Mimpi Kaizo

1.7K 104 10
                                    

Rizu tertidur semasa dia menonton movie harry potter yang ketiga. Hari sudah pun menjadi malam, tentu ibu Rizu risau tentang anaknya yang masih belum balik lagi. Lynna mengambil keputusan untuk membawa dia pulang ke rumah dan dia sendiri akan terus pulang ke Kuala Lumpur

"Ala kak Lynna, tidur sahajalah dekat sini" merayu Fang sambil melihat Lynna mendukung Rizu yang sedang tidur itu

"Maaf Fang, esok akak ada kerja. Nanti kalau akak ada masa lagi, akak akan datang lagi ke sini. Fang jangan nakal-nakal tau" Lynna hanya memberikan senyuman kepada Fang. Kaizo dan Fang temankan Lynna ke pintu rumah dan lalu Kaizo membuka pintu rumah mereka

"Jumpa esok" kata Lynna "Syhhh.. Rizu tidur balik" Rizu terbangun sedikit dan Lynna membelai kepala Rizu dan lalu dia tertidur balik sambil peluk leher Lynna

"Hmmm.. jumpa lagi" kata Kaizo dengan nada serius dia. Kaizo tidak berkata apa lagi, dia terus sahaja ke biliknya. Fang melihat kak Lynna berjalan ke pintu pagar rumah mereka. Dia melihat Lynna dan Rizu sehingga mereka tiada lagi dalam pandangan Fang. Dia terus menutup pintu rumah tersebut. Sebelum dia naik ke biliknya untuk sambung ulangkaji, Fang bersihkan tempat ruang tamu dan angkak mangkuk-mangkuk besar yang masih lagi ada makanan. Sementara Fang sibuk bersihkan dapur dan ruang tamu, Kaizo sudah tertidur di atas katilnya. Kali ini mimpi dia bersambung dari mimpi adiknya siang tadi

-------------------------------------

"Pang! Apa yang terjadi? Mana Lynna?" Kaizo pegang bahu adiknya yang sedang menangis itu "MANA DIA!"

"Kak Lynna dibawa lari oleh musuh abang. Nama dia Alex" Tangan Kaizo jatuh dari bahu Fang dan lalu terduduk. Tak mungkin, tak mungkin Alex mahukan sesuatu dari Lynna kerana dia mahukan aku sahaja, fikir Kaizo

"Kita kena pergi selamatkan dia sebelum kita terlambat"

"Terlambat? apa maksud abang?" tanya Fang. Dia mengelap air matanya "Ada sesuatu yang dasyat akan terjadi dekat kak Lynna ke nanti?" Kaizo hanya senyap sahaja. Dia terus menghubungi Lahap untuk mengambil mereka berdua

"Kau tunggu sahaja di sini" kata Kaizo

"Tak nak! ADIK NAK IKUT! ADIK NAK JUGA PERGI SELAMATKAN KAK LYNNA!"

"JANGAN DEGIL! KAU TAK TAHU APA YANG DIA AKAN BUAT NANTI! KAU JANGAN NAK MENYUSAHKAN ABANG!" Fang tidak gentar dengan suara garang abannya, dia akan tetap ikut juga. Fang melihat abangnya sudah bangun dan mendongak ke langit. Kapal angkasanya sudah tiba dan muncul satu cahaya di badan abangnya. Fang dengan beraninya, dia peluk kaki abangnya dan terus mereka berdua hilang

Kaizo dan Fang muncul di kapal angkasa "PANG! KENAPA KAU DEGIL SANGAT!" Fang lepaskan kaki abangnya

"Kalau adik duduk sahaja di rumah, adik tidak akan tahu apa yang akan terjadi nanti. Adik juga mahu menolong abang untuk selamatkan kak Lynna!"

"Baiklah, kalau kau nak sangat tolong. Kau kena ikut kata aku, jangan sesekali ingkar kata-kata aku" Kaizo tinggalkan adiknya dan terus ke bilik kawalan. Fang ikut belakang abangnya. Mereka berdua masuk ke dalam bilik itu. Lahap sudah naikkan semula kapal angkasa mereka ke angkasa lepas

"Lahap! Lajukan kapal angkasa kita dan cari kapal angkasa Alex dengan segera! Kita perlu mengejar dia" Kaizo duduk di atas kerusi dia dan lihat sahaja Lahap memandu kapal angkasa itu begitu pantas sekali. Tangan kirinya tidak henti-henti menekan butang-butang di tempat alat kawalan kapal angkasa. Dia sedang mencari kedudukan kapal angkasa Alex

Fang berdiri disebelah abangnya yang sedang duduk "Lahap! apa status kita?"

"Maaf kapten, saya belum temui kapal angkasa dia tapi jangan risau kapten, saya akan mencari kapal angkasa Alex secepat mungkin" Lahap mencari lagi kedudukan kapal angkasa Alex. Kapal angkasa mereka hanya berlegar-legar di ruang angkasa kerana mereka belum tahu lagi kemana Alex telah pergi "Kapten! Kapal angkasa dia sudah melepasi planet Zurah"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now