Kata-Kata Sadis

2.1K 117 9
                                    

"PANG! ABANG SUDAH SIAPKAN SARAPAN PAGI UNTUK KAU!" Pagi-pagi lagi Kaizo sudah menjerit memanggil nama adik dia. Hari ini Kaizo cuba untuk buat pancake lobak merah. Setiap makanan yang dia buat, mesti ada sahaja lobak merah. Kalau stok lobak merah sudah habis di rumahnya, dia akan memborong kesemuanya. Langsung tak beri kepada orang lain membelinya

"Hmm.. bau sedap tapi kenapa pancake ni ada hangus sedikit?"

"Selama ni kau makan tanpa komen tentang cara abang masak, apasal tiba-tiba hari ini kau komen pula?" Ini mesti sebab kesan formula semalam "Makan sampai habis, abang sudah penat-penat buatkan untuk kau"

Fang duduk dan pandang sahaja pancake itu. Dia bau pancake itu dan lalu dia potong sedikit pancake itu. Kaizo melihat sahaja kelakuan adiknya. Fang makan pancake lobak merah itu. Dia buat muka tak sedap

"Tak sedap, terlampau banyak sangat telur, pancake ini tak lembut dan tambah lobak merah ini ke dalam pancake, memang rasa tak sedap langsung. Abang kalau masak, mesti letak garam berlebihan. Ini tak letak garam pun ada rasa masin. Selalunya adik akan makan sahaja tapi hari ini, adik minta maaf sebab pancake abang tak sedap. Bubur lobak merah dan mee goreng abang sahaja yang sedap, yang lain memang tidak memuaskan hati adik" Fang senyum sahaja kepada abang dia

"Jadi kau nak abang masak bubur lobak merah tiap-tiap hari ajelah" Kaizo rasa agak menjengkelkan dengan perangai adik dia pada pagi itu tetapi dia sabar kerana dia tahu sebab apa. Dia biarkan sahaja kerana kesannya hanya 24 jam sahaja

"Yea abang, abang masak apa abang tahu sahaja. Baiklah, adik pergi sekolah dulu" Fang mengambil beg sekolahnya yang ada di sofa ruang tamu. Kaizo perhatikan sahaja adik dia pakai kasut sekolah dengan muka tersenyum dia. Agak, itu kot kesan sampingan dia, tiada kemarahan atau pergaduhan pada pagi ini. Mungkin kesan sampingan dia membuatkan adik dia baik, fikir Kaizo

"Saya pergi dulu, abang!" Kaizo nampak adik dia melambai-lambai kearah diri dia "Abang jangan nak sepahkan rumah lagi dan mandikan anak kucing abang. Sudah sebulan dia tak mandi. Abang nak anak kucing tapi yang suruh jaga, adik juga. Yang tukang bagi dia mandi, adik juga. Yang bagi dia makan pun adik juga. Semuanya adik, apa abang buat? jadi pemalas. Itu sahajalah kerja abang, jalankan misi dekat galaxy dan jadi pemalas dekat bumi. Adik ni setiap hari, setiap tahun kena jadi orang gaji. Dekat mana-mana pun mesti kena buat tu buat ni buat tu buat ni" terus adik dia keluar dari rumah dengan bebelan dia. Kaizo rasa macam nak hempuk sahaja kepala adik dia

Meow meow meow

"Betul kata adik aku, kau sudah sebulan tak mandi" Kaizo angkat anak kucing tersebut "Jom Pikachu, kita mandi. Lepas tu kau boleh sepahkan rumah"

--------------------------------------------

Gopal menguap besar ketika dia sedang baca buku teks mata pelajaran Sains. Dia rasa bosan pula baca buku teks tersebut tetapi dia memaksa dirinya untuk baca kerana cikgu Sains dia akan mengadakan ujian pada hari ini

"Boboiboy, macam mana kau boleh faham sains tapi tak faham matematik"

"Entahlah, aku rasa sains senang bagi aku tapi matematik susah pula" kata Boboiboy kepada Gopal. Mereka berdua duduk di tempat biasa yang mereka selalu tunggu loceng sekolah berbunyi. Yaya dan Ying belum lagi sampai dan Fang juga masih belum lagi sampai. Jadi mereka duduk di situ sambil ulangkaji sementara menunggu rakan mereka yang lain tiba

"Hmmm.. baguslah kalau kau rasa senang tapi aku ni, satu apa pun tak nak masuk dalam kepala otak aku. Macam mana kalau aku gagal nanti, aku takut aku kena rotan dengan Appa aku. Sudahlah aku kena denda hari itu, dia suruh aku buat balik soalan matematik ujian hari itu tapi selamat aku banyak yang betul. Takdelah Appa aku nak denda aku lagi sekali"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now