Keluarga

2.5K 149 4
                                    

"Kenapa tak hubungi aku sahaja Lahap? Kenapa kau datang ke sini?"

"Kapten, saya ke sini kerana ada surat untuk kapten" Lahap memberi sepucuk surat untuk Kaizo. Kaizo melihat mengambil surat tersebut

"Surat? Dari siapa?" Kaizo membelek-belek surat tersebut, surat itu cuma ada tertulis nama dia dan adiknya, Fang. Dia berasa curiga sekali, lalu dia membuka surat tersebut untuk mengetahu isi kandungan surat itu. Kaizo membaca surat itu dan muka dia terkejut sekali

"Terima kasih Lahap, kau boleh kembali ke kapal angkasa" Lahap mengikut perintah kaptennya dan terus dia kembali ke kapal angkasa. Kaizo duduk di sofa dan membaca surat tersebut lagi sekali. Hati dia tidak dapat mengambarkan bagaimana perasaan dia tetapi adik dia perlu tahu, kerana mereka juga ingin jumpa dengan adiknya. Kaizo meletak surat itu di atas meja ruang tamu dan lalu keluar dari rumah. Dia ingin menjemput adiknya dari sekolah, dia ada perkara penting untuk memberitahu adik dia. Perkara ini tidak boleh di tunggu lama

--------------------------------------------

Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying sedang berjalan bersama menuju ke pintu pagar sekolah. Mereka berlima kelihatan begitu gembira sekali "Hari ini kita pergi buat kerja rumah dekat kedai Tok Aba nak tak?" tanya Boboiboy

"Aku ok aje, lagipun aku perlukan pertolongan dari Fang"

"Minta tolong ajar matematik lah tue" kata Fang. Gopal tersengih sahaja. Dia baru sahaja kena marah dengan cikgu matematik dia kerana selalu sangat tidak faham, cikgu dia cadangkan kelas matematik untuk pelajar yang lemah matematik tetapi Gopal tak nak. Menurut kata Gopal, dia sudah ada cikgu untuk mengajar dia matematik, cikgu yang dia maksudkan adalah Fang "Aku ajar kau berapa banyak kali pun, kau tetap tak faham" Gopal tersengih lagi

"Ala Fang, suruh sahaja abang kau ajar"

"Ha ah, betul cakap Yaya. Mesti Gopal terus faham"

"Janganlah Yaya, Ying. Kapten Kaizo ajar aku tahap sadis, sampai berpeluh aku dibuatnya" Gopal tidak boleh lupakan macam mana Kaizo mengajar dia. Setiap pandangan dari Kaizo, macam nak makan orang. Gopal takut jikalau dia buat salah

"Cakap tentang abang kau.. apasal abang kau ada dekat situ" kata Boboiboy sambil tunjuk Kaizo sedang menunggu adiknya di luar pintu pagar sekolah. Ada setengah pelajar perempuan berhenti depan dia, sambil meminta tanda tangan dari dia tetapi Kaizo buat-buat tidak tahu sahaja. Mereka begitu kecewa dengan sikap Kaizo, dan lalu mereka beredar dari situ dengan perasaan kecewa. Kaizo tidak ambil pedulik tentang mereka, di mata dia hanya ada adik dia sahaja.

"Abang?" Fang berlari ke arah abangnya "Abang nak jemput adik dari sekolah lagi ke?"

"Tak lah, abang nak tengok sekolah kamu sahaja" Fang buat muka masam dekat abangnya "Abang bergurau sahaja. Abang sebenarnya ada hal penting nak bercakap dengan kau" Muka Kaizo berubah menjadi serius dan lalu dia mengambil beg sekolahnya adiknya. Kaizo terus berjalan dan paksa adiknya mengikut dia ke mana dia akan membawa adiknya. Fang mengikut abangnya dari belakang sambil melambai-lambai ke arah kawan-kawan dia "Aku jumpa korang esok!"

Kaizo telah membawa Fang ke tepi pantai, mereka berdua siap beli air kelapa dan lalu duduk bersila di atas pasir pantai. Fang menghirup air kelapanya dan melihat wajah abangnya yang serius itu. Fang fikirkan, apa benda penting yang abang dia ingin katakan. Lalu Kaizo berkata

"Adik, abang dapat surat tadi"

"Surat? dari siapa?" Fang terfikir, ada lagi orang menghantar surat sekarang ini?

"Surat dari atuk"

"Tok Aba? kenapa Tok Aba nak hantar surat dekat kita orang pula" Lalu Fang kena ketuk dekat di kepala oleh abangnya

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now