Gurauan Nakal

2.3K 128 8
                                    

"Wei Fang, ini semua kau punya pasal. Tak pasal-pasal aku juga kena sembunyi dengan kau dalam stor sukan nie"

"Senyaplah kau Boboiboy. Kau nak selamat ke tak?"

"Mestilah nak" Boboiboy merangkak lagi sedikit ke depan, dia mengintai-gintai di sebalik almari yang penuh dengan peralatan sukan. Pintu sukan masih di tutup dengan rapi, dia berharap sangat ketiga kawan dia, Gopal, Yaya dan Ying tidak menjumpai mereka di sini "Menyesal aku ikut cakap kau"

"Yang kau ikut sahaja cakap aku apasal"

"Dah tue, kau nak ajak aku pergi kenakan Gopal, tak pasal-pasal Yaya dan Ying pun terkena juga"

"Yelah, salah akulah. Lepas nie, jangan harap kau dapat sertai rancangan aku lagi" kata Fang dengan nada yang agak marah

"Baguslah tue, aku memang tak nak ikut dengan rancangan kau yang tak masuk akal pun. Lain kali ajaklah si Gopal tue"

"Buat apa aku ajak si Gopal tue. Dia tue suka sangat cari kesalahan aku"

"Dah memang betul pun kan"

"Kau nampak tak bola keranjang nie, kau nak aku baling dekat muka kau" Fang berdiri di depan Boboiboy dengan bola keranjang berpusing-pusing di jari telunjuk dia. Muka Fang agak menakutkan, macam muka nak makan orang

Tiba-tiba sahaja mereka terdengar bunyi tapak kaki orang sedang berjalan-jalan di depan pintu stor sukan, Fang berhentikan bola keranjang itu dan lalu duduk di sebelah Boboiboy, mereka duduk diam sebentar. Dia kebelakang sedikit badan dia supaya bayang-bayang dia tidak begitu kelihatan sangat, dia menarik tangan Boboiboy supaya dia juga kebelakang sedikit. Mereka melihat bayang-bayang di celah pintu, nampaknya ada orang sedang berdiri di pintu tapi mereka tidak pasti siapa

"Wei Fang, kau guna kuasa penembus untuk lari daripada sini" bisik Boboiboy. Lalu Fang menekan huruf F di cermin mata dia "Kuasa penembus" Dia menarik tangan Boboiboy untuk keluar dari bilik stor sukan itu. Fang dan Boboiboy berjaya menembus dinding belakang stor sukan itu kerana pintu stor sukan terbuka luas. Gopal, Yaya dan Ying kelihatan begitu marah sekali

"Takde pun dia orang dekat sini" kata Gopal

"Mesti dia orang sorok dekat belakang sekolah. Jagalah korang berdua" berapi-api hati Yaya. Dia tidak akan lupakan apa yang mereka sudah buat dekat Gopal, Yaya dan Ying pada malam semalam

"Jom kita pergi cari dia orang. Mesti dia orang ada dekat-dekat sini sahaja" kata Ying, mereka bertiga terus mencari Boboiboy dan Fang. Mereka berdua sedang mengintai di belakang bilik stor sukan, mereka nampak kawan-kawan mereka sudah beredar dari situ. Boboiboy dan Fang melihat kiri dan kanan, untuk pastikan tiada siapa yang nampak mereka berdua

"Jom, sebelum dia orang nampak kita orang" kata Fang. Mereka berdua bergerak secara berhati-hati, Fang membawa Boboiboy ke perpuskataan sekolah. Mereka hanya perlu menyorok di situ sehingga tamat waktu rehat. Boboiboy dan Fang duduk di belakang perpuskataan, mereka mengambil beberapa buku untuk menyorok muka mereka daripada di nampak oleh ketiga kawan mereka atau pelajar lain

"Fang, kau rasa selamat ke kita dekat sini? Nanti kau selamatlah bila dah habis rehat. Aku pula, Gopal sama kelas dengan aku, mesti kena marah punya" bisik Boboiboy sambil melindungi muka dia di belakang buku yang di buka luas olehnya

"Ala, Gopal sahaja bukan Yaya atau Ying. Nanti habis sekolah kita lari dari sekolah dulu sebelum kena tangkap dengan dia orang" bisik Fang balik

"Macamlah kita dapat lari daripada dia orang. Mesti Yaya guna kuasa dia"

"Kau boleh relax tak, aku pasti kita dapat lari. Lagipun Yaya mana ada nak guna kuasa, dia tue kan mengikut prinsip dia, jangan guna kuasa selain daripada melawan musuh dan melindungi bumi"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now