Kenangan

2.8K 121 18
                                    

Ochobot rasa pelik melihat ketiga-tiga kawan dia duduk di kedai Tok Aba dengan muka sedih, makanan tak terusik, air mata tak mengalir keluar dan mereka hanya duduk diam sahaja "Haih, kenapa dengan kamu bertiga ni?" tanya Ochobot

"Pizu sedih sebab tahun depan Pizu tak sama sekolah dengan abang Fang. Siapa nak temankan Pizu masuk ke kelas nanti" mengeluh Rizu

"Kasihan kamu" kata Ochobot sambil usap-usap kepala Rizu "Yang korang berdua kenapa pulak?"

"KAMI SEDIH SEBAB TIADA TEMPAT NAK BERGADUH DAH!" Kata dua-dua Lily serentak

"Pulak... tempat lain kan ada, tak kan tempat Edisi Malam Minggu sahaja yang korang nak bergaduh"

"Mana boleh Ochobot" Lily terus peluk Ochobot dan mulakan dengan drama kisah sedih dia "Rancangan itu popular sebab pergaduhan di antara Lily dan Lily! Tanpa kami berdua, rancangan itu tak kan berjaya! Sebab itu kami selalu cari nahas dekat Edisi Malam Minggu! Sekarang, kami nak bergaduh dekat mana pun, kami tak tahu. Nak bergaduh dekat sini, takut Tok Aba marah pula. Nak bergaduh dekat tempat latihan tempur, takut nanti kapten itik belasah kita orang pulak! Dekat mana lagi kita orang nak bergaduh Ochobot!" Lily goyang-goyangkan Ochobot sampai buatkan dia pening

"Aduhai.. sakit kepala aku" kata Ochobot

"Betul tu Lily! Aku Ratu Lily, tak dapat nak berlawan lagi dengan musuh ketat ku!"

Lily lepaskan Ochobot dan terus dia menangis bersama dengan Ratu Lily. Rizu pun turut menangis juga. Ochobot bertambah pening lagi dengan mereka bertiga dan lalu dia ternampak Fang datang dengan muka sedih dia pula "Haih, hari ini hari sedih sedunia ke?" tanya Ochobot yang rasa hairan dengan mereka semua "Kau kenapa Fang?" Fang duduk di sebelah Rizu yang sedang menangis di dalam pelukan Lily

"Hmmm.. abang aku marah-marah aku sebab salah gunakan tempat latihan tempur. Hari itu buat dinner date si Lily ni, lepas tu sarapan pagi ramai-ramai dekat situ, buat birthday party Rizu dekat situ, berkaraoke dekat situ.. apa lagi yea, lupa pulak aku. Dia sudah larang kita guna tempat latihan tempur tu selain daripada untuk latihan tempur sahaja. Lepas tu pagi tadi, ramai pula yang datang ke rumah sebab semuanya nak latihan tempur dengan abang aku. Apa lagi, abang aku mengamuk lah. Halau dia orang dengan pedang tenaga dia" Fang letakkan kepala dia di atas meja kaunter "Tak pasal-pasal, aku juga kena hukuman dari abang aku"

"Kasihan abang Fang" Rizu masih lagi menangis "Abang Fang kalau nak buat birthday party lagi, kita buat dekat rumah Pizu ok"

"Terima kasih Rizu" Fang rampas Rizu dari pelukan Lily dan dia pula peluk Rizu. Lily tiada siapa nak peluk, terus dia peluk musuh ketat dia dan lalu sambung balik menangis

"Uwaaa! Ratu Lily, kita sudah tiada tempat nak dinner date dengan Boboiboy lagi"

"Aku tak pernah nak dinner date dengan Boboiboy. Keluar jalan-jalan dengan dia adalah" menangis Ratu Lily, selamat bukan tangisan berdarah dia yang keluar

Makin bertambah pening Ochobot dengan kepelikan kesedihan mereka berempat. Jangan orang yang seterusnya datang dengan kesedihan lain sudahlah "Aku buatkan makanan dan minuman untuk korang yea. Bagi tenang dan aman sedikit kedai Tok Aba ni"

"Terima kasih Ochobot" kata mereka berempat. Ochobot terus siap-siapkan 4 keping chocolate pancake dan 4 air Ice Blended Chocolate Special. Tiba-tiba dia nampak pula Boboiboy berjalan dengan kedua belah tangannya di dalam poket jaket dia. Muka dia kelihatan sedih "Haih, seorang lagi datang"

"Ochobot, hot chocolate special satu" kata Boboiboy dengan suara sedih dia

"Kau kenapa pula sedih-sedih ni? Nak join club sedih ke?"

"Hmmm... cuti sekolah ni aku kena balik KL dah"

"Ala.. nanti masa cuti sekolah kau takdelah dekat sini nanti" Ochobot pula rasa sedih "Lama ke kau balik?"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now