia pulihkan mereka semua! Aku akan seksa dia orang sepuas-puasnya! AKU ADALAH RIZU! KAPTEN RIZU!" Kaizo menepuk dahinya lagi sekali

"Bila masa budak kecik ni jadi kapten" Kaizo sabar sahaja dengan Rizu

"WAHHH! TAPTEN PIZU" mata Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying bersinar-sinar melihat Rizu "TAPTEN PIZU! TAPTEN PIZU DAPAT TALAHKAN ADUDU!" Kaizo makin pening melihat mereka berlima

"Jangan risau semua! Kapten Rizu akan bertindak segera! jom abang Kaizo! kita belasah mereka!"

"TAMI NAK IKUT!"

"TAK BOLEH! KAMU SEMUA FIKIRAN MACAM BUDAK KECIK, MACAM MANA NAK LAWAN NANTI! TUNGGU SAHAJA DI SINI! BIAR AKU URUSKAN SI KEPALA KOTAK TU!"

"UWAAAAAAAA!" mereka menangis kerana takut dengan suara garang Kaizo "UWAAAA! ABANG PAICO MARAH KITA OLANG!"

"Err.. jangan menangis, nanti aku akan belanja korang ice cream" Kaizo cuba memujuk mereka tetapi mereka tetap juga menangis. Kaizo mencari Rizu, nampaknya dia sudah hilangkan diri "Aduh, macam mana aku nak jaga mereka semua. OCHOBOT!"

"Yea Kapten Kaizo" Ochobot muncul di sebelah Kaizo

"Kau jaga mereka berlima dan berikan apa sahaja yang mereka mahu. Aku akan bayarkan nanti, aku kena cari Rizu sebelum dia cari masalah dengan alien kepala kotak tu" Kaizo beredar dari situ tetapi kaki dia dipeluk oleh Fang "Pang! kenapa kau peluk kaki aku?"

"Abang nak tinggalkan Pang.. jangan lah tinggalkan Pang. Pang nak abang" meraung-raung Fang di kaki abangnya "ABANG TAK CAYANGKAN PANG! UWAAAAAA!"

"Aduhai, ni sudah parah" Ochobot mengambil satu bekas choki-choki dan berikan kepada mereka semua "Makan elok-elok, kalau comot, lap dekat baju atau tisu" Gopal mengambil satu kotak choki-choki dan terus dia makan kesemuanya. Yaya dan Ying nak lagi tetapi Gopal kedekut sangat, dia langsung tak nak bagi

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now