Sifat Nakal

2.1K 119 8
                                    

Surat cinta?!

Air peluh Boboiboy sudah keluar dari tepi dahinya, dia menelan ludah sambil memerhatikan surat cinta yang berada di atas meja sekolahnya dengan penuh ketakutan "Aku baru darjah 6, tak kan sudah dapat surat cinta pula" Boboiboy melihat sahaja surat itu tanpa menyentuh langsung surat itu. Surat tersebut berwarna pink, siap ada tanda hati di tepi nama Boboiboy

"Wei Boboiboy, apasal kau tak buka surat tue?" Muncul Gopal di sebelah Boboiboy

"Tak nak aku, kau lah buka kan untuk aku"

"Aku pula, itukan untuk kau. Kau ajelah yang buka"

"Korang berdua nie apasal?" muncul pula Fang di dalam kelas Boboiboy dan Gopal. Fang sebenarnya sudah bosan duduk di kelas dia sementara menunggu loceng sekolah berbunyi, jadi dia berlari ke kelas 6 Jujur untuk melihat dua kawan dia sedang buat apa. Lagipun pelajar-pelajar 6 Jaya tidak begitu suka sangat dengan dia sebab kepandaian dia

"Kau tak nampak ke apa yang ada dekat atas meja aku tue" Boboiboy tunjukkan sekeping surat kepada Fang

"Apasal kau tak buka?" tanya Fang. Mereka bertiga makin lama makin kebelakang kerana takut dengan surat cinta tersebut

"Tak nak aku, menakutkan betul surat cinta nie" Boboiboy berundur kebelakang kelas bersama dengan rakan-rakannya yang lain. Surat cinta itu masih ada di atas meja walaupun mereka bertiga sudah berada di belakang kelas sambil melihat surat cinta tersebut "Kau rasa, siapa yang bagi aku surat tue?"

"Mana aku tahu, janganlah tanya aku!" marah Fang

"Korang bertiga nie apasal? dengan surat pun nak takut" muncul Yaya di meja Boboiboy. Di sebelah dia adalah kawan baik Yaya iaitu Ying. Ying mengangkat surat cinta tersebut dan membelek-belek surat itu

"Hah! mesti salah sorang daripada korang yang bagikan surat cinta tue kan" kata Gopal

"WEI! kau ingat kita orang nie dah pandai bab-bab cinta ke? Lagipun kita orang anggap korang bertiga sebagai kawan sahaja maaa" kata Ying dengan nada yang marah itu

"Kau nie Gopal, fikir macam itu pula. Mari aku bacakan surat kau nie Boboiboy" Yaya membuka surat itu, dia dan Ying membaca surat tersebut dan tersenyum sedikit. Mereka mahu sahaja ketawa di situ tetapi mereka tahan gelakan mereka "Ini bukan surat cinta lah" Boboiboy datang ke depan dengan muka yang hairan

"Kalau bukan surat cinta, surat apa?"

"Ini surat ugutan. Dia cakap kalau kau tak belikan untuk dia 6 donut lobak merah, nanti topi oren kau yang jadi mangsa" kata Yaya sambil menunjukkan isi kandung surat tersebut. Boboiboy mengambil surat tersebut dan baca balik surat itu. Dia perhatikan tulisan surat tersebut

"Aku kenal tulisan nie" Boboiboy pandang ke kiri dan ke kanan "MANA KAU FANGGGGGG!" Fang sudah lari ke kelas dia sambil ketawa besar, dia dengan senang hati kerana berjaya memperdayakan Boboiboy dan juga yang lain dengan berpura-pura takut dengan surat tadi, lakonan dia tadi menjadi juga akhirnya

"Janganlah kau marah Boboiboy, kita orang bergurau aje"

"Jadi, ini kau dan Fang punya rancanganlah" Gopal tersengih kepada kawan baik dia. Boboiboy mengumpal-gumpal kertas tersebut kerana terlalu sakit hati, marah, geram dan rasa macam nak sahaja dia pergi kerjakan si Fang

"Sebenarnya, ini semua rancangan dari si Fang, aku ikut sahaja dengan idea tak betul dia"

"Apasal kau ikut dengan idea yang tak betul dia, kau sendiri tahu kan perangai si Fang tue macam mana"

"Eleh, cakap orang. Hari itu pun kau sendiri juga ikut rancangan dia takutkan aku kan" terus Boboiboy senyap "Hah! tahu pun"

"Haiyaaa.. jangan bergaduh boleh tak" kata Ying sambil melihat dua rakan lelakinya "Kalau nak salah pun, salahkan si rambut cacak tue lah"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now